KEPADA YANG SUDI SINGGAH

Kepada sape2 yg sudi singgah kat blog ni, kalau sudi tinggalkan lah jejak anda di chat box saya semoga saya senang untuk bertandang di blog kalian pula..boleh kita bertukar2 buah fikiran walaupun hakikatnya, blog ini kadang2 tak mendatangkan manfaat buat pembacanya..=)
Showing posts with label bersyukur. Show all posts
Showing posts with label bersyukur. Show all posts

Thursday, December 10, 2009

:: Suatu Kemanisan, Terima Kasih Ya Allah ::

Assalamualaikum..

Hai semua.. sihat?? Fira harap sgt2 sume sihat.. Fira pon setakat ni alhamdulillah sihat.. takde pape nak story morry kat sini.. just nak kongsi perasaan aje..

Hmmm.. org kate penantian satu penyeksaan.. betul ke?? haaa.. mmg tul pon.. haa.. menanti pe?? menanti result pekse kuar.. hahaha.. memang menyiksa jiwa raga tul.. Bukan pe, study pon men2 jek.. mau tak risau.. rase cam nak masuk je peti ais.. sorok kat dalam tu.. takyah cek result.. hahaha..

Hmm.. mmg serius gabra + cuak + bergetar pale lutut + etc.. paham2 je la kan.. ha3.. fira try check pgi tadi.. tapi tak kuar lg.. try pulak check tghari tadi.. tak jugak kuar.. pastu cakap pukul 10.00 malam.. takpe2.. kul 6 tadi.. try2.. wah leh check dah... jeng3.. adooiiiiiiiii... takut2... but..

Alhamdulillah.. kejayaan milik fira lagi.. syukur sgt2.. tapi kalau kurang men2.. mesti leh dapat ok dari tu lg.. haiiissshhhhh.. fira2.. padan muke.. men2 lg.. adoiiiiiii.. syukur sgt2..
"Ya Allah, aku bersyukur di atas kejayaan yang aku perolehi..terima kasih kerana memberi aku peluang untuk merasai kemanisan kejayaan ini..Terima kasih kerana memberikanku ketabahan untuk mencapai kejayaan ini.."

hmm.. kat kesempatan ni.. Fira nak ucapkan jutaan terima kasih buat :

Mak ayah fira yg bnyak memberikan sokongan pd fira.. terutamanya sokongan kewangan.. kalau tak, tak dapat la fira belajar.. bnyak pengorbanan mereka untuk fira smpai ke tahap ni.. terima kasih bnyak2 mak..ayah.. Ni je yg adik leh balas, harap2 ni boleh bangggakan mak ayah..


My lubley gumuk.. Muhammad Firdaus Musa, yg sentiasa ada waktu susah senang.. thnks bnyak2.. Untuk setiap nasihat, pandangan, kasih sayang dan lain2..thnks bnyak2.. Terima kasih jugak kerana sudi meminjamkan kekuatan untuk kite terus berdiri... Love u soo much..

Of coz.. to my beloved lecturer.. terutamanya lecturer fakulti pengurusan maklumat uitm kedah.. Puan Haziah, Miss Marlia, Miss Hazila, Miss Yana, Miss Firdaus, En Hafiz, En Sufi, En Raja, En Asmad, En Sham and etc.. Terima kasih untuk segala tunjuk ajar, nasihat dan ilmu yg dicurahkan tnpa jemu2 buat kami.. sgt2 menghargainya..

Ya..kawan2 aku..terutamanya miss izzati yg perasan fasha sandha ngan miss cae yg chantek.. korang mmg kawan superb la..terima kasih sebab korang ad untuk susah seang ku.. nangis same2..gelak same2..kuar makan pizza..of coz la same..kang org ingt aku gile plak makan sorang2.. hahaha.. then pada classmate2 yg lain.. adoooiiiiiiii.. korang kawan smpai mati la.. thnks untuk ilmu yg sudi korang kongsikan.. mmwaahhhh luv u all.. jumpe sem depan..

lastly, pd sape2 yg berada di belakang aku.. yg tak jemu2 beri tunjuk ajar, ilmu, nasihat n etc.. sgt2 menghargai sume tu..

kejayaan ini untuk kamu semua..

