KEPADA YANG SUDI SINGGAH

Kepada sape2 yg sudi singgah kat blog ni, kalau sudi tinggalkan lah jejak anda di chat box saya semoga saya senang untuk bertandang di blog kalian pula..boleh kita bertukar2 buah fikiran walaupun hakikatnya, blog ini kadang2 tak mendatangkan manfaat buat pembacanya..=)
Showing posts with label chenta saya. Show all posts
Showing posts with label chenta saya. Show all posts

Wednesday, May 23, 2012

Kasih Yang Terpendam

Bicara kasih
Mungkin tak terjadi
Gelora rindu
Semakin merah warnanya
Takkan ku biarkan
Bunga cinta kelayuan
Walaupun segala-galanya
Harus ku pendam

 

Thursday, December 17, 2009

:: KeBanGGaAN SaYa ::

Assalamualaikum..

Hai semua.. sihat?? harap2 sihat lah hendaknya.. fira kat sini alhamdulillah sihat.. kalau sape2 yg tak sihat2 cepat2 gi klinik k.. kesihatan jugak penting.. jgn abaikan..

just nak share rasa2 ngan kamu semua.. hehehe.. sebenarnya, org len yg happy.. fira pulak yg beriye-iye.. tapi takpe.. hehehe..

sebenarnya, my lubley bulat.. dapat offer smbung degree.. aduhaii.. happy for him.. sgt2 happy.. impian dia dah jadi kenyataan.. stage by stage dia dah lalui.. skang masuk stage baru.. impian dia dah hampir dekat dgn dia..fira pulak yg excited lebih.. of coz la kan.. hahaha.. my lubley bolat..

>gmbar my bolat waktu konvo kat polimas dulu<


To my lubley bolat.. tahniah.. u make it true.. i'm proud of u.. pasni kene usaha kuat sikit k.. hehehe.. Love u soo much...

Hmm.. sepanjang fira bersama ngan dia, fira tau..cam2 dugaan yg dia lalui.. tak macam org len.. perjalanan dia nak smpai ke tahap ni amik masa yg lama..tak semudah org len.. tapi fira bngga sgt sebab :

  • dia tak pernah putus asa
  • dia penuh dgn semangat
  • dia penuh dgn impian
  • dia sgt2 berusaha untuk capai impiannya
  • impiannya bukan angan2 kosong
  • dia bukan seperti org lain fikirkan..
  • dia Muhammad Firdaus Musa

Hopefully, pasni ni, stage baru ni.. jalannya dipermudahkan.. Harap2 jugak dia akan dapat lebih baik dari sebelumnya...Hmm.. senyuman yg terukir kat bibir dia atas kejayaan yg dia dah lakukan ni pon dah cukup buat fira senyum jugak.. bahagia.. Hmmm.. fira pun teruja nak berjaya sama.. insyaallah..fira akan berusaha untuk itu..

Doakan yg terbaik untuk kami.. Capai kejayaan..raih bahagia.. Insyaallah..

(^_^)


p/s

pd yg dapat sambung study tu.. tahniah k.. berbanggalah dgn apa yg anda perolehi ni..then..jgn sia2 kan peluang yg ada k.. Fira doakan yg terbaik untuk kamu semua.. yg kurang berjaya..jgn putus asa.. peluang tu tetap ada..mungkin belum ada rezeki.. dan mungkin ada hikmahnya.. kuatkan hati k.. kite sume leh berjaya.. Insyaallah..

Wednesday, December 16, 2009

:: D.I.A ::

Assalamualaikum..

Hai sume.. sihat?? hehehe.. fira kat sini sihat alhamdulillah.. takde pape nak story morry kat sini..



hahahaha.. ni taktau la nak kate apa kan.. mungkin nak bg tau isi hati kot.. hehehehe... Buat yg mengenali.. pasti dah kenal kan sape dalam pic ni.. hehehehe.. haaaa.. siapa ek?? hmm.. betul la tu.. Muhammad Firdaus Musa.. a.k.a my bolat..my gumuk..my cayang..my bucuk..my lubley..dan segalanya la....

Hehehehe.. entah nape.. rase nak letak gambar dia kat sini.. mungkin rindu kot.. tapi.. dia rindu fira tak?? hehehe.. itu fira taktau.. heheheh.. itu tak penting.. yg fira tau.. dia sayang fira.. dia bnyak mengubah hidup fira.. dari sorang yg tak kenal erti cinta... menjadi seorang yg sgt2 menghargai cinta.. menjadikan fira setabah2 manusia..dalam mengharungi cam2 dugaan.. mengajar fira erti kehidupan sebenar..

Tak lokek dia mengajar fira.. dgn pengalaman yg dia ada.. hmm.. kalau dulu hidup tak punyai matlamat.. skang ni.. fira dah ada matlamat.. dia bnyak ceritakan tentng matlamat hidupnya yg dimahu capai.. ceritanya menyuntik semangat fira untuk berjaya sama..bukan untuk sesiapa.. untuk diri sendiri, keluarga dan semestinya dia.. firdaus saya..

