KEPADA YANG SUDI SINGGAH

Kepada sape2 yg sudi singgah kat blog ni, kalau sudi tinggalkan lah jejak anda di chat box saya semoga saya senang untuk bertandang di blog kalian pula..boleh kita bertukar2 buah fikiran walaupun hakikatnya, blog ini kadang2 tak mendatangkan manfaat buat pembacanya..=)

Wednesday, December 17, 2008

:: PERTANYAAN untuk CINTA ::

Cerita ini, tiada kena mengena dengan kisah hidupku, ia hanya sekadar informasi yang boleh kita pelajari dan dipelajari sebelum dan masa akan datang. Insyallah. Waktu ini, aku hanya cintakan kekasihku, impian, harapan dan yang paling ku cintai adalah ibubapa serta rakan-rakanku…

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu
tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya kerana kamu tidak ingin
melukai hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk
kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan
kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami … menarikmu mendekati
dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam
sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA


terima kasih kepada http://blog.mixterr.com/ di atas nasihat yang berguna ini. Korang fikir-fikirkanlah.

:: CINTA anugerah TERINDAH ::

Rasa cinta kepada seseorang adalah anugerah paling indah daripada pencipta makhluk seluruh isi alam ini.

Pernahkah anda merasakan terlalu menyintai seseorang sehingga terasa indahnya kehidupan ini?

Dalam percintaan, tiada sempadan untuk menikmati perasaan itu. Baik cinta terhadap keluarga, terhadap kekasih atau Allah, ia pasti menuntut pengorbanan.

Barangkali ada insan yang tidak pernah jatuh cinta dan tidak menikmati nikmat indah di sebalik sebuah kata cinta?

Bagi yang tidak faham apa makna cinta, berikut persoalan dan kenyataan yang mampu menjawab segalanya.


# Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan, mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta, mengapa cinta itu semakin sukar dimiliki? Cinta seumpama kota kristal indah di penglihatan tetapi derita di perasaan.

# Ada orang pada mulanya malu untuk jatuh cinta tetapi apabila perasaan menjadi rindu padanya, tiba-tiba perasaan malu itu menjadi hilang dengan sendirinya dan terpaksa menerima kenyataan yang sebenarnya bahawa anda telah jatuh cinta.

# Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan yang tidak terucap oleh kata-kata.

# Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pasti sembuh selagi iman terselit di dada.

# Cinta yang datang umpama pelangi ceria dengan tujuh warna memukau saat bayu berlagu riang, ketika itulah cintanya hadir. Apabila mata terlihat seseorang yang bakal mewarnai hidupnya.

# Cinta bukan paksaan. Ia lahir daripada dua perasaan, kehadirannya tidak diundang, perginya tiada yang merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

# Persahabatan biasanya berakhir dengan percintaan tetapi percintaan tidak pernah berakhir dengan persahabatan.

# Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.

# Apakah cinta itu? Cuba katakan... Tidak lain dan tidak bukan ialah dua jiwa dalam satu fikiran dan dua hati dalam satu debaran.

# Cetusan cinta pertama adalah suatu getaran yang sangat menggoncangkan jiwa.

# Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, pada saat kita sedang kehilangannya. Kadang kala kita menyedari betapa perlunya cinta seseorang pada saat kita amat memerlukannya.

# Cinta yang lahir daripada pandang pertama adalah cinta suci manakala perasaan cinta yang lahir daripada kemesraan persahabatan adalah cinta sejati. Namun, sukar membezakan yang mana lebih abadi, cinta suci atau cinta sejati.

Saturday, December 13, 2008

..: Cinta Sejati Si Langit dan Si Bumi :..

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.
Bagiku,
Alangkah indahnya jika engkau adalah lautku
Dan aku adalah langitmu
Tak ada awan yang mengaburkan pandangan
Tak ada angin yang menerpa keindahan

:: itu KAMU !!!! ::

Dalam Kehidupan ini, begitu banyak “keajaiban” yang tak terjangkau di fikiran. Manusia hanya memandang sesuatu yang mampu dilihat dan dipegang. Untuk menerawang ke “ruang” lebih dalam, memerlukan kekuatan yang benar-benar memberikan kesan. Yang akhirnya, mula disedari terlalu bermakna, hinggakan sukar untuk dilepas begitu sahaja.
Sesuatu yang kamu tidak sedari atau langsung tidak “terlintas” di fikiran mu…..

