KEPADA YANG SUDI SINGGAH

Kepada sape2 yg sudi singgah kat blog ni, kalau sudi tinggalkan lah jejak anda di chat box saya semoga saya senang untuk bertandang di blog kalian pula..boleh kita bertukar2 buah fikiran walaupun hakikatnya, blog ini kadang2 tak mendatangkan manfaat buat pembacanya..=)

Sunday, May 31, 2009

:: PhOtOGraPhY ::

Assalamualaikum..

Takde pape sebenarnya, just nak tanya pendapat korang tentang beberapa gambar yg di snap oleh my bulat..

Sgt mengalu-alukan komen dari pembaca semua.., kalau tak keberatan, leave ur comment here..really appreaciate it..

that all...

thanks..

and enjoy this pictures..


pic 1



pic 2




pic 3


pic 4



pic 5



pic 6



pic 7



pic 8



pic 9



pic 10



some pictures are edited by me and also my bulat..but all the pic taken by my bulat..

tatatata...

jumpe next entry..=)

(^_^)



:: PengHuJuNg ::

Assalamualaikum..

Bgun2 semua..dah subuh..

hikhikhik..=) awal giler ye tak ?? bukan aku bangun awal, tapi aku ni tak tido lg.. al-maklum lah..aku ni orang yg sedang bercuti sakan, jadi..aku akan tido bile hari dah siang..dan sepanjang malam aku akan berjaya..=)

hmmm..dah hujung bulan nampaknya, bukan la apa, aku rase kejap sgt, padahal aku tak pon sibuk mane sampai rase hari semakin cepat berlalu, makan tido jek..

oleh itu, result pekse pon makin dekat nak kuar lah, dan ini memang buat aku cuak giler, sem ni dah la aku memain bnyak..degil plak tu..adoooyaaaiiii..

jadi, aku nak jugak la nasihat korang, dan termasuklah diri aku sendiri ni, masa takkan tunggu kite, kalau wat macam aku ni mmg tak jadi pe la, mmg berlalu sia2 jek...makan tido jek keje aku ari2..so, jgn la jadi macam aku..gunakanlah masa yg ad ni seeloknya..bak kate orang..mase itu emas...rite ??

dan aku nak bg tau korang semua, yg aku pernah jugak menyesal sebab tak hargai masa yg aku ade, dan aku jugak berjanji dalam diri aku, aku akan gunakan masa2 aku dgn berfaedah mulai 1 jun 2009 nanti..harap2 menjadilah..=) InsyaAllah..

k..tu jek kot..

jumpa next entry k..

tatatatatata....

(^_^)

:: MaKaN2 ::

Assalamualaikum..

ye..tajuk kat atas ni pon cam best jek kan..asyik entry yg tak best jek semenjak, 2 menjak, 3 menjak ni kan..

hmm..aku dan en bulat gi makan sate on the way nak gi manjung..

makan sate ne pon tanpa diranjang, sebab cam teringin jek bile lalu kat kedai sate tu, so pe lg..pekena la sikit kan..

2 orang kami makan RM1o..ad dalam 30 cucuk..dan itu bermakne, satu cucuk 30sen..of coz la kan..
ekekekeke...=)

so, mmg kenyang giler..

and kat bawah ni ad sikit gmbar yg boleh buat korang semua rase nak makan sate pas bace entry ni..hikhikhikhik....=)




ni waktu smpai aje sate..aku mmg dah tak sabar dah..seb baek sempat amik gmbo..





ni sape lg kalau bukan en bulat aku..dia paling bnyak makan sate..ekekekeke..=)





ni biase la kan...sape lg kalau bukan aku..hikhikhik...=)





OK !! ni dah abis, dan kami dah kenyang..hikhikhik...=)

ok...tu jek cerita untuk makan sate ni..

jumpa next entry k..

tatata...

(^_^)

:: pEmbERiTaHuaN ::

Perkhidmatan ini hanya untuk kawasan Bota, dan kawasan2 yg dekat dgnnya....
Menerima semua jenis komputer dan laptop..

Bayaran

Laptop : RM35
Komputer : RM30

Untuk request extra software untuk install

RM 2 setiap satu software..

Siap dalam masa 3 hari atau bergantung pada giliran..service ikut sape antar dulu..