Tegurannya sgt2 fira hargai.. bukan dia membenci, bukan dia marah.. tapi fira tau.. dia sayangkan fira.. tu yang dia tegur.. dia tak mahu fira terus begitu.. perubahan ke arah kebaikan adalah lebih baik.. kan2?? hehehe.. terima kasih sgt2 en firdaus..

Hmm..Siapa yg ada di sisi fira kala tersungkur?? tentu saja en firdaus saya itu.. dia yg tarik fira bngun dgn semangat ngan kasih sayang dia.. terima kasih sgt2 atas limpahan kasih, sayang, cinta, simpati, perhatian yg tak pernah surut.. sume tu bnyak membantu untuk kite terus berdiri smpai hari ini..dan insyaallah mungkin sehingga hujung nyawa kita.. sume tu sentiasa ada dalam diri kita..dan terima kasih kerana sudi berkongsinya..sgt2 menghargai..

dalam hati ni taktau nak gmbarkan perasaan cam ne.. syukur sgt2 sebab dia hadir dalam hidup fira..sedikit sebnyak.. hidup fira berubah menjadi lagi baik dari sebelumnya.. kasih sayang yg tak putus2 buat fira rasa senang sgt2.. bahagia sgt2.. t

En Muhammad Firdaus Musa.. terima kasih ya.. untuk segalanya.. ingat.. apa pun terjadi.. kite tetap akan setia di sisi.. itu janji kita.. terima kasih juga kerana sudi menemani kita selama ini.. harap2 selepas ini, kehidupan kita akan bertambah baik.. insyaallah.. di hati ini hanya Tuhan yg tahu..dia hati ini..aku cinta padamu..lalalala.. hati berbunga2.. he3.. moga2 bahagia milik kami selalu..

lupa pulak..mintak maaf sgt2.. kite dah bnyak sgt buat salah dgn bie.. terima kasih kerana ingatkan kite tentang itu.. sgt2 menghargai.. dan kite akan sedaya upaya untuk perbetulkan salah silap kite tu.. terima kasih sekali lg kerana mengingatkan kita tentang itu..

Love you soo much.. <3

(^_^)

Monday, December 14, 2009

:: iTu Aku ::

Assalamualaikum..

hai sume... sihat? fira harap sume sihatlah hendaknya.. fira kat sini alhamdulillah.. hmm.. tgok tajuk kat atas itu.. cube korang nilai.. betul ke tidak..

  1. - Mudah menawan hati pasangannya.
  2. - Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
  3. - Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
  4. - Sangat baik dalam menjaga perhubungan
  5. - Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
  6. - Perasaan cemburu yang minima.
  7. - Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
  8. - Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
  9. - Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
  10. - Suka menuduh melulu tanpa usul periksa.
  11. - Berprasangka terhadap pasangan.
  12. -Sangat peka pada orang lain.
  13. -Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  14. -Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
  15. -kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
  16. -Suka berangan-angan
  17. -Sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
  18. -Suka melancong
  19. -Suka mungkir janji
  20. -Suka berbohong
  21. -Mudah didampingi
  22. -Seorang kawan yg baik
  23. -Tahu mengenang atau membalas budi
  24. -Bercakap banyak
  25. -Setia dalam menjalinkan hubungan cinta
  26. -Pandai berkata-kata
  27. -Kawan yang setia
  28. - Sangat aktif
  29. - Pandai menyelesaikan masalah orang.
  30. -Gerak hati yang sangat kuat.
  31. -Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  32. -Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  33. -Tidak boleh duduk diam.
  34. -Rajin dan bersemangat tinggi.
  35. -Agak boros
  36. -Bersikap suka menangguh-nangguh.
  37. -Suka buat lawak & bergurau.
  38. -Mudah berkawan & pandai berkawan.
  39. -Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  40. -Sangat menjaga hati orang lain.
  41. -Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  42. -Mudah dan rajin belajar.
  43. -Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  44. -Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  45. -Bercita-cita tinggi
  46. -Tak cantik
  47. -Tak comel
  48. -Senyuman yang tidak manis
  49. -Perasan cantik
  50. -Tak lalu nak dipandang

*sekadar gmbar hiasan*
hmmm.. cube nilai.. betul ke tidak..pendapat len2 diterima..seikhlasnya.. takpe..itu lebih baik..hehehehe... perubahan perlukan bimbingan.. saya mahu jadi lebih baik dari skang.. dan fira amat hargainya segala pendapat..

itu je.. (^_^)

Thursday, December 10, 2009

:: Suatu Kemanisan, Terima Kasih Ya Allah ::

Assalamualaikum..

Hai semua.. sihat?? Fira harap sgt2 sume sihat.. Fira pon setakat ni alhamdulillah sihat.. takde pape nak story morry kat sini.. just nak kongsi perasaan aje..