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi kamu dan sanggup mati kerana kamu…..
2. Sekurang-kurangnya, ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi kamu dalam beberapa cara.
3. Sebab utama seseorang membenci kamu adalah kerana dia ingin menjadi seperti kamu
4. Senyuman daripada kamu boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang. Meskipun dia tidak menyukai kamu.
5. Setiap malam ada seseorang mengingati kamu sebelum tidur.
6. Kamu bermakna dalam hidup seseorang.
7. Kalau bukan kerana kamu, seseorang itu tidak akan hidup bahagia
8. Kamu seorang yang istimewa dan unik
9. Seseorang yang kamu tidak ketahui / kenali menyayangi kamu
10. Apabila kamu membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah di sebaliknya.
11. Sekiranya kamu merasai dirimu terpinggir, fikirlah semula, mungkin kamu yang meminggirkan diri sendiri.

12. Apabila kamu terfikir bahawa dirimu tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang diingini, mungkin kamu tidak akan memperolehinya. Tetapi sekiranya kamu percaya pada diri sendiri, lambat-laun kamu akan memperolehinya.
13. Kenangilah segala pujian yang kamu terima. Lupakan setiap kutukan, cacian dan celaan.
14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan. Kamu akan merasa tenang apabila seseorang mengetahuinya.
15. Sekiranya kamu mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya bahawa dialah yang terbaik.

:: Yuhuuuuu !!!! ::

Hai..hai..hai..dah lama rasanya tak update blog ni..dah bersarang nampaknya..hehehehe… Cuti semester dah bermula. So, aku mula free la. So, kesempatan ni aku guna untuk update blog aku yang dah bersarang ni. Jap2, aku nak amik penyapu sawang, penyapu, pengemop lantai..nak kemas segala yang dah tak bersusun, hahaha..

Hmmm, skang macam yang korang tau, aku tengah bercuti sekarang selepas berhempas pulas belajar untuk satu semester. Ni pun baru je lepas final exam. Walaupun semester ni, tak la banyak paper untuk final tapi berpeluh gak la. Tercungap2 la jugak nak study semua skali dalam beberapa hari. Tidur usah cakaplah..memang tak cukupnya.Habis je satu paper, aku gi cari katil la, Buat marathon tidur..Hehehe..tula..cari pasal lagi..Awal2 tak nak study. Nilah padahnya. Tapi tak pe. Alhamdullillah, semua dah selesai. Syukur lah, rasanya macam boleh buat. Tapi tak tau la, adalah jugak yang aku karutkan. Mau pening kepala lecture aku marking paper aku tu..(Sabarlah wahai lecture2 yang aku sayang, semoga kalian semua dapat ketenangan dalam menanda kertas ku..Amin..). Sekarang tiba masanya aku merehatkan diri. Buat marathon tidur, marathon makan, marathon habiskan duit..hehehe..

K, lah..tu je kot nak bagi tau korang semua buat masa sekarang. Aku nak gi buat “housekeeping” kat blog aku ni jap. Faham2 jelah. K, see next entry k..tatata..n the most important thing, thank you so much sebab sudi buang masa kat blog aku ni dengan membaca entry2 aku yang kadang2 tak berfaedah langsung..hehehe..take care…bye..

Friday, November 7, 2008

:: KeNaPa Aku BeR"BLoG" ::


  • Sebab aku nak mengasah bakat menulis aku walaupun aku tahu aku tak berbakat langsung dalam menulis ni. Kecuali menulis msg dekat telefon.
  • Aku boleh meluahkan perasaan aku sebab aku bukan seorang peluah perasaan yang berjaya kalau depan orang. Dengan menulis ni, sekurang2 nya apa yang aku nak luahkan akan terluah.
  • Dapat menghilangkan kebosanan aku dengan merepek yang bukan2 dalam blog ni.
  • Dapat mengisi masa aku yang lapang tapi pada hakikatnya aku tak pernah ada masa lapang. Sibuk dengan assigment, projek2 study aku yang tak pernah surut2.
  • Dapat belajar ilmu pengasih (maksud aku bukan ilmu pengasih yang bukan2..tapi bagi orang suka kat blog aku ni..merancang strategi tuk menarik minat orang utk berkunjung ke blog aku ni. At least ada lah orang yang sudi baca blog aku ni..)
  • Dapat menjadi otak aku ni lebih lebih cergas...(cergas nak fikir apa yang nak di”post” ke blog ni..bukan senang ooo..nak perah otak ni supaya leh keluarkan idea2 yang boleh diterima pakai oleh visitor...)
  • Dengan blog ni, aku dapat berkongsi cerita, pengalaman dan sebagainya. Walaupun kadang2 aku rasa cerita aku tak berapa menarik perhatian sgt.
  • Sebenarnya, aku ter”influence” dengan Lecture aku. Dalam kelas dia tak abis2 cerita pasal blog dia. So, aku try la pe yang best sgt dengan adanya blog dalam hidup kita ni..(wow..menarik minat gak la..ini first time aku ber”blog”..)
  • Dapat hidup tanpa sempadan..walaupun pada hakikat sebenarnya hidup ni bersempadan..(sempadan kg, sempadan tmn, sempadan negeri, sempadan negara..sempadan pagar rumah...hahaha)
  • Dapat menjadi otak aku ni lebih berfungsi lebih baik dan dapat bekerja ditahap maksima walau penat macamana sekalipun (baru aku tahu, bukan senang woooo nak maintain cari idea nak tulis entri)

