Entahlah..aku pon taktau motif apa sebenarnya aku nak cerita tentang ni..tapi hati aku ni tergerak sgt2 nak menulis mengenai perkara ni..
S.A.B.A.R
Dalam kehidupan kita seharian, S.A.B.A.R memainkan peranan yang sgt2 penting dalam setiap apa jua yg kita lakukan seharian.. Cuba bayangkan kalau S.A.B.A.R ni takde dalam diri setiap individu..mesti tak jadi kerja lah..
Saya telah membaca beberapa laman2 web yang menulis mengenai S.A.B.A.R, kerana aku masih belum sempat untuk membuat rujukan dari material2 lain seperti buku ataupun rujukan lain.
Secara bahasa S.A.B.A.R bererti al-habsu ( menahan ) dan al-man'u ( mencegah ), iaitu lawan kata dari al-jaz'u ( keluh kesah ).
Mengikut Al-Quran :
S.A.B.A.R adalah akhlak yg paling banyak disebutkan dalam al-Quran. menurut Imam Ghazali, sifat ini disebut lebih dari 74 kali dalam al-Quran. malah beliau menyifatkan S.A.B.A.R sebagai sifat yg menyelamatkan.
(Surah 16, ayat 126-127)
S.A.B.A.R di dalam al-Quran didefinasikan sebagai : menahan diri daripada perkara yg dibenci Allah smata2 utk mencapai redha-Nya.
(surah 13, ayat 22)
Jenis-Jenis S.A.B.A.R
1. S.A.B.A.R anggota badan
S.A.B.A.R terhadap kepenatan/kesakitan anggota. Contohnya, sabar bila sakit, bila buat kerja berat, dan yg penting sabar dalam buat ibadah. contohnya sabar bgn solat walaupun sakit, sabar bngun solat subuh walaupun baru rase cam baru letak kepala atas bantal..S.A.B.A.R mengerjakan puasa, haji, etc.
2. S.A.B.A.R dari mengikut hawa nafsu
contohnya S.A.B.A.R ketika nafsu sedang mengganas.. seperti tengok makanan rasa nak telan je semua, tengok baju/beg cantik rasa nak borong je semua, tengok itu nak tengok ini nak, etc. hehehe. dan nafsu lagi satu..
termasuk jugak S.A.B.A.R ketika marah. Contohnya masalah dengan kawan2, masalah biasala bila marah, kita kdg lost control. Syaitan menyiram api kan. jadi bila marah, cuba amik wuduk sebagaimana yg Rasulullah pesan. pesan Baginda lagi, kalau org tgh marah tu sedang berdiri, sila duduk. kalo duduk sila baring. kalo dah baring, sila tido supaya marahnya reda. Takpun cuba tgok muka kamu semua kat cermin waktu marah..mesti buruk gilerkan..maybe cam raksasa..hehehe
3. S.A.B.A.R terhadap nikmat Allah
kadang2 bila kita terlampau kaya (contoh biasa) membuatkan kita lupa siapa yg memberi kekayaan tu. sentiasalah ingat pada-Nya dan bersyukur selalu. gunakan harta ke jalan yg betul lagi berhemah.
4. S.A.B.A.R dalam pekerjaan
Cam biasalah..kite mesti sabar dengan setiap pekerjaan kita..contohnya cam jadi sales girl kat shopping mall..customer suke bukak2 baju..pastu tak reti nak kemas balik..tinggal cam tu je..tension2..tapi kite kene sabar..lg contoh..buat assignment..asyik kena re-do je..sabar2 ek..
Hmmm...bnyak perkara yg memerlukan kesabaran... Kesabaran adalah puncak. Puncak lah paling hampir dengan pangkal. Maka bersabarlah...tapi kadang2 manusia ni juga termasuklah aku sendiri barangkali lupa akan sifat terpuji ni.. S.A.B.A.R
Mmg amat terseksa jiwa dan raga untuk ber S.A.B.A.R.. sampai kadang2 terkeluar juga kata2 seperti.. “jgn smpai aku hilang S.A.B.A.R”, “S.A.B.A.R aku ada hadnya”, “asyik2 ber S.A.B.A.R”, “smpai bila nak ber S.A.B.A.R” dan bnyak lagi... aku juga tak terlepas daripada itu..tapi percayalah.. S.A.B.A.R itu indah sebenarnya..manis untuk dikenang..
Pengalaman aku sendiri dalam ber S.A.B.A.R.. untuk beberapa perkara kecil..
- Aku mampu tersenyum puas bila aku dinobatkan sebagai pelajar cemerlang kategori sijil waktu di politeknik dahulu setelah aku tempuh macam2 dugaan...tak cukup tidur, habis wang ringgit, buat sijil cam abiskan masa, sdang2 kawan2 lain dapat buat diploma, masuk matrik...dan sebagainya. Aku juga mampu tersenyum, bila dapat result setiap semester yg memberangsangkan..setelah bnyak perkara yg aku jalani, dan kadang2 rasa cam dah takde S.A.B.A.R dah..assignment, presentation, report, quiz, test and etc...bla..bla..bla..
- Aku boleh menahan nafsu aku untuk membeli barangan yg aku suke sehingga dapat harga yg paling rendah..kira S.A.B.A.R jugak tu kan..
- Aku boleh mengawal marah aku..apabila berlaku masalah antara aku ngan kawan2, aku ngan family, aku ngan org tersayang, aku ngan persekitan..Walaupun tgh marah dah tahap apa, aku masih mampu tersenyum manis cam kambing comelll..dan kadang2 terlepas jugak akibat sifat S.A.B.A.R tu tak dapat disemai dengan baiknya..
- Abis SPM aku mintak mak aku kete, smpai masuk poli..tunggu..tapi tak dapat2 dan akhirnya mak aku belikan aku kete waktu aku masuk UiTM..dapat jugakkan..walaupun lmbat..
- Aku mintak mak aku flat screen sebab dah tak lalu nak mengangkat monitor gajah aku tu pindah randah..akhirnya aku dapat jugak hasil dari keputusan aku yg cukup2 makan tu..=)
Bak kata mak aku la..”Mak bukan taknak bagi, cuba ber S.A.B.A.R, nanti mak bagi jugak, buat masa sekarang ni, keadaan tak mengizinkan”
Betul2..kita kene S.A.B.A.R, sebab apa yg kita impikan akan tercapai jugak..cepat atau lambat sahaja dan bergantung dengan usaha kita juga..kalau dok diam je, mmg tak jadi apa la kan..
Setiap kesabaran yang kita semai dalam diri kita, ada balasan baiknya..Orang yg sabar, Allah sayang. Sabar adalah sebuah kata yang mudah untuk diucapkan, namun sulit merealisasikannya. Betapa banyak ikhwah yang bergelimpangan, menyerah di jalan dakwah karena kurangnya rasa sabar ini. Cubaan yang mereka hadapi menjadi batu sandungan bagi mereka untuk istiqomah sampai pertolongan Allah itu datang.
S.A.B.A.R itu I.N.D.A.H