Hmmm.. org kate penantian satu penyeksaan.. betul ke?? haaa.. mmg tul pon.. haa.. menanti pe?? menanti result pekse kuar.. hahaha.. memang menyiksa jiwa raga tul.. Bukan pe, study pon men2 jek.. mau tak risau.. rase cam nak masuk je peti ais.. sorok kat dalam tu.. takyah cek result.. hahaha..

Hmm.. mmg serius gabra + cuak + bergetar pale lutut + etc.. paham2 je la kan.. ha3.. fira try check pgi tadi.. tapi tak kuar lg.. try pulak check tghari tadi.. tak jugak kuar.. pastu cakap pukul 10.00 malam.. takpe2.. kul 6 tadi.. try2.. wah leh check dah... jeng3.. adooiiiiiiiii... takut2... but..

Alhamdulillah.. kejayaan milik fira lagi.. syukur sgt2.. tapi kalau kurang men2.. mesti leh dapat ok dari tu lg.. haiiissshhhhh.. fira2.. padan muke.. men2 lg.. adoiiiiiii.. syukur sgt2..
"Ya Allah, aku bersyukur di atas kejayaan yang aku perolehi..terima kasih kerana memberi aku peluang untuk merasai kemanisan kejayaan ini..Terima kasih kerana memberikanku ketabahan untuk mencapai kejayaan ini.."

hmm.. kat kesempatan ni.. Fira nak ucapkan jutaan terima kasih buat :

Mak ayah fira yg bnyak memberikan sokongan pd fira.. terutamanya sokongan kewangan.. kalau tak, tak dapat la fira belajar.. bnyak pengorbanan mereka untuk fira smpai ke tahap ni.. terima kasih bnyak2 mak..ayah.. Ni je yg adik leh balas, harap2 ni boleh bangggakan mak ayah..


My lubley gumuk.. Muhammad Firdaus Musa, yg sentiasa ada waktu susah senang.. thnks bnyak2.. Untuk setiap nasihat, pandangan, kasih sayang dan lain2..thnks bnyak2.. Terima kasih jugak kerana sudi meminjamkan kekuatan untuk kite terus berdiri... Love u soo much..

Of coz.. to my beloved lecturer.. terutamanya lecturer fakulti pengurusan maklumat uitm kedah.. Puan Haziah, Miss Marlia, Miss Hazila, Miss Yana, Miss Firdaus, En Hafiz, En Sufi, En Raja, En Asmad, En Sham and etc.. Terima kasih untuk segala tunjuk ajar, nasihat dan ilmu yg dicurahkan tnpa jemu2 buat kami.. sgt2 menghargainya..

Ya..kawan2 aku..terutamanya miss izzati yg perasan fasha sandha ngan miss cae yg chantek.. korang mmg kawan superb la..terima kasih sebab korang ad untuk susah seang ku.. nangis same2..gelak same2..kuar makan pizza..of coz la same..kang org ingt aku gile plak makan sorang2.. hahaha.. then pada classmate2 yg lain.. adoooiiiiiiii.. korang kawan smpai mati la.. thnks untuk ilmu yg sudi korang kongsikan.. mmwaahhhh luv u all.. jumpe sem depan..

lastly, pd sape2 yg berada di belakang aku.. yg tak jemu2 beri tunjuk ajar, ilmu, nasihat n etc.. sgt2 menghargai sume tu..

kejayaan ini untuk kamu semua..

Alhamdulillah syukur..

(^_^)


p/s : pd yg kurang berjaya.. ingat.. jatuh tak semestinya gagal.. jadikan itu sebagai platform untuk meraih kejayaan yg lebih bermakna.. jgn jadikan itu sebagai penghalang untuk mendapat kejayaan.. hmmm..kaji mane silapnye.. then improve mane yg patut ok.. kite semua berhak untuk merasai kejayaan itu.. sebab kejayaan tu milik semua org.. cuma cepat atau lambat je..then bergantung juga dgn usaha yg kite buat untuk dapatkannya.. Allah itu maha mengetahui.. Juga maha adil..

Tuesday, December 8, 2009

:: Manisnya Berterus Terang ::

Assalamualaikum..

Hai sume.. sihat?? harap2 sume sihat lah hendaknya.. Alhamdulillah.. Fira kat sini pun sihat... Hmm.. entry kali ni just nak share ngan korang sume tntang tajuk kat atas tu..

Lebih Baik Berterus terang

Lebih baik berterus terang
jangan asyik pendam-pendam
hati tenang jiwa lapang
jadi senang wajah tak muram...

Lebih baik berterus terang..
dari diam macam tiang
kelak hati nak meradang
asyik-asyik nak marah orang...

Lebih baik berterus terang
kalau kita nak kebaikan
luahkan segala apa yang dirasakan
baru kita disayangi orang....