  • blog ni best wooooo....

Wednesday, September 17, 2008

.:.latest.pic.editing.:. (Hasil kerja Muhammad Firdaus Musa )

.:BFN.4567:.
.:town.n.regional.planning:.
.:a.setar.hakikat@kebetulan?:.

Monday, July 21, 2008

:: KuCinG N FaMiLy AkU ::

:: KucIng Ni NaMaNyA DION ::


KUCING. Aku really sure semua orang tahu apa itu KUCING kan. Ni aku nak cerita tentang kucing n family aku.. Mungkin bagi sesetengah orang membela kucing ni perkara biasa, tapi membela kucing dalam jumlah yang banyak adalah agak luar biasa kan. Adakah benar pernyataan yang aku nyatakan ni? Hahahaha..nilah yang aku nak ceritakan. Kat rumah aku, ada lebih kurang 20 ekor kucing. Banyak kan? Ni kenyataan. Bila aku fikir2 balik, gila gak la..mau taknya..20 ekor kucing..bukan jumlah yang sikit..kebanyakan kucing tu semua "anak pungut".. itu yang adik aku katakan..maknanya, dikutip di tepi2 jalan. Itu bukan kerja aku atau adik aku. Itu kerja mak aku. Nak dijadikan cerita, mak aku ni suka bela kucing. dari zaman muda remaja dia sampai ke zaman veteran dia, dia suka sangat bela kucing. Pantang ada orang nak bagi kucing, dia mesti amik je. bukan takat tu je. kucing tepi2 jalan pun dia angkut bawak balik rumah.. akibatnya, rumah aku ada 20 ekor kucing. mula2 rimas gak aku. Bak kata adik aku : "tengok kiri, kucing, tengok kanan, kucing, tengok depan, kucing, tengok belakang, kucing.." sana sini kucing..bayangkanlah...

Kadang2 best gak ada kucing kat rumah.. boleh main2 dgn "dia". tambahan pulak rumah aku tak ada budak kecik. so, kucing tula yang aku timang2..bila bosan2 aku siap leh main kejar2 ngan kucing. Mak aku kata buat baik dengan binatang Allah akan lebih sayang kita. Itu yang mak aku kata la. Bagi aku, kucing leh wat tension aku hilang dgn aksi2nya..mcm2 ragam. Kucing aku pun macam2 nama ada. DION, RANDY (dah mati dah 2 bulan lepas), DANDA, ROBY, AKAK, ARE YEN, MIMI, BABY, LEMBU, BUBU, MEMEY, ADIK, APAK, n etc...(yang lain takde nama..panggil meow2 je)..Gilakan ? kadang2 mak aku konfius dgn kucing2 aku ni. Dah la lebih kurang je rupanya...mau tak pening mak aku...hahaha..tak ada motif pape yang aku nak sampaikan dekat korang semua. just nak share pengalaman aku dgn kucing. Pada siapa2 yang takut dgn kucing..tak payah la takut sgt..kucing antara haiwan paling best untuk diternak...kuikuikui..kucing gak bagi aku satu terapi hilangkan tension. Siapa sokong? k..la..itu saje..terima kasih kerana sudi membaca repekan aku ini...ada masa kita jumpa lagi..tatatata.. Gambar kat bawah ni antara aksi kucing2 aku kat rumah :


:: RaNdy N BaBy TgH TiDuR ::


:: MaCaM Ni La WaKtu MaLaM Kat Umah AkU ::


:: ADik N MeMAY BerSaNtAi ::

:: NoThinG ::

Huhhuu..kelas dah mula dah.. bermulalah perjuangan aku kembali setelah lama membekukan otak ni dgn aktiviti2 yang tak mendatangkan faedah dan semestinya takde pulangan langsung.. Hari2 cuti berlalu mcm tu je.. Skang ni kelas dah mula..so, faham2 jelahkan...study..study dan terus study... 2 minggu dah kat kedah ni..ni masuk minggu ke3..takde pape perubahan..otak masih blur2 lagi..kadang2 aku rase kesian plak kat lecturer sebab cam dia ckap dgn tiang batu pulak kat dalam kelas..langsung tak masuk dalam kotak pemikiran aku ni..tapi takpelah..baru nak panas "enjin" je. Kang aku pasang enjin turbo untuk kejar balik pe yang dah aku tinggalkan..huhuhu..