Untuk maklumat lanjut sila SMS atau Telepon no : 0125969813 (Fira)

Friday, May 29, 2009

:: S.U.R.P.R.I.S.E ::

Assalamualaikum..

jeng..jeng..jeng..

taaaadddaaaaa....

epi birthday budak bucuk..
cud2 charmed..=)

wahhh..kamu dah tua dah skang ni..

hikhikhikhikhik..=)

so budak bucuk..ni virtual cake for u..pilih jek mane nak..=b








nothing to say, just nak wish u :

  • semoga panjang umur, dan dimurahkan rezeki..
  • nikmat usia ni jgn salah guna ek..=)
  • be a better person...
  • jgn noty2..(*_^)
  • study elok2 k..
  • be a strong person..
  • i luv u..mwaahhhh2..(^_^)
tu jek kot..

k..tata..=)

hope awak enjoy birthday awak..dan yg paling pasti, awak dah tua..ekekekeke...=)
umur awak dah tambah satu angka lg..

21st years old

(^_^)


Thursday, May 28, 2009

:: ...................... ::

Assalamualaikum..

hmmm..tngok kat atas tu.. mmg takde tajuk sebenarnya post aku kali ni..
sebab nya aku mmg takde idea nak post apa...

dalam minggu ni, aktiviti aku cuma main mafia wars kat facebook..
sebab aku mmg dah terlampau addict ngan mafia wars ni..tersangatlah best..

pastu pergi membayar bil2 umah seperti bil air, bil letrik, ngan bayar duit kete..mak aku tak sempat nak buat semua tu, so, aku yg kene gi buat..

then, buat pe lagi kalau bukan tido, berjaya smpai kul 9 pg then tido smpai tgh hari..rutin aku same je..pastu makan..aku rase cam dah naik jek badan aku ni..

lg pe ek..hmmm..membaca, buku bace novel, majalah or surat khabar ke pe ke..tapi membaca blog2 org. entah sape2 orgnye, aku layan jek..best gak la..sebab aku mmg dah tau nak wat pe dah..

tu jek kot...aku dah tak tau nak karang pe lg..

so sorry sebab buang masa korang dgn entry yg takde berfaedah langsung cam ni..ekekeke..=)

k lah..

tatata..

jumpa lg next entry...

(^_^)

Monday, May 25, 2009

:: 20 tip : kulit CANTIK & SIHAT ::

Assalamualaikum..

Ekekeke..cam pelik lah pulak kan. nak post pasal tip kecantikan pulak. tapi ni yg aku dapat bile membelek majalah remaja adik aku..bosan..majalah tahun lepas punya pon aku layan..

yang buat aku tertarik nak post entry ni disebabkan tip yg dia bg cukup mudah..cam org kate..1..2...3..siap..

hmm..kalau korang tak caye..cubalah..tak dapat semua..2 3 tip ok gak la..dari tak wat pe kan..

semoga korang akan dapat manfaatnya..

marilah kita sama2 kelihatan cantik menawan..terutamanya kaum2 hawa


20 tip : kulit CANTIK & SIHAT

1. seGaR !!

Mulakan pagi kamu dengan segelas jus buah-buahan segar. Pastikan setiap hari kamu mencuba berlainan perisa...bukan saja sedap..malah berkhasiat untuk tubuh kamu..wow..nikmatilah...=)

2. SaYaNgi DiRi*****

Hmmm..ni lagi satu tip yg cukup mudah...elakkan dari berada di ruang perokok. Adalah lebih baik habiskan masa bersama kawan-kawan yg gemarkan aktiviti beriadah seperti bersiar2 di taman atau sebagainya..kan seronok..betul tak ??

3. EnaKnya SaLad BuaH

Bagi yg gemarkan salad buah, apa salahnya jika kamu ciptakan salad buahan yg kaya dengan serat dan ada antioksida yg tinggi macam anggur, blueberries dan lain2. Mesti sedapkan. Lagi sedap kalau kamu campurkan dengan perahan lemon atau madu..mesti ianya membuka selera kamu..

4. KriM PeLemBap*****

Ini mesti. Setiap kali keluar rumah, pastikan wajah kamu disapukan dengan krim pelembap. Sesuatu yg lebih bagus jika ianya mempunyai anti uv.. ianya untuk mengelakkan wajah kamu dari terbakar dek kerana sinaran matahari yg kuat.. Krim pelembap yg kamu beli, haruslah sesuai dengan kulit kamu dan tidak mendatangkan masalah pada kulit kamu. Krim pelembap ini akan memastikan kulit kamu kekal sihat dan sentiasa lembap.