Camne?? ok tak?? hehehe.. ni bukan Fira punya hasil nukilan.. but kredit to this owner.. Diari Nurani Hmm..menarik bukan?? =)

Haaa.. pe pendapat korang sume dgn BERTERUS TERANG??? cakap lepas? cakap direct?? jujur?? Cam2 kan org leh tafsir apa itu BERTERUS TERANG..

Hmm.. fira dok google2.. so.. jom.. kite tgok some info about BERTERUS TERANG..

Of coz la kan.. BERTERUS TERANG ni salah satu sifat yang dimiliki or tak dimiliki oleh manusia.. hmm.. dan fira bukan lah soerang manusia yg memiliki sifat hebat ini....

Hmm.. pada pendapat fira lah.. BERTERUS TERANG adalah salah satu cara untuk menyelesaikan masalah.. siapa sokong??? heheheh

Hmm..nak tau kenapa?? sebab, selalunya, berlakunya masalah terutamanya dalam sesuatu hubungan, adalah menipu.. hahaha... sape sokong lg?? Dan kerana itulah manusia diseru oleh Allah untuk tidak menipu atau berbohong..sebab menipu ni akan mendatangkan bnyak keburukan dari kebaikan ok..


Ok.. hmm.. tapi ada sesetengah orang cakap, menipu untuk kebaikan. Contohnya menjaga hati seseorang daripada terguris, terasa atau sewaktu dgnnya.. Hmm.. mmg betul.. sebabnya, bukan semua org boleh menerima kenyataan betul?? haaa.. siapa sokong?? hehehe.. Fira jugak tergolong dalam kategori itu.. bukan takleh terima kenyataan.. but susah.. mengambil masa..

Hmm.. camne rasenya, kalau korang bukan seorang yg suke berterus terang, then disuruh berterus terang?? mesti cam2 korang fikirkan.. takut ada yg terasa la, malu la, takut kang kene belasah ke.. jatuh maruah ke.. betulkan?? cam2 yg kita akan fikir untuk berterus terang.. Fira pon begitu jugak.. cam2 fikir.. kang salah cakap, jadi masalah lain pulak.. tak cakap kan jadi lain.. haaiiissshhh..

Hmmm.. kenapa manisnya berterus terang?? org cakap ditipu itu lagi pahit dari mendengar satu pengakuan ikhlas.. betul ke?? hmm.. bg fira.. fira sokong sgt.. diTIPU lebih sakit, dari kite dgr citer sebenar.. Hmm.. kalau korang nak tau.. kejujuran boleh membawa kepada rsa percaya, dalam apa juga.. bila kita rasa percaya, kita akan rasa lebih tenang, bahagia, gembira and etc..

Perubahan ke arah kebaikan itu lebih baik.. Melalui sikap berterus terang ini juga kita boleh memperbaiki hubungan sesama insan.. berterus terang akan membuatkan kita lebih memahami keadaan seseorang itu.. jadi berbincanglah.. Ingat lg kata en zarul pd fira.. berbincang bukan nak dapatkan keputusan.. but untuk kita lebih memahami keadaan seseorang dan mencari jalan penyelesaian..

Hmm.. berterus terang juga membuatkan kita lebih disayangi oleh insan2 yg kita sayang.. Dan kita akan lebih dihargai.. juga menghargai apa yg kita ada.. Hmm.. berterus terang juga akan buat kita akan rasa lebih lapang, dan apa yg terbuku dihati terluah.. bukan untuk memastikan tuntutan hati kita dipenuhi, tetapi untuk org lebih memahami kita selain mengelakkan kita stress..sebab terlalu memendam perasaan.. ini tak elok tau.. perasaan tak elok dipendam2... dan juga, ianya boleh mengelakkan dari berlaku salah faham..terutama dalam sesuatu hubungan.. terutamanya sesama insan.. of coz la kan.. hehehehe... Berterus terang juga akan membuatkan kita akan lebih memahami seseorang, kerana bukan semua org bijak membaca hati seseorang.. betul kan?



Berterus terang mmg manis.. hehehe.. kamu seharusnya bersikap berterus terang terutamanya jika kita sukakan sesuatu kerana mungkin bila kita tidak berterus terang rezeki yang sudah hampir menjadi milik kita mungkin akan terlepas ke tangan orang lain. Berterus teranglah jika kita tidak setuju dengan sesuatu kerana mungkin jika tidak kita mungkin akan menanggung kesannya sepanjang hidup kita...nanti.. sape yg susah.. kamu jugak..

Kesimpulannya, sekarang ni fira sedang berusaha untuk lebih bersikap berterus terang, supaya tiada salah faham yg berlaku.. fira faham si dia, si dia faham fira..