Alhamdulillah syukur..

(^_^)


p/s : pd yg kurang berjaya.. ingat.. jatuh tak semestinya gagal.. jadikan itu sebagai platform untuk meraih kejayaan yg lebih bermakna.. jgn jadikan itu sebagai penghalang untuk mendapat kejayaan.. hmmm..kaji mane silapnye.. then improve mane yg patut ok.. kite semua berhak untuk merasai kejayaan itu.. sebab kejayaan tu milik semua org.. cuma cepat atau lambat je..then bergantung juga dgn usaha yg kite buat untuk dapatkannya.. Allah itu maha mengetahui.. Juga maha adil..

Wednesday, November 25, 2009

:: DUGAAN ::

Assalamualaikum..
Hai semua.. sihat?? harap sihatlah semuanya.. tambah2 pulak bg kengkawan yg beragama Islam.. yg baru saja menyambut Hari Raya Aidil Adha.. sihat tak perut? kot2 ada yg masih sakit perut dek kerana makan macam2 di hari bahagia.. hehehe.. Moga2 nikmat kesihatan yg dikurniakan diperguna sebaiknya.. bukan saja ingatan buat semua.. juga ingatan buat diriku yg kadang2 alpa dgn kurniaan yg telah diberikanNya.. Insyaallah..
Hmm..takde apa nak cerita.. cuma nak berkongsi maklumat.. tentang suatu topik yg rasanya semua tahu.. hehehe.. =)
DUGAAN.. hmm.. kenapa dgn dugaan.. hidup umpama tak lengkap.. kalau takde DUGAAN kan?? hehehe..
DUGAAN datang macam2 gaya.. DUGAAN hadir dalam pelbagai bentuk, mungkin kehendak hati terhadap sesuatu yang dilarang, mungkin juga berlaku konflik antara seseorang dengan individu lain.. mungkin juga masalah kewangan.. kerja.. penderitaan atas sesuatu seperti penyakit, kemiskinan, kebuluran, kehilangan dan sebagainya.. dan tentu sekali semua sudah biasa dengan dugaan kehidupan masing2 sama ada berat atau ringan penanggungannya..Mungkin kadang2 bila saja kita ditimpa DUGAAN .. kita mula meratapi..meraung2.. jatuh.. lemah.. seakan2 tidak mahu hidup lg.. mengatakan dunia ni tak adil, malah kadang2 menyalah Tuhan atas DUGAAN yg menimpa.. Aku pon kadang2 juga begitu..bukan senang nak menghadapi DUGAAN .. Kadang2 aku rasa cam tak kuat nak hadapi DUGAAN .. keluarga, cinta, kawan2, kewangan, kehendak hati, persekitaran dan macam2 lagi.. Bukan semudah kata-kata, ia umpama hempedu yang perlu ditelan walau pahit rasanya.
Tapi ada betulnya kata2 ini.. "Pengalaman mengajar kita".. Mula2 mungkin penerimaan terhdap
DUGAAN agak sukar.. tapi ingat.. dan ingatan ini juga untuk aku jugak yg kadang2 tersungkur dek kerana DUGAAN .. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan..
Ujian dan DUGAAN menjadikan diri sentiasa menghargai apa yang sudah dimiliki. Ia mengingatkan manusia agar tidak cepat lupa dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.
Hmm..sebenarnya..bnyak lg ingatan2 untuk DUGAAN ni.. tapi aku amik yg mane perlu.. dan bukan semua tak perlu.. tapi ingatan ini yg harus sentiasa diingat..
Hmm..bukan senang nak menghadapi DUGAAN hidup ni.. tambah2 manusia yg dianugerahkan Allah dengan emosi.. Kadang kala, emosi ni lah yg kadang kala buat manusia jadi tak betul.. bukan maksud aku gila.. tak bertindak rasional.. terutamanya WANITA.. dengan 9 nafsu dan 1 akal.. mmg tak dinafikanlah kebnyakkan manusia yg bertindak melulu cam membunuh diri kebnyakkannya wanita.. Emosi menguasai diri..
Diambil dari blog : http://gdi.wanitaemall.com/dugaan-adalah-suatu-titik-perubahan
Wanita. Jangan lemah. Jangan mudah jatuh. Sekiranya tangisan korang itu dapat membangkitkan semangat korang sesudah itu, menangislah sepuas hati. Sekiranya ia hanya akan memusnahkan hidup korang, fikirlah. Kita adalah anugerah yang terindah. Tangan yang hanya menggoncang buaian ini, mampu menggoncang dunia! Jangan jadi bodoh kerana emosi yang tidak memberi apa jua kelebihan dan manfaat. Gunakan emosi extreme yang kita miliki untuk menjadi lebih kuat dan hebat dari apa yang orang lain tidak miliki.
DUGAAN. Musibah. Kesedihan. Kesengsaraan. Jadikan ia suatu perkara yang positif. Sayangi dugaan. Sukakan cabaran. Jangan lemah. Jangan putus asa. Jangan mudah patah semangat dengan mereka. Jadikan dugaan sebagai suatu titik permulaan untuk korang melakukan perubahan di dalam hidup. Ini mungkin petanda dari Allah bahawa ada kehidupan baru yang lebih cerah menanti korang! Dia Maha Mengetahui. Dia yang mengatur segalanya. Dia juga tahu korang dapat menghadapinya. Dia juga sedang mengukur keimanan korang terhadapNya.
Bagi aku, orang yang sentiasa dalam kesusahan, kesedihan dan dugaan adalah orang yang paling bertuah di dunia. Sekiranya mereka menghadapinya dengan lebih positif, DUGAAN tersebut akan menjadikan mereka lebih matang, bijak, profesional dan sempurna! Oleh itu, kenapa perlu manusia meratapi kesusahan yang menimpa diri mereka sedangkan kesenangan adalah dugaan yang paling berat di dunia? Kerana, tidak ramai manusia yang dapat melepasi dugaan kesenangan dan syurga dunia. Renungkanlah…
Jadi.. utnk itu.. perbanyakkanlah bersabar.. Setiap kesabaran pasti ada kemanisannya nanti.. Insyaallah.. Kita patut bersyukur kerana diberikan DUGAAN. DUGAAN juga merupakan nikmat Allah yg didatangkan dengan pelbagai hikmah..