5. BerSeNam

Bangun2..jgn malas bersenam. Kalau kamu ada bnyak masa, apa salah nya kamu berjoging setiap pagi di sekeliling laman rumah atau di taman2 awam berhampiran dengan rumah..tapi jika tidak punya bnyak masa, rajin2 lah berjalan..berjalan ke kelas, berjalan di pejabat, atau melakukan senam ringan di tempat kerja kamu. Atau lebih mudah, melakukan kerja rumah seperti menyapu, mengemop lantai rumah sudah dapat mengeluarkan peluh kamu.. senang je kan..

6. ELaKkaN

Makan makanan yg sudah siap diproses. Cuba makan lebih banyak makanan yang segar di dalam menu diet seharian kamu. Misalnya sayuran dan buah-buahan. Kamu akan terasa lebih yakin dan segar..

7. Spa

Kalau2 ada duit lebih tu, apasalahnya kamu manjakan diri di spa. Tubuh kamu akan terasa segar dan sihat.

8. TanGgALkan KoToRan******

Hilangkan sel kulit mati dengan scrub. Lakukan seminggu sekali. Ini akan pastikan kulit kamu kekal licin..bukan setakat pada wajah, skrub juga ada terdapat untuk badan..terdapat bnyak di pasaran sekarang ni..jom cuba...=)

9. JeMput TeMan2 LePak DiRuMahmu

Hidangkan pelbagai jenis makanan sihat dan segar..... Satu kelainan kan......?

10. OmEGa 3

Makan lebih banyak makanan yang mempunyai omega-3 !!! misalnya ikan salmon dan walnut. Ia bukan sahaja menghalang sel kanser, malah boleh menurunkan kadar obesity dalam tubuh kamu.. memang ok kan ??

11. RiLeks*****

Kamu stress ??? rileks dan kawal tekanan perasaan kamu..cara mudah untuk mengurangkan rasa stress kamu adalah dengan mendengar muzik dan tidur. 2 cara ni adalah cara yg biasa digunakan oleh sesiapa sahaja jika stress.

12. LaKuKan FaciAL SenDiri

Tundukkan kepala kamu di permukaan besen yang telah diisikan dengan air panas. Selepas itu, tutup kepala dan ruang udara dengan tuala. Akhir sekali, lakukan urutan dan sapukan wajah kamu dengan krim malam. Mesti kamu dapat tidur dengan nyenyaknya...=)

13. MinUM LeBih BanYak Air******

Air dapat mengekalkan kelembapan kulit, jadi eloklah kiranya jika kamu mengamalkan 8 gelas sehari.


14. BanGun AwAL

Lakukan stretching selepas bangun dari tidur. Ianya sedikit sebanyak dapat melancarkan perjalanan darah, kurangkan stress dan membuatkan kamu terasa lebih yakin dan segar.

15. BerCutiLah

Berikan masa untuk bercuti, tak kiralah seminggu, sebulan atau setahun sekali. Kamu akan terasa lebih yakin setelah bercuti.

16. TaKNak******

Katakan TAKNAK pada rokok.

17. KuRaNgKan******

Kurangkan garam, makanan yang masin membuatkan wajah kamu sembap. Ha..ni teori tau..

18. BuANgKan

Buangkan segala toksin di dalam badan. Jika kamu tidak arif untuk lakukan sendiri, dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar. Selepas melakukannya, tentu badan kamu terasa lebih ringan dan sihat.

19. CuCi******

Cuci wajah setiap kali sebelum tidur. Pastikan wajah kamu bersih dari sebarang debu dan sisa mekap.

20. CLeaNSiNg MiLk

Kebiasan untuk kulit kering adalah membersihkan wajah dengan cleansing milk, urutan lembut saat membersihkan dan sapuan krim pelembap. Pilih pembersih dengan pH balanced dan non detergent. Hindari menggunakan sabun saat membersihkan wajah, bukan sahaja kotoran dapat ditanggalkan, bahkan minyak yang semula jadi dapat melindungi kulit juga akan turut dibersihkan.


Tahukah Kamu !!!

Buah-buahan juga boleh dijadikan masker. Ada satu cara paling mudah adalah dengan menghancurkan epal tanpa air. Kemudian ratakan pada wajah kamu. Yang istimewanya epal dapat meneutralkan kulit kamu yg berminyak..semudah 1..2...3....=)


yg ada bintang2 (*****) tu yg aku rase senang nak wat, dan aku rase cam rutin jek....


tu jek kot..k...selamat mencuba...


semoga berjaya...(^_^)

:: disambungkan kembali ::

Assalamualaikum..

hai..

dah 2 hari tak online..

sebab nye, line broadband aku diTAHAN..

sebabnye lagi..