Tak salah berubah untuk ke arah kebaikan.. so.. apa tunggu lg.. mari kita berterus terang.. sebab berterus terang rase manis cam gula bila ianya dilakukan secara ikhlas.. Insyaallah.. Jadi, fira sarankan, hargai la perasaan insan2 yg kamu sayang, kerana tanpa mereka hidup kita pun tak membawa apa2 makna.. kepercayaan itu wujud bila ada kejujuran.. cuba elakkan dari melukakan hati org2 yg kita sayang ok.. ini juga ingatan untuk fira.. hehehehe.. So.. mari2 kita berterus terang..


~ The true measure of life is not length, but honesty. ~

Saturday, December 5, 2009

:: CINTA untuk dikongsi, SAYANG untuk dirasai ::

Assalamualaikum..

Hai semua.. camne hari ni?? ok tak ? pada yg tgh bercuti tu?? watpe je?? pusing satu malaysia ke?? aku tak ke mana pon.. dok umah je la.. duit takde.. hehehehe.. hmm.. takde pape nak citer.. just nak share sumthing wif kamu semua..

Dalam hujan2 ni.. nak wat pape pon takleh kan.. so pe lg.. jenjalan la kat blog2 org.. then terbaca ini.. menarik.. jom2 tgokk..

Sumber : Cinta untuk dikongsi, Sayang untuk dirasai..


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. Kata Mahatma Ghandi, Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.



Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata. saya turut bahagia untukmu. *tertarik dgn kata2 ini, kekuatan diperlukan untuk memegang kata2 ini di sudut hati, aduhai hati..*

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.



Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.

Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.


Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. Kata Hamka, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yang dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya. Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta.

Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan. Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.

Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. rasa percintaan lebih pahit dari hempedu. Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu. Kata Raja Pedang Deir, hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu.

Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu. Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.


hmmm.. camne?? terharu bukan dgn kata2 kat atas ni.. jd renung2kahlah..


And to my gumuk.. jgn putus asa.. jgn kate tidak kalau belum dicuba.. kuatkan hati.. kite tau, bukan senang nk buat ini semua.. kalau takde bie, kite pon tak kuat cam ni.. harap sgt pasni semua ok.. jgn risau, ap pun jadi, kite tetap ad di belakang ok.. doa kite tak pernah putus2 untuk bahagia yg kite idamkan..
Insyaallah.. Lastly, terima kasih kerana kita masih ada tempat dihati bie.. jgn risau jugak.. apa yg bie buat, kite akan sokong.. ur my man.. love u soo much..

okk.. tu je.. mari kita berkasih sayang...muaaahahahahha..

(^_^)

Friday, November 20, 2009

:: surat cinta buat kekasih hati ::

Assalamualaikum..

hai semua..harap semuanya sihatlah hendaknya.. takde apa nak story morry kat sini.. cuma luahan hati sahaja..

hmm.. 3rd November 2009 hari tu..genap la 7 tahun aku ngan en firdaus mengharungi bersama untuk segala suka dan duka kehidupan..macam2 pahit manis kami dah lalui bersama..

To my friend, my advisor, my counsellor, my driver, my guidance, my love, my soul, my heart.. Untuk tempoh 7 tahun ni, macam-macam yg dah kita lalui bersama..Terima Kasih sbb masih setia di sisi kita, masih sudi mendengar rungutan kita, mendengar luahan hati kita, mengelap air mata yg jatuh, meluangkan masa, menyayangi, mengasihi, mencintai kita seadanya.. Thnks for everything.. Kita betul2 menghargai segala jerih payah bie untuk 7 tahun.. kita tahu macam2 yg kita dah buat..merunsingkan fikiran bie.. tapi kita nak bie tahu.. sikit pon takde niat nak merunsingkn bie, apatah lg menyakitkan hati bie.. Kita minta maaf sgt2 andai sepanjang 7 tahun ni, kita bnyak menyakitkan hati bie.. You are my everything..

Memandangkan mmg duit tak berapa nak ada dan aku jugak tau waktu tu semua sibuk bertarung untuk final exam..tambah2 my lovely bucuk.. dgn thesis, dgn exam.. lgi2 dah last semester..cam2 kene buat.. so, aku decide.. just order cupcakes.. boleh same2 makan.. takpe takde hadiah pon.. kasih sayang bie bagi dah cukup buat hadiah kita.. bukan senang.. hari2 lg tu.. hehehe.. =)


:: ni la cupcakes nye.. ada camera.. of kos untuk bucuk.. ada kereta.. for us.. nak gi mane2 sebab dua2 suke jenjalan abiskan duit..hehehe.. then ad pic rumah.. insyaallah..kalau jodoh dipanjangkan.. mau juga berangan nak dok umah besar.. hehehe then no. 3.. aku ngan my bucuk..suka no 3.. so letak je la..hehehe.. =) ::


hmm..tu je la..and hopefully hubungan ni ada penghujung yang baik.. insyaallah..doakan hubungan ini semoga berkekalan..



to my bucuk.. you're king of my heart..insyaallah sampai hujung nyawa ini.. doakan kejayaan kita berdua... cam bie cakap..bersabarlah..kemanisan tu pasti ada untuk kita berdua nanti.. I'll always be beside you till the very end, wiping all your tears away, being your best friend. I'll smile when you smile, and feel all the pain you do, and if you cry a single tear, i promise i'll cry too....

once again.. thnks for everything.. love you soo much..

