tettttttttt..dah lama tak menaip kat blog ni.. dulu rajin jugak, walaupun takde masa nak menaip sbb banyak keje.. tgok2..last update tahun 2009.. mmg betul2 lama la tak menaip kat sini.. dan sekarang tetiba rasa nak menaip kat sini pulak. mungkin jadi medium meluahkan rasa selain yang utama iaitu Allah swt.
Saya ni bukan la orang yang senang untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Segan nak cerita, takut menyusahkan dan serabutkan kotak fikiran orang lain.. Paling tepat, tak reti nak mengadu nasib pada orang lain..sbb bg saya, masalah saya selagi saya boleh tanggung, saya tanggung, kalau tak boleh sangat2, saya tahu cara bagaimana nak luahkan.. Apabila bercerita di sini, saya rasa lapang sedikit, walaupun apa yang saya tuliskan dibaca oleh umum, tp saya senang begitu.. saya tidak perlu paksa sesiapa untuk membacanya seterusnya menyelesaikan masalah saya.. =)
Dan terima kasih sangat2 pada yang sudi membaca apa jugak yang telah saya tulis di sini. =)
Sayang kamu semua..