KEPADA YANG SUDI SINGGAH

Kepada sape2 yg sudi singgah kat blog ni, kalau sudi tinggalkan lah jejak anda di chat box saya semoga saya senang untuk bertandang di blog kalian pula..boleh kita bertukar2 buah fikiran walaupun hakikatnya, blog ini kadang2 tak mendatangkan manfaat buat pembacanya..=)
Showing posts with label dugaan. Show all posts
Showing posts with label dugaan. Show all posts

Wednesday, November 25, 2009

:: DUGAAN ::

Assalamualaikum..
Hai semua.. sihat?? harap sihatlah semuanya.. tambah2 pulak bg kengkawan yg beragama Islam.. yg baru saja menyambut Hari Raya Aidil Adha.. sihat tak perut? kot2 ada yg masih sakit perut dek kerana makan macam2 di hari bahagia.. hehehe.. Moga2 nikmat kesihatan yg dikurniakan diperguna sebaiknya.. bukan saja ingatan buat semua.. juga ingatan buat diriku yg kadang2 alpa dgn kurniaan yg telah diberikanNya.. Insyaallah..
Hmm..takde apa nak cerita.. cuma nak berkongsi maklumat.. tentang suatu topik yg rasanya semua tahu.. hehehe.. =)
DUGAAN.. hmm.. kenapa dgn dugaan.. hidup umpama tak lengkap.. kalau takde DUGAAN kan?? hehehe..
DUGAAN datang macam2 gaya.. DUGAAN hadir dalam pelbagai bentuk, mungkin kehendak hati terhadap sesuatu yang dilarang, mungkin juga berlaku konflik antara seseorang dengan individu lain.. mungkin juga masalah kewangan.. kerja.. penderitaan atas sesuatu seperti penyakit, kemiskinan, kebuluran, kehilangan dan sebagainya.. dan tentu sekali semua sudah biasa dengan dugaan kehidupan masing2 sama ada berat atau ringan penanggungannya..Mungkin kadang2 bila saja kita ditimpa DUGAAN .. kita mula meratapi..meraung2.. jatuh.. lemah.. seakan2 tidak mahu hidup lg.. mengatakan dunia ni tak adil, malah kadang2 menyalah Tuhan atas DUGAAN yg menimpa.. Aku pon kadang2 juga begitu..bukan senang nak menghadapi DUGAAN .. Kadang2 aku rasa cam tak kuat nak hadapi DUGAAN .. keluarga, cinta, kawan2, kewangan, kehendak hati, persekitaran dan macam2 lagi.. Bukan semudah kata-kata, ia umpama hempedu yang perlu ditelan walau pahit rasanya.
Tapi ada betulnya kata2 ini.. "Pengalaman mengajar kita".. Mula2 mungkin penerimaan terhdap
DUGAAN agak sukar.. tapi ingat.. dan ingatan ini juga untuk aku jugak yg kadang2 tersungkur dek kerana DUGAAN .. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan..
Ujian dan DUGAAN menjadikan diri sentiasa menghargai apa yang sudah dimiliki. Ia mengingatkan manusia agar tidak cepat lupa dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.
Hmm..sebenarnya..bnyak lg ingatan2 untuk DUGAAN ni.. tapi aku amik yg mane perlu.. dan bukan semua tak perlu.. tapi ingatan ini yg harus sentiasa diingat..
Hmm..bukan senang nak menghadapi DUGAAN hidup ni.. tambah2 manusia yg dianugerahkan Allah dengan emosi.. Kadang kala, emosi ni lah yg kadang kala buat manusia jadi tak betul.. bukan maksud aku gila.. tak bertindak rasional.. terutamanya WANITA.. dengan 9 nafsu dan 1 akal.. mmg tak dinafikanlah kebnyakkan manusia yg bertindak melulu cam membunuh diri kebnyakkannya wanita.. Emosi menguasai diri..
Diambil dari blog : http://gdi.wanitaemall.com/dugaan-adalah-suatu-titik-perubahan
Wanita. Jangan lemah. Jangan mudah jatuh. Sekiranya tangisan korang itu dapat membangkitkan semangat korang sesudah itu, menangislah sepuas hati. Sekiranya ia hanya akan memusnahkan hidup korang, fikirlah. Kita adalah anugerah yang terindah. Tangan yang hanya menggoncang buaian ini, mampu menggoncang dunia! Jangan jadi bodoh kerana emosi yang tidak memberi apa jua kelebihan dan manfaat. Gunakan emosi extreme yang kita miliki untuk menjadi lebih kuat dan hebat dari apa yang orang lain tidak miliki.
DUGAAN. Musibah. Kesedihan. Kesengsaraan. Jadikan ia suatu perkara yang positif. Sayangi dugaan. Sukakan cabaran. Jangan lemah. Jangan putus asa. Jangan mudah patah semangat dengan mereka. Jadikan dugaan sebagai suatu titik permulaan untuk korang melakukan perubahan di dalam hidup. Ini mungkin petanda dari Allah bahawa ada kehidupan baru yang lebih cerah menanti korang! Dia Maha Mengetahui. Dia yang mengatur segalanya. Dia juga tahu korang dapat menghadapinya. Dia juga sedang mengukur keimanan korang terhadapNya.
Bagi aku, orang yang sentiasa dalam kesusahan, kesedihan dan dugaan adalah orang yang paling bertuah di dunia. Sekiranya mereka menghadapinya dengan lebih positif, DUGAAN tersebut akan menjadikan mereka lebih matang, bijak, profesional dan sempurna! Oleh itu, kenapa perlu manusia meratapi kesusahan yang menimpa diri mereka sedangkan kesenangan adalah dugaan yang paling berat di dunia? Kerana, tidak ramai manusia yang dapat melepasi dugaan kesenangan dan syurga dunia. Renungkanlah…
Jadi.. utnk itu.. perbanyakkanlah bersabar.. Setiap kesabaran pasti ada kemanisannya nanti.. Insyaallah.. Kita patut bersyukur kerana diberikan DUGAAN. DUGAAN juga merupakan nikmat Allah yg didatangkan dengan pelbagai hikmah..


sekadar gambar hiasan *nak femeskan diri sendiri..*



‘bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu..pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentaqdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya. Tabahkan hatimu sahabat, ganjaran besar untukmu, Al-Firdaus menantimu!’