(^_~)




Tuesday, September 1, 2009

:: CuPCaKes CHuMiLLL ::

Assalamualaikum..

Hehehehe...

Entry kali ni sebenar nye takde pape nak citer.. Issshhh...aku ni setiap kali nak post entry mesti guna ayat ni..takde citer..pastu taip berjela-jela..hikhikhik...=)

Sebenarnya, dah lame dah nak post entry ni..tak post2..so, kali ni aku dengan semangat yg kuat dapat mengepos entry ni..hehehehe...=)

Nak citer pasal si gumuk saya yg hensem sikit jek..ekekeke...=)

Ok..berdasarkan gambar kat bawah ni, mesti korang sume tau apa yg bakal aku nak citer..hehehe.. =)



Hmmm..aku ni excited terlebih nk makan cupcakes..kan ke skang ni mmg trend org buat cupcakes yg meriah cam gi la oder cupcakes ni dan kesempatan tu jugak aku gunakan untuk bagi kat gumuk aku dan dalam pada tu aku leh dapat makan jugak...hehehe..=)

Simple aje design yg aku order ni..Kat dalam nye flavour chocolate but choco moist...hehehe.. Harga pon oklah..mmg berbaloi..waktu dapat kek ni..sgt sayang nak makan..chumilll sgt2..tk smpai ati nak makan...tapi abis jugak..hehehe...=) Kalau nak order ke..leh gi kat sini.. D'Muffin

Aku takde la nak celebrate birthday gumuk..cuma nak buat makan2..saje je nak buat surprise kat gumuk...Then pas amik kek tu, gi ikut zaky kawan gumuk gi beli present untuk buah hatinye..then kitorang gi makan kat kfc pastu tgok wayang G.I. JOE kat jusco ipoh..then gi makan balik pastu terus balik umah...



>>cupcakes yg dah hilang satu..dah masuk dalam perut gumuk<<


..Si Gumuk Ku..




Ini Zaky, dia kuat makan..=)

Skang ni, just motifnya, aku nak bagi tau..aku dah dapat makan cupcakes sedap lg comelll...=) hehehehe...=)

Kan aku dah kate..mmg takde pape sebenarnya..hehehe...=) kesian korang..aku ni mmg suke merepek...=) sorry..

K..tatatata

(^_^)


Thursday, August 6, 2009

:: To The OnE ThaT i LoVe ::

Assalamualaikum..

Hai semua..dah lama rasenya tak berblog..sibuk jek 2 3 menjak ni..takde pape nak citer just wat entry special edition..hehehe..=)

walaupun baru kul 12 lebih..tapi hari ni dah masuk 6 OGOS 2009..kan2.. apa kene nya ngn tarikh ni..hehehehe..sebenarnya, tarikh ni tarikh birthday my bulat a.k.a MUHAMMAD FIRDAUS MUSA..yg ke 24.. ekekekeke...dah tua dah bulat aku ni..

kejap je masa berlalu, cam semalam aje baru kenal..rupa2 nya dah masuk tahun ke 6 aku wish birthday kat bulat aku..huhuhu..cam tak caye aje...

to my bulat sayang,



...sila click pd gambar untuk lebih jelas...


tak bnyak nak katakan, cuma harap semoga bie panjang umur, murah rezeki, bahagia selalu, senang hati selalu, berjaya selalu.. semoga kasih sayang bie kat kite tak putus2..dan kite sentiasa ad kat belakang bie..menyokong apa yg bie buat... terima kasih untk kasih sayang yg bie bg selama hari ni..

love u so muchhh..=)


and tuk hadiah nya...nanti ek.. kite balik nanti kite bg k..sabar ek..hehehe..=)



...hadiahnya ad kat dalam...

ok..tu jek kot..and pade sape2 yg smbut birthday ri ni ok dah lepas ke, atau bakal menyambut birthday..aku wish korang semua hepi birthday k..semoga panjang umur, dan nikmat usia yg diberikan tak di sia2kan...

tatatata...

(^_^)


Thursday, July 2, 2009

:: blog, futsal, packing, kedah ::

Assalamualaikum..

Aku rase cam tajuk kat atas ni tk sesuai langsung..hahahahaha..=) papelah kan..

