Assalamualaikum..
Ekekeke..cam pelik lah pulak kan. nak post pasal tip kecantikan pulak. tapi ni yg aku dapat bile membelek majalah remaja adik aku..bosan..majalah tahun lepas punya pon aku layan..
yang buat aku tertarik nak post entry ni disebabkan tip yg dia bg cukup mudah..cam org kate..1..2...3..siap..
hmm..kalau korang tak caye..cubalah..tak dapat semua..2 3 tip ok gak la..dari tak wat pe kan..
semoga korang akan dapat manfaatnya..
marilah kita sama2 kelihatan cantik menawan..terutamanya kaum2 hawa
20 tip : kulit CANTIK & SIHAT
1. seGaR !!
Mulakan pagi kamu dengan segelas jus buah-buahan segar. Pastikan setiap hari kamu mencuba berlainan perisa...bukan saja sedap..malah berkhasiat untuk tubuh kamu..wow..nikmatilah...=)
2. SaYaNgi DiRi*****
Hmmm..ni lagi satu tip yg cukup mudah...elakkan dari berada di ruang perokok. Adalah lebih baik habiskan masa bersama kawan-kawan yg gemarkan aktiviti beriadah seperti bersiar2 di taman atau sebagainya..kan seronok..betul tak ??
3. EnaKnya SaLad BuaH
Bagi yg gemarkan salad buah, apa salahnya jika kamu ciptakan salad buahan yg kaya dengan serat dan ada antioksida yg tinggi macam anggur, blueberries dan lain2. Mesti sedapkan. Lagi sedap kalau kamu campurkan dengan perahan lemon atau madu..mesti ianya membuka selera kamu..
4. KriM PeLemBap*****
Ini mesti. Setiap kali keluar rumah, pastikan wajah kamu disapukan dengan krim pelembap. Sesuatu yg lebih bagus jika ianya mempunyai anti uv.. ianya untuk mengelakkan wajah kamu dari terbakar dek kerana sinaran matahari yg kuat.. Krim pelembap yg kamu beli, haruslah sesuai dengan kulit kamu dan tidak mendatangkan masalah pada kulit kamu. Krim pelembap ini akan memastikan kulit kamu kekal sihat dan sentiasa lembap.
5. BerSeNam
Bangun2..jgn malas bersenam. Kalau kamu ada bnyak masa, apa salah nya kamu berjoging setiap pagi di sekeliling laman rumah atau di taman2 awam berhampiran dengan rumah..tapi jika tidak punya bnyak masa, rajin2 lah berjalan..berjalan ke kelas, berjalan di pejabat, atau melakukan senam ringan di tempat kerja kamu. Atau lebih mudah, melakukan kerja rumah seperti menyapu, mengemop lantai rumah sudah dapat mengeluarkan peluh kamu.. senang je kan..
Makan makanan yg sudah siap diproses. Cuba makan lebih banyak makanan yang segar di dalam menu diet seharian kamu. Misalnya sayuran dan buah-buahan. Kamu akan terasa lebih yakin dan segar..
7. Spa
Kalau2 ada duit lebih tu, apasalahnya kamu manjakan diri di spa. Tubuh kamu akan terasa segar dan sihat.
8. TanGgALkan KoToRan******
Hilangkan sel kulit mati dengan scrub. Lakukan seminggu sekali. Ini akan pastikan kulit kamu kekal licin..bukan setakat pada wajah, skrub juga ada terdapat untuk badan..terdapat bnyak di pasaran sekarang ni..jom cuba...=)
9. JeMput TeMan2 LePak DiRuMahmu
Hidangkan pelbagai jenis makanan sihat dan segar..... Satu kelainan kan......?
10. OmEGa 3
Makan lebih banyak makanan yang mempunyai omega-3 !!! misalnya ikan salmon dan walnut. Ia bukan sahaja menghalang sel kanser, malah boleh menurunkan kadar obesity dalam tubuh kamu.. memang ok kan ??
11. RiLeks*****
Kamu stress ??? rileks dan kawal tekanan perasaan kamu..cara mudah untuk mengurangkan rasa stress kamu adalah dengan mendengar muzik dan tidur. 2 cara ni adalah cara yg biasa digunakan oleh sesiapa sahaja jika stress.
12. LaKuKan FaciAL SenDiri
Tundukkan kepala kamu di permukaan besen yang telah diisikan dengan air panas. Selepas itu, tutup kepala dan ruang udara dengan tuala. Akhir sekali, lakukan urutan dan sapukan wajah kamu dengan krim malam. Mesti kamu dapat tidur dengan nyenyaknya...=)
13. MinUM LeBih BanYak Air******
Air dapat mengekalkan kelembapan kulit, jadi eloklah kiranya jika kamu mengamalkan 8 gelas sehari.
14. BanGun AwAL
Lakukan stretching selepas bangun dari tidur. Ianya sedikit sebanyak dapat melancarkan perjalanan darah, kurangkan stress dan membuatkan kamu terasa lebih yakin dan segar.
15. BerCutiLah
Berikan masa untuk bercuti, tak kiralah seminggu, sebulan atau setahun sekali. Kamu akan terasa lebih yakin setelah bercuti.
16. TaKNak******
Katakan TAKNAK pada rokok.
17. KuRaNgKan******
Kurangkan garam, makanan yang masin membuatkan wajah kamu sembap. Ha..ni teori tau..
18. BuANgKan
Buangkan segala toksin di dalam badan. Jika kamu tidak arif untuk lakukan sendiri, dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar. Selepas melakukannya, tentu badan kamu terasa lebih ringan dan sihat.
19. CuCi******
Cuci wajah setiap kali sebelum tidur. Pastikan wajah kamu bersih dari sebarang debu dan sisa mekap.
20. CLeaNSiNg MiLk
Kebiasan untuk kulit kering adalah membersihkan wajah dengan cleansing milk, urutan lembut saat membersihkan dan sapuan krim pelembap. Pilih pembersih dengan pH balanced dan non detergent. Hindari menggunakan sabun saat membersihkan wajah, bukan sahaja kotoran dapat ditanggalkan, bahkan minyak yang semula jadi dapat melindungi kulit juga akan turut dibersihkan.
Tahukah Kamu !!!
Buah-buahan juga boleh dijadikan masker. Ada satu cara paling mudah adalah dengan menghancurkan epal tanpa air. Kemudian ratakan pada wajah kamu. Yang istimewanya epal dapat meneutralkan kulit kamu yg berminyak..semudah 1..2...3....=)
yg ada bintang2 (*****) tu yg aku rase senang nak wat, dan aku rase cam rutin jek....
tu jek kot..k...selamat mencuba...
semoga berjaya...(^_^)
No comments:
Post a Comment