Saturday, January 24, 2009

:: aku dan keputusan ::

Aku dah buat keputusan...

Setelah mendengar pandangan banyak pihak..Aku decide tak nak masuk campur lagi urusan pape yang melibatkan banyak pihak..bukan nak melepaskan tanggungjawab tetapi aku akan lebihkan tanggungjawab aku terhadap diri sendiri... Aku serik untuk melakukan kesilapan lagi.. Walaupun manusia ni tak terlepas untuk melakukan kesilapan, tapi bagi aku, cukup la sekali

Mungkin betul cakap mereka...aku terlalu bnyak bercakap..so, terlalu bnyak la aku melakukan kesilapan..jadi, untuk kebaikan aku dan orang lain..keputusan ini aku buat..

Walaupun agak keberatan, sebab aku ni mmg jenis yang takleh duduk diam..tapi aku akan cuba.. Cuba untuk memberi peluang pada orang lain...cuba untuk mendengar pendapat orang lain, cuba untuk tidak membebankan diri aku lagi, cuba untuk semua ini dan terus mencuba...Insyaallah...

Doakan kejayaan aku untuk memcuba sesuatu yang baru dalam hidup aku...

Monday, January 19, 2009

:: Perkataan hari ini : "sisih" ::

Ok.. kalau kita letak :

Penggunaan imbuhan "di"..."kan" so, kita leh dapat DISISIHKAN..

bila kita letak imbuhan "ter" so, ia jadi TERSISIH...

then, kalau kita letakkan imbuhan "me".."kan" so kita dapat MENYISIHKAN...

Sebenarnya, takde pape pun..cuma..dua tiga menjak ni aku terasa begitu.. Sama ada aku disisihkan, tersisih atau menyisihkan diri sendiri..itu aku tak dapat pastikan lagi.. Itu cuma sekadar aku rasa..

Kalau aku disisihkan, kenapa?

Kalau aku menyisihkan, kenapa?

Dan kalau aku tersisih, kenapa?

Aku cuma nak tau jawapannya, dan mane satu jawapan yang betul.

p/s : kalau ada sape2 yang tau, tolong lah bagi tau...aku mmg tak tau...=(

Sunday, January 11, 2009

:: saya menangis lagi ::

hmm.. Dah dua hari dah menangis.. Mata ni dah bengkak.. Tapi kenapa aku menangis ? Aku pun tak tau apa jawapan yang patut aku bagi.. Kadang2 aku terfikir, buat apa aku nangis sedangkan semua tu tak bawak pape perubahan pun...Aku sedih sangat..2 hari lepas, bucuk ad tanye kenapa aku nangis, tapi aku takde jawapan lagi untuk soalan tu..sepanjang dia telefon aku malam tu, aku nangis je..itu je yang jawapan yang mampu aku jawab setiap kali dia tanya aku kenapaaaa... Aku bukan sengaja nak buat dia risau or fikir yang bukan2..tapi waktu tu aku mmg takde jawapan...

tapi, 10/1/2009..

aku dah ada jawapan kenapa aku menangis.. pelik kan..nangis dulu pastu baru tau jawapan nye kenapa...memang pelik...

Nisa, rumet aku paksa aku bg tau kenapa aku nangis... Dia tak nak aku pendam je.. then, aku dah tak tahan dah, aku pun cerita la problem...(sambil menangis..macam air terjun air mata aku turun...)

Aku nangis sebab aku sedih sgt..kenapa aku kena lalui semua ni.. Aku teringin sgt nak lalui hari2 yang indah... Mmg orang nampak aku bahagia je..mcam takde problem...tapi siapa yang tahu hati aku menangis...terguris...bukan senang nak tersenyum sedangkan hati aku tak pernah ad rasa bahagia...

aku tak tau nak tulis cam ne, tak tau nak mula dari mana.. Hmm.. cam ni lah.. Salah aku ke kalau aku jatuh cinta ngan seseorang ? Salah ke? Tapi mungkin betul kot cakap nisa ngan bucuk.. Mungkin aku masih belajar lagi.. itu aku tau la.. tapi aku tak harapkan pape pun.. aku cuma harap aku leh di terima..bukan la aku nak diorang terima aku dgn mendadak..tapi cukup la kalau sekadar bertanya khabar, kim salam ke.. mmg bende2 ni nampak remeh.. tapi semua ni mampu buat hati aku tersenyum... Aku bukan nak semua orang jaga hati aku.. tapi aku rasa aku yang banyak menjaga hati orang... Aku boleh bersabar, mcam bucuk ckap kat aku.. untuk beberapa tahun jek lagi.. tapi aku tak leh kawal perasaan aku... aku leh tersenyum.. tapi hati aku tak leh tipu diri aku sendiri...

dah 6 tahun aku bersabar...mungkin aku mmg ditakdirkan untuk lalui semua ni.. aku terpaksa lalui dugaan ni...untuk dapat bahagia...