AKU TAK BAYAR BULAN LEPAS PUNYA BIL..

jadi, sekarang aku dah gi bayar, so..aku dapat online semula..

aku sonok2...

hoorrrrrreeeeeeeeeyyyyyyyyyyy !!!!!!

Thursday, May 21, 2009

:: cud2 CaYaNg + BuCuk + KuRaNg WaNgi Dari Ku + BuRoNg ::

Wahhhh..terharu akak dgn penghargaan tu..=)
Dirimu dan diriku mmg berharga..


Terima kasih bnyak2 atas dedication yg awak wat tu,

terharu sgt2..*blush*


sebenarnya, takde pape pon yg akak tolong,

semuanya atas usaha dan semangat awak sendiri...


Bagi akak,
Sape yg berusaha, dia akan dapat hasilnya..
Sikit usahanya..maka sikit la hasilnya,

bnyak usahanya, bnyak la hasil yg akan dia dapat..


Kadang2 mmg sesuatu telah ditakdirkan untuk kita, tapi tak salah kalau kite berusaha mengubahnya ke arah sesuatu yg lebih baik dari tu..rite??
Hikhikhik..dah macam pakar motivasi la pulak..

Pape pon..untuk 3 paper terakhir tu, buat yg terbaik..
mcam awak kate, yg dah lepas, lepas.. yg belum lepas ni la peluang k..

tu jek kot..
picture kat bawah ni untuk

awak yg BuCuk + KuRaNg WaNgi Dari Ku + BuRoNg...
hikhikhikhik..=)


nota bahu jalan : purple edition, sebab budak bucuk ni terlampau addict ngan purple dan rerame..

:: HarGai AnuGeraH CinTa ::



hmmmm..tajuk..tak tahan..menghargai sebuah anugerah yg tak ternilai, suatu yg begitu istimewa..CINTA

terpanggil pulak aku nak wat entry ni lepas menjelajah alam maya ni membace kisah2 CINTA, tip2 CINTA and etc...

CINTA...

Sukar nak dimengertikan..perkataan yg mempunyai 5 huruf ni, kadangkala di anggap keramat..suka, duka, sakit hati, senang hati, puas, tak puas, indah, tenang..n etc..semua terangkup dalam CINTA..






Bagi aku, CINTA ni manis walaupu pahit, CINTA ni gembira wlaupun sedih..dan yg paling pasti ianya sesuatu perasaan yg istimewa yg Allah jadikan untuk setiap makhluk ciptaanNya merasai CINTA..

" BAYANGKAN anda mencintai seseorang tetapi orang itu tidak mencintai anda, tentu menyakitkan. Tetapi, anda lebih kecewa apabila anda mencintai seseorang tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang anda rasakan."

"Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cintai."

"Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu."

"CINTA adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil berat mengenai si dia."

"Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka.Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita."

"Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong anda dari belakang.Memberikan seseorang semua CINTA tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda."

"Jangan mengharapkan CINTA sebagai balasan, tunggulah sampai CINTA itu berputik di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh dalam hatimu.Ada hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda dengar daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya."


Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba. Jangan menyerah selama anda berasa masih ada harapan. Jangan pernah berkata anda tidak mencintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan dia pergi.CINTA datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun sering dikecewakan. CINTA hadir kepada mereka yang masih mempercayai, walaupun kerap dikhianati. CINTA juga menghampiri mereka yang masih ingin mencintai, walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan. Janganlah mudah berputus asa.Jangan melihat daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat kekayaan, itu boleh luput."

"Berharaplah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah.Berharaplah anda bertemu seseorang yang dapat membuat anda tersenyum."

"Ada saat dalam kehidupan apabila anda sangat merindukan seseorang, ingin menemui dan memeluknya.Berharaplah anda dapat mimpikan si dia, pergilah ke mana saja anda ingin kunjungi, jadilah sesuai dengan keinginan anda kerana anda hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa diinginkan."

Semoga anda memperoleh cukup kebahagiaan, cukup dugaan untuk membuat anda kuat, cukup penderitaan untuk membuat anda menjadi manusia yang tabah dan cukup harapan untuk membuat kamu berbahagia.Selalu letakkan diri pada posisi orang lain. Jika anda berasa itu menyakitkan, mungkin ia akan menyakitkan orang lain."

"Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba."

"CINTA bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir dengan air mata."

