KEPADA YANG SUDI SINGGAH

Kepada sape2 yg sudi singgah kat blog ni, kalau sudi tinggalkan lah jejak anda di chat box saya semoga saya senang untuk bertandang di blog kalian pula..boleh kita bertukar2 buah fikiran walaupun hakikatnya, blog ini kadang2 tak mendatangkan manfaat buat pembacanya..=)

Saturday, December 13, 2008

..: Cinta Sejati Si Langit dan Si Bumi :..

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.
Bagiku,
Alangkah indahnya jika engkau adalah lautku
Dan aku adalah langitmu
Tak ada awan yang mengaburkan pandangan
Tak ada angin yang menerpa keindahan

:: itu KAMU !!!! ::

Dalam Kehidupan ini, begitu banyak “keajaiban” yang tak terjangkau di fikiran. Manusia hanya memandang sesuatu yang mampu dilihat dan dipegang. Untuk menerawang ke “ruang” lebih dalam, memerlukan kekuatan yang benar-benar memberikan kesan. Yang akhirnya, mula disedari terlalu bermakna, hinggakan sukar untuk dilepas begitu sahaja.
Sesuatu yang kamu tidak sedari atau langsung tidak “terlintas” di fikiran mu…..

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi kamu dan sanggup mati kerana kamu…..
2. Sekurang-kurangnya, ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi kamu dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci kamu adalah kerana dia ingin menjadi seperti kamu
4. Senyuman daripada kamu boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang. Meskipun dia tidak menyukai kamu.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati kamu sebelum tidur.
6. Kamu bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana kamu, seseorang itu tidak akan hidup bahagia
8. Kamu seorang yang istimewa dan unik
9. Seseorang yang kamu tidak ketahui / kenali menyayangi kamu
10. Apabila kamu membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah di sebaliknya.
11. Sekiranya kamu merasai dirimu terpinggir, fikirlah semula, mungkin kamu yang meminggirkan diri sendiri.

12. Apabila kamu terfikir bahawa dirimu tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang diingini, mungkin kamu tidak akan memperolehinya. Tetapi sekiranya kamu percaya pada diri sendiri, lambat-laun kamu akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang kamu terima. Lupakan setiap kutukan, cacian dan celaan.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan. Kamu akan merasa tenang apabila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya kamu mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya bahawa dialah yang terbaik.

:: Yuhuuuuu !!!! ::

Hai..hai..hai..dah lama rasanya tak update blog ni..dah bersarang nampaknya..hehehehe… Cuti semester dah bermula. So, aku mula free la. So, kesempatan ni aku guna untuk update blog aku yang dah bersarang ni. Jap2, aku nak amik penyapu sawang, penyapu, pengemop lantai..nak kemas segala yang dah tak bersusun, hahaha..

Hmmm, skang macam yang korang tau, aku tengah bercuti sekarang selepas berhempas pulas belajar untuk satu semester. Ni pun baru je lepas final exam. Walaupun semester ni, tak la banyak paper untuk final tapi berpeluh gak la. Tercungap2 la jugak nak study semua skali dalam beberapa hari. Tidur usah cakaplah..memang tak cukupnya.Habis je satu paper, aku gi cari katil la, Buat marathon tidur..Hehehe..tula..cari pasal lagi..Awal2 tak nak study. Nilah padahnya. Tapi tak pe. Alhamdullillah, semua dah selesai. Syukur lah, rasanya macam boleh buat. Tapi tak tau la, adalah jugak yang aku karutkan. Mau pening kepala lecture aku marking paper aku tu..(Sabarlah wahai lecture2 yang aku sayang, semoga kalian semua dapat ketenangan dalam menanda kertas ku..Amin..). Sekarang tiba masanya aku merehatkan diri. Buat marathon tidur, marathon makan, marathon habiskan duit..hehehe..

K, lah..tu je kot nak bagi tau korang semua buat masa sekarang. Aku nak gi buat “housekeeping” kat blog aku ni jap. Faham2 jelah. K, see next entry k..tatata..n the most important thing, thank you so much sebab sudi buang masa kat blog aku ni dengan membaca entry2 aku yang kadang2 tak berfaedah langsung..hehehe..take care…bye..