Huhuhuhu..besok nak balik kedah dah..ohhh...sungguh bosan..kalau bukan sebab nak blaja untuk mase depan, takkan aku nak nye ke sane..dok rumah lg bes..makan tido..abiskan duit mak aku..gi mane2 tak yah bawak kad matrik..takyah bangun pagi2 nak ke kelas..huhuhuhu..tapi nak buat camne..dah aku pilih jalan camni..belajar..kene la tanggung kan...belajar + belajar + belajar dan terus belajar..ohhh....tidak..bermula balik hidup yang tak teratur..makan entah kemana..tidur entah kemana..

tapikan, kadang2 best jugak..bukan selalu..biasalah kan..hidup ni ada part yg best dan ada part yang tak best..takde pilihan..nak taknak kene lalui jugak..rite? hehehe..=)

Barang2 dah pack sikit2..tinggal sikit lg aje tinggal..aku tak risau sgt sebab aku bawak balik kete..campak aje barang dalam kete mane yang tak sempat pack tu..hahahaha..=)

yang paling penting..aku tak drive sorang2..kerana ad orang yg sudi temankan..ekekekeke..=) cam biasalah kan, siapa lg kalau bukan si bulat aku yg bucuk tu..=) maybe bertolak subuh kot..sabtu nanti..sebab nak smpai awl kat kedah..sebab si bulat saya kene amik bas balik perak balik..kesian2..sorry ek bulat..

Yang paling pasti, sekarang ni aku tgh tgok bulat aku main futsal dgn bebudak opis dia smbil berblog..hehehehe..=) kat bawah ni ad sikit gmbar diorng main futsal yg sempat aku snap gune tpn murah aku ni..






okk..tu je..aku dah nak balik umah dah..bulat aku pon dah abis main futsal..smpai umah nanti aku nak smbung pack barang2..

pd kawan2 aku yg nak balik ke kedah tu, elok2 ek..semoga korang semua selamat smpai ke kedah, pd aku jugak..kite jumpe kat sane nanti ek..

k..tu jek..tatatatatata..

jumpe lg next entry k..

(^_^)

Thursday, June 11, 2009

:: Aku Rasa Lega ::


Assalamualaikum..

Pg tadi..bnyak jugak msg masuk..terkacau aku tido..hehehehe...antara org2 yg antar msg kat aku :

Pukul 9.30 pg tadi, dari Puan Haziah..lecturer aku..

Salam. Long, results u all leh tgok kat website hr ni kan? Tahniah awal2 dari saye ye..

Ni buat aku cuak..tapi aku tak balas pon, nak gi cek pon aku malas, awal gi..tak mungkin kuar pepagi cam ni..

Then Pukul 12.14 tgh, dari cik wan..kawan aku..

Kak Long, ..dah bley check result blom?

Ni pon aku tak bals..mmg makin cuak aku..

Then Pukul 15.o4 ptg, dari cae..jauh dari sabah tu..

Long result dah kuar ke??

Huh..mmg makin cuak aku..aku terfikir dalam kotak pemikiran aku..mesti dah kuar punya la waktu cam gi ni..mmg giler..takut aku..

Pastu, aku pon antar la msg kat zati..aku tanye dia, dah boleh cek ke blom..n dia kate blom..pastu aku pon bukak lappy..try la..mmg takleh..walaupun dah pukul 6..pastu aku pon bukak blog..then tgok LAN ad update baru, aku pon berjalan lah ke blog dia..then aku dapat tau yg kalau nak cek tgok kat mini transkrip..aku pon try ar..mmg giler ar..terpampang result aku..

Orang kate penantian satu penyeksaan..mmg betul pon..mmg giler cuak..takut aku..manelah tau result aku tak memberangsangkan..
TAPI..

Alhamdulillah..syukur sgt2 sebab kerisauan aku dah reda dah...akhirnya, pe yg aku usahakan berbalas gak..aku rase lega giler..=) sgt2 lega..

"Ya Allah, aku bersyukur di atas kejayaan yang aku perolehi..terima kasih kerana memberi aku peluang untuk merasai kemanisan kejayaan ini..Terima kasih kerana memberikanku ketabahan untuk mencapai kejayaan ini.."

Walaupun agak kejatuhan..0.02..padan muke aku..ha..tu suke sgt..berfoya-foya sane sini..amik ko..padan muke..huhu

Dan yg paling pasti, aku dapat gi dinner dekan lg sem ni..=) tu yg aku suke..dinner free..ekekkekeke...=)


Then, kat kesempatan ni..aku nak ucapkan bebnyak terima kasih teramat sgt2 buat :

lecturer2 fakulti aku, yg tak jemu mengajar aku ngan kawan2 walaupun student2 diorang ni mmg sememangnya degil..

then, of coz family aku..terutamanye mak aku..walaupun dia bising sebab jatuh sikit result aku kali ni..

my lubley bulat..yg sentiase sokong pe yg aku wat..mwwwaahhhhh2...sayang kamu..

kawan2 aku kat uitm kedah...especially..group keje aku..takde korang..aku pon tk tau lah jadi pe..

then, sume yg sentiase berade kat blakang aku..menyokong aku..

