KEPADA YANG SUDI SINGGAH

Kepada sape2 yg sudi singgah kat blog ni, kalau sudi tinggalkan lah jejak anda di chat box saya semoga saya senang untuk bertandang di blog kalian pula..boleh kita bertukar2 buah fikiran walaupun hakikatnya, blog ini kadang2 tak mendatangkan manfaat buat pembacanya..=)

Tuesday, December 8, 2009

:: Manisnya Berterus Terang ::

Assalamualaikum..

Hai sume.. sihat?? harap2 sume sihat lah hendaknya.. Alhamdulillah.. Fira kat sini pun sihat... Hmm.. entry kali ni just nak share ngan korang sume tntang tajuk kat atas tu..

Lebih Baik Berterus terang

Lebih baik berterus terang
jangan asyik pendam-pendam
hati tenang jiwa lapang
jadi senang wajah tak muram...

Lebih baik berterus terang..
dari diam macam tiang
kelak hati nak meradang
asyik-asyik nak marah orang...

Lebih baik berterus terang
kalau kita nak kebaikan
luahkan segala apa yang dirasakan
baru kita disayangi orang....

Camne?? ok tak?? hehehe.. ni bukan Fira punya hasil nukilan.. but kredit to this owner.. Diari Nurani Hmm..menarik bukan?? =)

Haaa.. pe pendapat korang sume dgn BERTERUS TERANG??? cakap lepas? cakap direct?? jujur?? Cam2 kan org leh tafsir apa itu BERTERUS TERANG..

Hmm.. fira dok google2.. so.. jom.. kite tgok some info about BERTERUS TERANG..

Of coz la kan.. BERTERUS TERANG ni salah satu sifat yang dimiliki or tak dimiliki oleh manusia.. hmm.. dan fira bukan lah soerang manusia yg memiliki sifat hebat ini....

Hmm.. pada pendapat fira lah.. BERTERUS TERANG adalah salah satu cara untuk menyelesaikan masalah.. siapa sokong??? heheheh

Hmm..nak tau kenapa?? sebab, selalunya, berlakunya masalah terutamanya dalam sesuatu hubungan, adalah menipu.. hahaha... sape sokong lg?? Dan kerana itulah manusia diseru oleh Allah untuk tidak menipu atau berbohong..sebab menipu ni akan mendatangkan bnyak keburukan dari kebaikan ok..


Ok.. hmm.. tapi ada sesetengah orang cakap, menipu untuk kebaikan. Contohnya menjaga hati seseorang daripada terguris, terasa atau sewaktu dgnnya.. Hmm.. mmg betul.. sebabnya, bukan semua org boleh menerima kenyataan betul?? haaa.. siapa sokong?? hehehe.. Fira jugak tergolong dalam kategori itu.. bukan takleh terima kenyataan.. but susah.. mengambil masa..

Hmm.. camne rasenya, kalau korang bukan seorang yg suke berterus terang, then disuruh berterus terang?? mesti cam2 korang fikirkan.. takut ada yg terasa la, malu la, takut kang kene belasah ke.. jatuh maruah ke.. betulkan?? cam2 yg kita akan fikir untuk berterus terang.. Fira pon begitu jugak.. cam2 fikir.. kang salah cakap, jadi masalah lain pulak.. tak cakap kan jadi lain.. haaiiissshhh..

Hmmm.. kenapa manisnya berterus terang?? org cakap ditipu itu lagi pahit dari mendengar satu pengakuan ikhlas.. betul ke?? hmm.. bg fira.. fira sokong sgt.. diTIPU lebih sakit, dari kite dgr citer sebenar.. Hmm.. kalau korang nak tau.. kejujuran boleh membawa kepada rsa percaya, dalam apa juga.. bila kita rasa percaya, kita akan rasa lebih tenang, bahagia, gembira and etc..

Perubahan ke arah kebaikan itu lebih baik.. Melalui sikap berterus terang ini juga kita boleh memperbaiki hubungan sesama insan.. berterus terang akan membuatkan kita lebih memahami keadaan seseorang itu.. jadi berbincanglah.. Ingat lg kata en zarul pd fira.. berbincang bukan nak dapatkan keputusan.. but untuk kita lebih memahami keadaan seseorang dan mencari jalan penyelesaian..

Hmm.. berterus terang juga membuatkan kita lebih disayangi oleh insan2 yg kita sayang.. Dan kita akan lebih dihargai.. juga menghargai apa yg kita ada.. Hmm.. berterus terang juga akan buat kita akan rasa lebih lapang, dan apa yg terbuku dihati terluah.. bukan untuk memastikan tuntutan hati kita dipenuhi, tetapi untuk org lebih memahami kita selain mengelakkan kita stress..sebab terlalu memendam perasaan.. ini tak elok tau.. perasaan tak elok dipendam2... dan juga, ianya boleh mengelakkan dari berlaku salah faham..terutama dalam sesuatu hubungan.. terutamanya sesama insan.. of coz la kan.. hehehehe... Berterus terang juga akan membuatkan kita akan lebih memahami seseorang, kerana bukan semua org bijak membaca hati seseorang.. betul kan?



Berterus terang mmg manis.. hehehe.. kamu seharusnya bersikap berterus terang terutamanya jika kita sukakan sesuatu kerana mungkin bila kita tidak berterus terang rezeki yang sudah hampir menjadi milik kita mungkin akan terlepas ke tangan orang lain. Berterus teranglah jika kita tidak setuju dengan sesuatu kerana mungkin jika tidak kita mungkin akan menanggung kesannya sepanjang hidup kita...nanti.. sape yg susah.. kamu jugak..

Kesimpulannya, sekarang ni fira sedang berusaha untuk lebih bersikap berterus terang, supaya tiada salah faham yg berlaku.. fira faham si dia, si dia faham fira..

Tak salah berubah untuk ke arah kebaikan.. so.. apa tunggu lg.. mari kita berterus terang.. sebab berterus terang rase manis cam gula bila ianya dilakukan secara ikhlas.. Insyaallah.. Jadi, fira sarankan, hargai la perasaan insan2 yg kamu sayang, kerana tanpa mereka hidup kita pun tak membawa apa2 makna.. kepercayaan itu wujud bila ada kejujuran.. cuba elakkan dari melukakan hati org2 yg kita sayang ok.. ini juga ingatan untuk fira.. hehehehe.. So.. mari2 kita berterus terang..


~ The true measure of life is not length, but honesty. ~