Kebosanan melanda..mau taknya..keje langsung takde...tapi nanti bila dah dapat keje mau tak tido malam aku dibuatnya...takde keje bosan..ade keje lagi bosan..entah papekan aku ni..

aku rase tu je yang aku nak citer..kan aku dah kate..NOTHING...

Saturday, July 19, 2008

:: HaSiL KeRja MuHammaD FiRdaUs Musa ::


:: SaBut On FiRe ::



:: ThE RoSeS ::


:: SmK. LaMbOr Kiri, PerAk ::



:: RaInBow In LumUT ::


:: kAsUt BucUk ::


:: SuNSeT In LuMuT ::

:: Aku Rindu Kamu ::


Though you are not here
wherever I go or whatever I do
I see your face in my mind
and I miss you so
I miss telling you everything
I miss showing you things
I miss our eyes
secretly giving each other confidence
I miss your touch
I miss our excitement together
I miss everything we share
I don't like missing you
It is a very cold
and lonely feeling
I wish that I could be
with you right now
where the warmth of our love
would melt the winter snows
But since I can't be
with you right now
I will have to be content
just dreaming about
when we'll be together again

all my friends from :
  • TaBiKa KEMAS Kg. Aji, Bota Kiri (1993)
  • SK. Bota Kiri (1994-1997)
  • SK. Teluk Kepayang (1998-1999)
  • SMK Dato' Abdul Rahman Yaacob (kelas 1RK (2000) sesi petang(kejap je..about 2 month))
  • SMK Lambor Kiri (2000-2004)
  • Politeknik Sultan Idris Shah (2005-2007)
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia Perak (Julai 2006-Disember 2006)
  • UITM Kedah Darul Aman (2007-2010(InsyaAllah))
ngan semua yang kenal diri ni..AKU RINDU KAMU...

:: SUATU KEHIDUPAN : NORZAFIRAH MIDUN ::

Aku bukan nak promote kisah hidupku kat orang ramai. Tapi aku rasa, hidup aku ni ada macam2 ragam. Aku nak share dengan korang semua pengalaman aku. Mungkin ada sikit pengalaman yang aku ceritakan ni boleh membantu korang dalam kehidupan korang. Itu sebenarnya yang aku harapkan. Yang baik2 korang leh ikut, tapi yang tak berape nak baik..tak payah lah ikut k...

Kehidupan terdapat berbagi ragam. Macam-macam gaya kehidupan ada di muka bumi ciptaan Allah SWT. Kadang-kadang boleh buat kita terkeliru, yang mana satu corak kehidupan sebenarnya. Entahlah, nak katakan diriku seorang yang pakar tentang kehidupan tak juga, hidup dekat bumi Allah ni pun baru 21 tahun. Itu pun belum tolak waktu aku kecil lagi, tak tahu langsung apa itu kehidupan. Yang aku tahu, main, main, dan main. Betul tak ? Pengalaman pun belum cukup lagi. Tapi sepanjang 21 tahun aku hidup di muka bumi Allah SWT ini, adalah juga merasa pahit, tawar, manis, masin, payau, suam, panas, masam, busuk, wanginya kehidupan. At least, ada jugak. Betul tak? Daripada tak ada langsung. Orang kata, “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.”. Memadailah.

