KEPADA YANG SUDI SINGGAH

Kepada sape2 yg sudi singgah kat blog ni, kalau sudi tinggalkan lah jejak anda di chat box saya semoga saya senang untuk bertandang di blog kalian pula..boleh kita bertukar2 buah fikiran walaupun hakikatnya, blog ini kadang2 tak mendatangkan manfaat buat pembacanya..=)

Thursday, May 21, 2009

:: cud2 CaYaNg + BuCuk + KuRaNg WaNgi Dari Ku + BuRoNg ::

Wahhhh..terharu akak dgn penghargaan tu..=)
Dirimu dan diriku mmg berharga..


Terima kasih bnyak2 atas dedication yg awak wat tu,

terharu sgt2..*blush*


sebenarnya, takde pape pon yg akak tolong,

semuanya atas usaha dan semangat awak sendiri...


Bagi akak,
Sape yg berusaha, dia akan dapat hasilnya..
Sikit usahanya..maka sikit la hasilnya,

bnyak usahanya, bnyak la hasil yg akan dia dapat..


Kadang2 mmg sesuatu telah ditakdirkan untuk kita, tapi tak salah kalau kite berusaha mengubahnya ke arah sesuatu yg lebih baik dari tu..rite??
Hikhikhik..dah macam pakar motivasi la pulak..

Pape pon..untuk 3 paper terakhir tu, buat yg terbaik..
mcam awak kate, yg dah lepas, lepas.. yg belum lepas ni la peluang k..

tu jek kot..
picture kat bawah ni untuk

awak yg BuCuk + KuRaNg WaNgi Dari Ku + BuRoNg...
hikhikhikhik..=)


nota bahu jalan : purple edition, sebab budak bucuk ni terlampau addict ngan purple dan rerame..

:: HarGai AnuGeraH CinTa ::



hmmmm..tajuk..tak tahan..menghargai sebuah anugerah yg tak ternilai, suatu yg begitu istimewa..CINTA

terpanggil pulak aku nak wat entry ni lepas menjelajah alam maya ni membace kisah2 CINTA, tip2 CINTA and etc...

CINTA...

Sukar nak dimengertikan..perkataan yg mempunyai 5 huruf ni, kadangkala di anggap keramat..suka, duka, sakit hati, senang hati, puas, tak puas, indah, tenang..n etc..semua terangkup dalam CINTA..






Bagi aku, CINTA ni manis walaupu pahit, CINTA ni gembira wlaupun sedih..dan yg paling pasti ianya sesuatu perasaan yg istimewa yg Allah jadikan untuk setiap makhluk ciptaanNya merasai CINTA..

" BAYANGKAN anda mencintai seseorang tetapi orang itu tidak mencintai anda, tentu menyakitkan. Tetapi, anda lebih kecewa apabila anda mencintai seseorang tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang anda rasakan."

"Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan seseorang yang anda cintai."

"Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang yang sehati sejiwa. Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu."

"CINTA adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil berat mengenai si dia."

"Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain terbuka.Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka untuk kita."

"Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong anda dari belakang.Memberikan seseorang semua CINTA tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda."

"Jangan mengharapkan CINTA sebagai balasan, tunggulah sampai CINTA itu berputik di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh dalam hatimu.Ada hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda dengar daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda menjadi tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya."


Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba. Jangan menyerah selama anda berasa masih ada harapan. Jangan pernah berkata anda tidak mencintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan dia pergi.CINTA datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun sering dikecewakan. CINTA hadir kepada mereka yang masih mempercayai, walaupun kerap dikhianati. CINTA juga menghampiri mereka yang masih ingin mencintai, walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan. Janganlah mudah berputus asa.Jangan melihat daripada wajah, itu boleh menipu. Jangan melihat kekayaan, itu boleh luput."

"Berharaplah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah.Berharaplah anda bertemu seseorang yang dapat membuat anda tersenyum."

"Ada saat dalam kehidupan apabila anda sangat merindukan seseorang, ingin menemui dan memeluknya.Berharaplah anda dapat mimpikan si dia, pergilah ke mana saja anda ingin kunjungi, jadilah sesuai dengan keinginan anda kerana anda hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa diinginkan."