terima kasih sgt2..mmmmwwaaaahhhhhh..

k..tu jek kot..

tatatata..=)

(^_^)

Saturday, June 6, 2009

:: SALaH Aku Ke ? ::

Assalamualaikum..

takde pape nak cerita sebenarnya, cuma nak meluah perasaan saje..aku ni mmg suke nak meluah perasaan dgn menulis, tak kire lah menulis sms, menulis surat, atau menaip kan blog ni..aku bukan peluah perasaan yg baik..aku hanya pandai men"translate"kan isi hati aku melalui penulisan walaupun penulisan aku ni tak lah bagus mane pon..

hmmm...salah aku ke kalau aku rase cinta pada seseorang ?? salah aku ke?? atau aku tersilap pilih orang..

aku cuma nak rase sedikit bahagia, sebab aku tak pernah rase bahagia..aku cuma nak rase, cam ne bahagia..aku ingat bahagia senang je nak cari, rupanya tak...patut bahagia tu orang kate indah..rupanya, kepahitan yg dirase sebelumnya dibalas dengan kemanisan yg tak terkate..bahagia tu mmg anugerah terindah..

macam dalam bait kata2 di bawah ni..




Ya Allah, kenapa aku mesti lalui semua ni..

Ya Allah, ringankanlah beban hambaMu ini, aku tak mampu nak tanggung semua ni..

Ya Allah, Engkau berikanlah bahagia yang aku cari..aku takut tak sempat nak menikmatinya..

Ya, Allah, dugaan yg engkau berikan aku selama lebih 6 tahun ni terlalu berat...aku tak mampu nak menanggungnya lagi..

Aku mohon padaMu Ya Allah, ringankanlah beban ku ini..

Ya Allah, aku mohon padaMu, Engkau permudahakanlah perjalanan aku menuju bahagia yang aku cari dalam hidup ini..

Ya Allah, perkenankanlah doa hambaMu ini..sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Maha Mengasihi, Maha Agung..

semoga pencarian aku dipermudahkan amin...

Sunday, May 31, 2009

:: MaKaN2 ::

Assalamualaikum..

ye..tajuk kat atas ni pon cam best jek kan..asyik entry yg tak best jek semenjak, 2 menjak, 3 menjak ni kan..

hmm..aku dan en bulat gi makan sate on the way nak gi manjung..

makan sate ne pon tanpa diranjang, sebab cam teringin jek bile lalu kat kedai sate tu, so pe lg..pekena la sikit kan..

2 orang kami makan RM1o..ad dalam 30 cucuk..dan itu bermakne, satu cucuk 30sen..of coz la kan..
ekekekeke...=)

so, mmg kenyang giler..

and kat bawah ni ad sikit gmbar yg boleh buat korang semua rase nak makan sate pas bace entry ni..hikhikhikhik....=)




ni waktu smpai aje sate..aku mmg dah tak sabar dah..seb baek sempat amik gmbo..





ni sape lg kalau bukan en bulat aku..dia paling bnyak makan sate..ekekekeke..=)





ni biase la kan...sape lg kalau bukan aku..hikhikhik...=)





OK !! ni dah abis, dan kami dah kenyang..hikhikhik...=)

ok...tu jek cerita untuk makan sate ni..

jumpa next entry k..

tatata...

(^_^)

Wednesday, May 6, 2009

:: Rasa Hati Saya ::


Tgh2 dok study sambil2 melayari internet, hati ni terusik dgn baik2 kata salah satu koleksi madah cinta dari sebuah laman blog. Bait2 kata tu aku rasa boleh dijadikan sebagai tip bgi org2 yg ingin mulakan percintaan atau org2 yg tgh bercinta.. Bunyinya cam biasa je. Tapi maksudnya mendalam...


"Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya."



hmm..kita tak seharusnya cuba mengubah seseorang menjadi apa yg kita mahukan, tetapi terus mencintai dirinya seadanya.. Cinta yg ikhlas adalah cinta yg datang bukan kerana dia seorang itu atau ini, tetapi kerana dirinya. Macam kata2 kat atas ni, kalau kita cuba mahukan seseorang itu menjadikan apa yg kita mahukan seolah2 kita sedang mencintai bayangan kita sendiri.. Jadilah diri sendiri dalam menzahirkan cinta pada seseorang yg betul2 kita sayang dan jangan harapkan sesuatu yg kadang2 tak mungkin seseorang itu boleh lakukan..kerana kadang2 manusia ini tak boleh hidup dgn menipu diri sendiri..Suatu kepayahan apabila kita cuba mahu jadi sesuatu yg lain dari diri kita, tetapi tidak mustahil..betul tak ?? Tapi apa salahnya jika kita menjadi diri kita sendiri, bukan kah itu lebih baik ??

Hehehe..itu cuma sekadar luahan rasa aku sahaja..

Setiap orang punya rasa yg berbeza...betul tak ??

(^_^)