Pengalaman pemacu kehidupan yang lebih baik.Itu pendapat aku. Tak taulah kamu semua ni punya pendapat tentang kehidupan. Bagi aku, setiap orang berhak mengeluarkan pendapat masing-masing. Macam aku katakan tadi, aku bukanlah pakar sangat pun tentang kehidupan, tapi aku nak share sedikit pengalaman kehidupan yang aku aku ada sekarang ni. Dari aku kecil, sampailah ke umur 21 ni. Orang kata, bila masuk umur 21 tahun ini, kita dah dapat kunci kebebasan. Tapi cuba kamu semua teka, aku ni dah dapat kunci kebebasan ke belum? Ha..aku dah dapat sejak aku kecil lagi. Aku bebas nak buat apa-apa pun. Aku bebas nak pergi mana-mana pun, aku bebas nak minta apa pun pada mak dengan ayah aku. Aku dah bebas sejak kecil lagi. Tapi kamu semua jangan salah tafsir pula, itu tak bermakna aku menggunakan sepenuhnya kebebasan yang aku perolehi. Mak dengan ayah aku tak mengongkong kehidupan aku. Aku bebas buat keputusan sendiri. Nak jadi apa besar nanti, nak buat apa cuti sekolah, nak beli apa bila pergi shopping. Aku cukup hargai kebebasan yang aku perolehi. Sejak kecil, aku duduk dengan opah aku, faham-faham sajalah, orang tua. Itu tak boleh, ini tak boleh, tapi bagus juga, selalu apa yang aku nak buat tak pernah terhalang, tiba-tiba terhalang. Agak seronok, aku boleh usik opah aku. Main kejar-kejar dengan opah aku (bila aku buat perkara terlarang seperti mandi di tali air, of course opah aku kejar dengan penyapu..mahu tak aku main kejar-kejar dengan opah aku.) Aku ingat lagi waktu aku kecil, selalu aku main sorok-sorok, main anak patung, main bola dengan kembar aku (kembar aku lelaki). Main lumba basikal. Semua itu bagi aku merupakan pengalaman yang cukup bermakna. Semua itu juga tidak akan pernah boleh diulangi. Waktu aku kecil, aku selalu buat mak, ayah dengan opah aku susah hati. Degil sangat waktu tu nak dengar cakap diorang. Rosakkan harta mak dengan ayah aku. Pernah sekali tu, aku ambil raket badminton ayah aku (yang harganya lebih kurang RM300) untuk pukul kelawar. Tiap-tiap petang aku tunggu kelawar keluar dari tempat diorang sembunyi (tidurlah tu), pastu pukul satu-satu dengan raket ayah aku. Mahu tak jahanam raket tu. Mengamuk ayah aku. Entah ke mana lah raket tu sekarang.

Bila difikir-fikirkan balik, aku kadang-kadang terfikir, kenapalah aku nakal sangat. Aku pernah tengok mak aku menangis sebab geram sangat dekat aku dengan adik-adik aku. Degil sangat. Aku tabik dekat mak, ayah dengan arwah opah aku. Mereka semua boleh bersabar dengan kerenah aku dengan adik-adik aku. Mereka membesarkan aku dengan adik-adikku dengan tabah. Tak pernah merungut walaupun aku tahu mereka penat. Penat sangat dengat kerenah kami semua. Sekarang mereka semua tak payah nak risau-risau dah. Tak payah nak penat-penat dah. Anak-anaknya dah kurang degilnya. Nakalnya masih ada lagi. Sekarang ini, aku tengah berusaha untuk menjadi insan berguna. Supaya aku boleh balas segala penat lelah, wang ringgit, kasih sayang dan segalanya yang mereka berikan kepada aku dan adik-adik yang tak pernah putus-putus.

Tapi opah aku tak sempat nak lihat kejayaan aku. Dia telah kembali ke rahmatullah. Tanggal 1 Mei 2003, dia kembali dengan penuh tenang walaupun aku tak sempat berada di sisinya. Terima kasih opah, sebab opah marah adiklah, adik boleh berjaya. Adik sentiasa doakan opah supaya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Adik akan jadi insan berguna. Itu janji adik. Janji tetap janji. Waktu opahku meninggal, aku masa tu tingkatan 4. Hari berlalu, minggu berganti minggu. Dah lama opahku pergi. Tapi entahlah, aku tak boleh nak terima kenyataan lagi yang dia dah tiada. Aku membesar dengan dia. 16 tahun. Tapi itulah hakikat sebenarnya. Kadang-kadang sayu rasa hatiku, apa perasaan emak. Dia lagi lah, tak pernah berpisah dengan opahku. Inilah kali pertama dan kali terakhir buatnya. Hanya mati yang boleh memisahkan mereka. Hmm..dah la tu. Makin sedih plak aku nak taip kat sini. Nanti la aku cerita lagi.