sekadar gambar hiasan *nak femeskan diri sendiri..*



‘bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu..pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentaqdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya. Tabahkan hatimu sahabat, ganjaran besar untukmu, Al-Firdaus menantimu!’

Saturday, July 19, 2008

:: Bahagianya AKU kerana ENGKAU ::

"Gambar waktu konvokesyen ke-2,
Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam"


Terima kasih Ya Allah …Allhamdullilah

Hari ini aku rasa cukup bahagia..bahagia sangat...
Aku menerima kejutan dariMu...Alhamdulillah

Kau sungguh misteri..Kau sungguh unik..
Tiada yang dapat menandingiMu..Ya Allah..
Kau sentiasa bersama hambaMu..susah atau senang..
Kau berikan kami ujian, walaupun Kau tahu,
Kadang kala kami tak mampu menerimanya..
Tapi Kau berikan kami keteguhan Iman,
Kesabaran yang tinggi, Kau suluh perjalanan kamu...
Sehingga kami boleh menerimanya
Dengan hati redha...


Ya Allah...

Berikan bagi kami yang terbaik untuk masa depan kami..
kerana sungguh kami tak tau apa yang KAU rencanakan..
Terima kasih Allah atas semua yang telah kau berikan
Kuingin yang terbaik dari yang terbaik
yang kau berikan pada kami
Terima kasih atas kasih sayangMU.......