Semoga anda memperoleh cukup kebahagiaan, cukup dugaan untuk membuat anda kuat, cukup penderitaan untuk membuat anda menjadi manusia yang tabah dan cukup harapan untuk membuat kamu berbahagia.Selalu letakkan diri pada posisi orang lain. Jika anda berasa itu menyakitkan, mungkin ia akan menyakitkan orang lain."

"Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba."

"CINTA bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan dan berakhir dengan air mata."

"Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang dilupakan, Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan hingga anda melupakan kegagalan dan rasa sakit hati.Ketika lahir, anda menangis dan semua orang di sekeliling tersenyum. Hiduplah dengan hidupmu, justeru ketika anda meninggal dunia, anda satu-satunya yang tersenyum dan semua orang di sekeliling menangis.."

Antara madah2 CINTA yg aku ambil dari beberapa laman blog, laman web dan etc..dah ku gabungkan dalam satu entri ni..

CINTA adalah satu lumrah dalam kehidupan.Ia hadir tanpa di duga.Hanya orang yang benar2 memahami apa itu cinta akan dapat merasai kehebatan kuasa cinta. Betul tak ??

cukup indah..cukup syahdu..

Hidup ini indah..hargailah..=)

:: saya suka membaca ::

Assalamualaikum..

hikhikhikhik..=)

perasan bagus la pulak aku di pagi2 hari ni..saya suke membaca la konon...
tapi kan..itulah hakikatnya...

tapi jugak..cuma pada bahan2 bacaan pilihan sahaja..the choosen one..=)

yg paling2 aku suka bace ialah novel..aku boleh dokatakan hantu novel jugak la..
kalau kupunya wang lebih, seminggu mesti aku beli satu novel..
aku suke novel cinte..

pakwe aku kate, aku ni suke touching terlebih sebab suke bace novel, adaptasi semua yg ada kat dalam novel tu dalam hidup aku..

isssshhh..tu tak betul..mane ad aku wat camtu..
tapi hakikat sebenarnya, novel selalunya aku buat si pembaca nya berasa hidup ni indah..terutamanya la kan..novel cinta, watak2 dalam novel tu pun..fuhhhh..tak tahan..=) mmg indah...

hmm..novel..novel..novel..aku mmg suke novel..tapikan..aku tak suke sgt citer pasal cinta sebelum kawin..aku suke bace yg latar ceritanye cinta org yg dah kawin, lg menusuk kalbu..=)

kadang2 aku fikir2 balik, betui ke ada cinta mcm yg digmbarkan dalam novel, atau sekadar imagunasi seorang penulis, tapi tak mustahilkan..Allah tu Maha Kuasa, semua terletak padaNya, kalau itu kataNya, jadilah ia..hikhikhik..=)

ok, pada aku membaca ni boleh :

1. of coz, tambah ilmu pengetahuan, kita boleh tau pe yg kite tak tau..
2. ber"jalan"2 ke tempat org walaupun sekadar dalam novel
3. tambah pengetahuan dalam menyelesaikan masalah
4. hiburan
5. tingkat kosa kata..untuk yg ni..aku teringat satu kes jadi kat aku, aku pernah cakap kat cae ngan zati.."persetankan semuanya"..then nak tau pe diorang kate kat aku... diorang kate, ni lah penangan novel..hahaha..mmg gelak la aku.. rupe2 nye, perkataan tu, jarang diorang dgr..diorang selalu bace novel je jumpa perkataan tu..korang2..=)
6. ubat tido aku adalah membaca..kalau aku tak leh nak tido, aku akan membace..dan org kate, membace sebelum tido elok, sebab kita akan jadi lebih ingat, terutama bahan2 bacaan berunsur ilmiah..

okk..tu jek kot..then kat bawah ni, ad sikit gmbar koleksi novel aku...











ok..ni antara novel yg aku ad, dan ada bnyak lagi sebenarnya, tak sempat nak sempat gambonye..nanti kalau sempat, aku snap then aku uploadkan gmbonye..hikhikhik..=)