Kita pergi chapter lain plak. Ni aku nak cerita part yang aku rasakan paling menarik dalam hidup aku. Cinta. Siapa tahu apa itu cinta ? Kasih, sayang, rindu, cemburu,....mesti perkara-perkara ini yang terkandung dalam kota fikiran korang semuakan. Aku tak kisah pun apa pun pendapat korang tentang cinta. Semua orang berhak mengeluarkan pendapat. Aku pun tahu ada di antara korang semua yang percaya pada cinta, yang tak percaya pun ada, yang tengah hangat bercinta pun ada, yang putus cinta pun ada (oppsss sorry..), yang dah kahwin sebab cinta pun ada, yang kahwin dulu baru bercinta pun ada kan. Macam-macam ragamkan. Ini pendapat aku tentang cinta. Kasih sayang dan cinta itu bukannya datang daripada pertemuan atau perpisahan atau sekadar ucapan manis dibibir, tapi ianya tertumpah daripada seseorang kepada seseorang yang lain dalam doanya. Tapi, mula-mula pun aku Cuma tahu cinta lahir dari sebuah pertemuan. Bak kata orang, “dari mata turun ke hati”. Betul tak ? Aku kenal cinta macam tulah. Aku mula-mula kenal “dia” ni waktu zaman sekolah menengah dulu. Aku ingat lagi. Waktu tu aku Form 2( Kecik-kecik dah pandai nak bercinta..kikikiki)..waktu tu “dia” baru pindah ke sekolah aku yang terpencil tu. Ada jugak orang nak masuk sekolah aku yang terpencil tu. (terpencil-terpencil gak, tapi dari situ aku kenal kawan yang susah senang bersama, erti kehidupan, yang paling penting tempat aku dapat ilmu untuk aku berada ditempat yang agak selesa sekarang..)..”Dia” ni anak salah sorang cikgu aku. Aku dengar cerita, dia dari sekolah kat perlis. Waktu tu, aku pun tak tau namanya. Kecoh satu sekolah la. Dia masuk kelas 4 Sains. Aku kenal dengan dia pun secara tak sengaja. Macam biasalah. Kawan. Tapi macam orang kata lah cinta tu “dari mata turun ke hati”..dah la kawan ngan dia..Aku mula minat dengan dia. Tapi aku senyap je. Tak bagi tau sesiapapun. Aku takut nanti aku malu. Bertepuk sebelah tangan pulak nanti. Bila dah lama-lama, rupanya aku tak bertepuk sebelah tangan. Kami sama-sama menyemai kasih sayang. Kami baja dengan kesabaran, akhirnya, aku pun tak menjangkakan hubungan aku dengan “dia” berlangsung sepanjang tempoh yang agak lama aku rasakan. Hampir 6 tahun. Macam-macam aku dah lalui. Dihina, dicemuh, dibenci, tapi ada juga yang kagum, yang bersetuju..bagi aku setiap orang berhak menyatakan apa pun pendapat mereka. Itu hak setiap orang. Aku rasa bertuah sebab aku antara yang terpilih. Dipilih oleh Allah SWT untuk melalui semua ini. Aku cerita dulu part yang tak best. Hmmm..aku bukan orang yang sempurna. Aku pun banyak kelemahan. Tapi aku berusaha untuk menutup semua kelemahan agar aku tampak sempurna pada mata sesiapa pun. Tapi aku tak terdaya. Aku buat yang termampu sahaja. Orang akan suka kita bila kita sempurna. Itu aku akui. Pasti korang semua pun samakan. Siapa yang tak suka kalau dapat sesuatu yang cukup lengkap kan. Aku pun suka. Waktu aku mula-mula bercinta, ramai yang tak suka. Macam yang diorang semua katakan. Mula-mula aku tak boleh nak terima semua ini. Ada saja yang tak kena. Kadang-kadang aku rasa nak menyerah kalah saja. Tak tahan dengan kerenah orang yang begitu. Tapi aku tak salahkan sesiapapun dalam hal ini. Pendapat orang berbeza. Maklumlah, waktu tu aku dengan “dia” sekolah lagi. Waktu tu, aku baru tahu bercinta ni susah rupanya. Baru jugak aku tahu kenapa ada yang makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. Inilah salah satu faktor penyumbangnya. Hidup ini penuh dugaan. Betul tak? Sepanjang tempoh hampir 6 tahun aku bersama dengan “dia” macam-macam dugaan yang kami temui. Aku tak pernah terfikir aku boleh menjadi sekuat ini. 6 tahun bukan tempoh yang pendek. Korang nak tau siapa yang ada di sebalik kekuatan aku ni. Allah SWT adalah punca kekuatan aku. Niat aku nak berbahagia dan berjaya di dunia ni bukan saja untuk family aku..family “dia”...untuk aku..untuk “dia”..kawan-kawan aku..kawan-kawan dia..orang disekeliling kami,,tapi untuk Allah SWT..aku sekarang mencuba untuk ke jalan yang diredhaNya...(walaupun kadang-kadang iman ni tak berapa nak kuat) tapi sedaya upaya cuba...Doakan aku bersama dengan “dia” wahai pembaca yang budiman...Selain itu tentulah “dia”. “Dia” yang banyak bantu aku. Kadang-kadang aku terfikir, betul ke dia nak kan aku ni...atau dia just nak permainkan aku. Tapi bila aku tengok kesanggupan dia redah dugaan sama-sama dengan aku. Kadang-kadang keyakinan aku terhadap dia makin tinggi. Tapi bila dugaan melanda. Aku mula nak menyerah kalah. Tapi dia pimpin aku bangun. Betulkah aku ditakdirkan untuk dia atau dia memang telah ditakdirkan untuk aku. “Ya Allah jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku, jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu” di doaku..wah..wah..wah..touching pulak aku ni.. Korang nak tau.. Dulu pernah aku terfikir..