KEPADA YANG SUDI SINGGAH

Kepada sape2 yg sudi singgah kat blog ni, kalau sudi tinggalkan lah jejak anda di chat box saya semoga saya senang untuk bertandang di blog kalian pula..boleh kita bertukar2 buah fikiran walaupun hakikatnya, blog ini kadang2 tak mendatangkan manfaat buat pembacanya..=)

Wednesday, January 21, 2009

:: Aku dah tau jawapannya ::

hmm..aku "DISISIHKAN"..

atas sebab mementingkan diri sendiri dan mengabaikan orang lain..and aku tak leh terima pendapat orang lain..then selain tu jugak, ad yang terasa aku meninggikan suara...hmmm...itu baru sebilangan yang aku dengar..belum yang lain lagi...

Tapi tak pe la..aku terima...tapi aku masih lagi tertanya2...bila aku mementingkan diri? Bila aku mengabaikan orang lain? Mungkin tentang meninggikan suara..aku rasa cam biase je..kadang2 angin tak betul..aku rase semua orang begitu, atau mungkin aku yang keterlaluan...

Tak mengapa..aku terima dan aku takkan pernah lari..bodohla kalau aku lari..sedangkan pada masa akan dtang aku tetap akan mengadap mereka2 yang hati2 yang terluka dek perbuatan aku.. Cuma aku terkilan, kenapa sekarang...kenapa bukan dari dulu lg..setiap manusia mmg melakukan kesilapan..kecik ke besar same je..aku bingung sgt2...kenapa tak dari dulu..dah bnyak benda yang aku wat dengan mereka2.. kenapa tiada teguran di awal2 peringkat pembabitan aku dalam aktiviti meyakitkan hati orang ni?? kenapa??

dengan terjahan macam ni..sape pun tak leh terima dengan mendadak...aku cukup2 terkejut... macam ombak besar datang..memusnahkan istana2 pasir yang tersergam indah di pantai...

hmm..aku baru teringat..semuanya dilakukan atas sebab untuk menyedarkan aku... aku bukan budak umur 12 tahun. kalau nak sedarkan diri dia jgn hiraukan dia lagi...buat2 tak tau... aku dah 22... kalau aku diberitahu secara terus terang...aku boleh terima...aku boleh berfikir secara waras...aku terkilan sgt2..tapi tak pe la...mungkin mereka2 rasa cara itu adalah cara yang terbaik... Terima Kasih kawan2 ku yang cukup aku sayang, yang dah aku anggap macam keluarga sendiri....aku akan try yang terbaik untuk korang..bukan untuk BERUBAH.. tetapi cuba melakukan sesuatu perkara tanpa ada yang terluka, dapat menggunakan pendapat korang...tidak mengabaikan korang...jgn risau..aku akan cuba...

dan lagi satu, aku tahu..sesetengah dari mereka2 beranggapan dgn ketidakhadiran aku kelas adalah disebabkan aku malu, takut or ape2..

itu bukan jawapannya...aku perlukan masa... untuk tenangkan diri aku, dan aku dah kate... untuk terima benda ni dengan mendadak adalah suatu yang mustahil aku lakukan.. korang pun terluka dek perbuatan aku.. dan hati aku sedih mengenangkan korang yang terluka...aku tak sangka..aku begitu orangnya...sebab selama aku hidup ni, tak pernah ad yang bersuara menyatakan aku begitu orang nya...atau mungkin diorang takut untuk bersuara, kerana takut aku tak leh terima kenyataan... AKU MANUSIA...yang takde beza pun dengan orang lain... kalau sesiapa yang membaca entry aku ni, dan ade ingin berkata sesuatu...katakan saja...baik buruk aku..cakap je...

then, pada yang terluka, terguris, terasa, atau ter2 pe je...

Aku, NORZAFIRAH MIDUN.. mintak maaf sgt2...
kalau betul aku dah melukakan hati korang...
aku betul2 takde niat2...sikit pun takde...
aku masih waras untuk berfikir mane lawan dan mana kawan...
dan aku mintak maaf jugak kalau ade yang rase aku ni
tak bertanggungjawab untuk ape2 je...
tak kira la sebagai kawan2, lawan ke, anak ke, rumet ke,
kelas rep ke, MT ke, group member ke, and etc.....

mintak maaf sgt2...

aku yang bersalah......