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang dilupakan, Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan hingga anda melupakan kegagalan dan rasa sakit hati.Ketika lahir, anda menangis dan semua orang di sekeliling tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, justeru ketika anda meninggal dunia, anda satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling menangis.."

Antara madah2 CINTA yg aku ambil dari beberapa laman blog, laman web dan etc..dah ku gabungkan dalam satu entri ni..

CINTA adalah satu lumrah dalam kehidupan.Ia hadir tanpa di duga.Hanya orang yang benar2 memahami apa itu cinta akan dapat merasai kehebatan kuasa cinta. Betul tak ??

cukup indah..cukup syahdu..

Hidup ini indah..hargailah..=)

:: saya suka membaca ::

Assalamualaikum..

hikhikhikhik..=)

perasan bagus la pulak aku di pagi2 hari ni..saya suke membaca la konon...
tapi kan..itulah hakikatnya...

tapi jugak..cuma pada bahan2 bacaan pilihan sahaja..the choosen one..=)

yg paling2 aku suka bace ialah novel..aku boleh dokatakan hantu novel jugak la..
kalau kupunya wang lebih, seminggu mesti aku beli satu novel..
aku suke novel cinte..

pakwe aku kate, aku ni suke touching terlebih sebab suke bace novel, adaptasi semua yg ada kat dalam novel tu dalam hidup aku..

isssshhh..tu tak betul..mane ad aku wat camtu..
tapi hakikat sebenarnya, novel selalunya aku buat si pembaca nya berasa hidup ni indah..terutamanya la kan..novel cinta, watak2 dalam novel tu pun..fuhhhh..tak tahan..=) mmg indah...

hmm..novel..novel..novel..aku mmg suke novel..tapikan..aku tak suke sgt citer pasal cinta sebelum kawin..aku suke bace yg latar ceritanye cinta org yg dah kawin, lg menusuk kalbu..=)

kadang2 aku fikir2 balik, betui ke ada cinta mcm yg digmbarkan dalam novel, atau sekadar imagunasi seorang penulis, tapi tak mustahilkan..Allah tu Maha Kuasa, semua terletak padaNya, kalau itu kataNya, jadilah ia..hikhikhik..=)

ok, pada aku membaca ni boleh :

1. of coz, tambah ilmu pengetahuan, kita boleh tau pe yg kite tak tau..
2. ber"jalan"2 ke tempat org walaupun sekadar dalam novel
3. tambah pengetahuan dalam menyelesaikan masalah
4. hiburan
5. tingkat kosa kata..untuk yg ni..aku teringat satu kes jadi kat aku, aku pernah cakap kat cae ngan zati.."persetankan semuanya"..then nak tau pe diorang kate kat aku... diorang kate, ni lah penangan novel..hahaha..mmg gelak la aku.. rupe2 nye, perkataan tu, jarang diorang dgr..diorang selalu bace novel je jumpa perkataan tu..korang2..=)
6. ubat tido aku adalah membaca..kalau aku tak leh nak tido, aku akan membace..dan org kate, membace sebelum tido elok, sebab kita akan jadi lebih ingat, terutama bahan2 bacaan berunsur ilmiah..

okk..tu jek kot..then kat bawah ni, ad sikit gmbar koleksi novel aku...











ok..ni antara novel yg aku ad, dan ada bnyak lagi sebenarnya, tak sempat nak sempat gambonye..nanti kalau sempat, aku snap then aku uploadkan gmbonye..hikhikhik..=)

Tuesday, May 19, 2009

:; Waaahhhhh..BLoG Ini DaPaT AwaRd ::

yey..yey...blog saya dapat award..

best..=)

hikhikhik..

bukan artis je leh dapat award, blogger entah pape macam aku ni pon leh dapat award beb..

mekaceh2 cik cud2 si rama2 di atas kesudian dirimu mengurniakan blog ini award..mmg tak percaye..huhuhu..dapat award..

haaa..nak tau award pe. jom tngok kat bawah ni :

jeng..jeng..jeng..=)



award: the best blogger friendship

hehehe..best blogger friendship award gitu..
hmm..yeke ?? saya layak untuk terima award ni..
anyway..thank you very MUCCHHHH...

i luv u..mwaahhhhhh...=) *hug ketat2*

tapi..

Information for this award:

Rule:
1. Put this badge in your awesome blog.
2. Award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly.
3. Make sure you put the 'recipients' names here, along with their links.
4. Let them know about this


thennnn...
aku nak bagi award ni pada orang2 ini :