(sekarang ni pun aku ada jugak la terfikir..sikit-sikit..) Baik kahwin saja. Kalau dah kahwin orang nak kata apa lagi.. Tapi bila aku fikir-fikirkan balik..Kahwin lagi susah. Nanti kita ada komitmen pulak. Tergendala pulak rancangan aku nak tunaikan impian aku. Impian aku macam-macam. Bukan aku kata kahwin ni halangan untuk berjaya, aku pun tak kata bercinta ni juga halangan untuk berjaya, tapi ianya akan menyebabkan kita boleh capai dalam masa yang singkat, nanti kena ambil masa yang panjang. Contohnya sambung belajar. Mestinya banyak penangguhan dibuat. Sebab apa? Sebab nak beranak. Ha tu masalah juga. Nanti dah ada anak nanti, tak sampai hati pula nak tinggalkan anak duduk jauh-jauh..lagi satu masalah. Mulalah balik tiap-tiap weekend. Rehat tak cukup. Fokus pada pelajaran hilang. Kena jugak fikirkan tanggungjawab pada suami. Makan, minum, pakaian, keperluan, yang tut..tut..tut.. lagi..Tanggungjawab sebagai menantu pula. Pada mak dengan bapak mentua. Tanggungjawab sebagai anak. Tanggungjawab sebagai ibu. Dan tanggungjawab-tanggungjawab yang lain. Banyak benda yang perlu difikirkan. Susah kahwin ni sebenarnya. Aku memang tak kahwin lagi. Tapi daripada pengalaman aku sepanjang aku hidup ni. Macam-macam ragam aku dah tengok. Kahwin ni susah sebenarnya. Yang belum kahwin aku nasihatkan, fikir-fikirlah dulu sebelum buat keputusan. Yang dah kahwin, semoga korang semua berbahagia sehingga hujung nyawa aku doakan hendaknya. InsyaAllah. Sambung balik cerita tentang cinta aku. Aku ingat lagi bila habis saja SPM. Aku mula tengok-tengok peluang sambung belajar. Nak kata keputusan tak berapa nak bagus. Tak juga, tapi nasib tak menyelebahi aku. Waktu orang lain tengah seronok-seronok diterima masuk ke universiti-universiti, politeknik-politeknik, kolej...aku masih terkial-kial mengisi borang itu ini. Sampai satu tahap aku mula nak give up. Tapi “dia” kata pada aku. “Takpa, kita usaha lagi. Kita buat rayuan. Manalah tahu, dapat ke?” Aku ikut cakap dia. Aku try buat rayuan. Seminggu lepas tu aku dapat tawaran masuk ke politeknik. Tapi aku Cuma ditawarkan sambung belajar peringkat sijil saja. Malunya. Orang lain semua dapat buat diploma, masuk matrikulasi. Tapi aku fikir positif. Dari aku tak buat apa-apa, baik aku terima saja. Aku cuba gunakan peluang ini sebaik mungkin. Bermulalah perjuangan aku di politeknik. Aku usahakan untuk jadi yang terbaik. Aku jadikan “dia” sebagai pesaing aku. Kami bersaing. Walaupun di tempat yang berbeza dan kursus yang berbeza. Berjauhan bukan halangan untuk aku dengan “dia” berjaya. (Tapi rindu juga duduk jauh-jauh ni). Setiap semester aku pastikan keputusan yang aku dapat boleh meletakkan aku pada kedudukan yang cukup selesa. Walaupun penat. Tapi “dia” banyak sangat membantu. Selain mak dengan ayah, pensyarah-pensyarah serta kawan-kawan. Akhirnya aku dapat tamatkan pengajian aku di peringkat sijil pada waktu yang telah ditetapkan. Bukan aku nak membangga diri. Dengan setiap semester aku mendapat anugerah ketua jabatan (macam anugerah dekan la kalau diperingkat universiti) aku dinobatkan sebagai pelajar cemerlang peringkat sijil bagi jabatan aku. Tak terkata gembiranya. Selain mak dengan ayah aku. “Dia” juga datang pada hari konvokesyen aku di politeknik. Nak aku katakan pada dunia waktu itu, bercinta bukan halangan untuk berjaya macam sesetengah orang berpendapat. Aku telah buktikan. Bukan aku sahaja yang mempunyai keputusan cemerlang setiap semester. Malah “dia” juga sama seperti aku. Semangatnya cukup kuat untuk menebus segala kegagalannya dahulu. Aku cukup kagum. Aku bangga memilikinya. Bukan hanya sebagai seorang kekasih yang setia tapi sebagai seorang kawan yang cukup memahamiku. Aku senang nak berkongsi apa – apa dengan “dia”. Datang dari keluarga yang agak berada. Tapi itu bukan kelebihanya yang aku pandang. Tapi sikapnya yang betul-betul buat aku senang dalam apa-apa juga hal. Dalam tempoh 6 tahun ni, dah macam-macam dugaan, cabaran, halangan yang aku lalui dengan “dia”. Semua tu mematangkan hubungan aku dengan dia.

Aku takde rahsia untuk dikongsikan bersama dengan korang semua. Yang paling penting, saling percaya antara satu sama lain (walaupun kadang-kadang aku tak percaya sangat..haha.. tambahan duduk jauh-jauh ni..tapi aku jadikan itu sebagai pencetus semangat aku) lagi satu jangan ada rahsia antara satu sama lain. (Kadang-kadang tu ada jugalah yang aku rahsiakan..sebab aku ni susah nak share masalah dengan orang..tapi bukan semua aku simpan..ada secubit garam la yang aku simpan..). lagi apa ye, hmm..korang kena ada sikap “give and take”..Ini aku rasa faktor yang paling penting dalam apa jua hubungan, abang dengan adik ke, mak dengan bapak ke, kakak dengan abang ke, adik dengan adik ke, atuk dengan nenek ke, kawan dengan kawan, majikan dengan pekerja ke, doktor dengan pesakit ke,..apa-apa sajalah hubungan atas muka bumi ni. Bila ada sikap “give and take” ni, secara automatik kita akan mewujudkan sikap menghargai antara satu sama lain. Yang kita “give” tak semestinya wang ringgit (contohnya belanja makan, beli hadiah, bawak pergi jalan-jalan, beli topup telefon nak bergayut), ini termasuklah kasih sayang, dan apa-apa yang dirasakan perlu contohnya rasa ambil berat, keprihatinan dan sebagainya. Tapi kat sini aku nak ingatkan korang semua, janganlah sikap “give” ada pada sebelah pihak sahaja. Kalau pada sebelah pihak sahaja, ini tak wujud komunikasi. Jadi, macam tiada hubungan yang wujud (kalau yang dah kahwin tu, kalau isteri yang bekerja, tolong2 lah suami kamu untuk bayar bil2 rumah, memanglah duit suami kamu duit kamu dan duit kamu tu kamu punya, tapi apa salahnya kalau tolong sikit2..kalau yang tak kahwin lagi, aku tahu korang semua banyak habiskan duit beli prepaid betul tak. Aku pun sama. Bagi yang perempuan, jgnlah asyik lelaki sahaja yang call kamu. Kesian dia. Belum kahwin lg dah muflis..hahaha..sekali sekali apa salahnya kalau gilir2..hari ini orang ni, hari ni kamu. Pastu kalau kamu pergi makan, janganlah asyik lelaki kamu sahaja yang bayar bil makan. Apa salahnya sekali-sekala kamu bayarkan. Kamu yang makan juga. Lagi kesian kalau dia tak bekerja..belajar lagi. Habis duit mak ayahnya..hahah..ini yang aku amalkan..taktaulah korang..ini Cuma cadangan aku sahaja.). Tentang sikap “take” pula. Memang sikap ni confirm ada pada semua orang. Tapi kadang2 tu ada juga yang takde sikap ni, Contohnya orang bagi hadiah, si dia buat tak endah saja. Penat2 orang ni carikan present dia. Siap balut dua tiga lapis lagi. Jadi, yang kat atas tu semua yang aku buat pada masa dulu dengan sekarang. Kalau ada yang boleh dipakai, korang boleh ikut. Kalau takleh tu, buang saja k. Sambung balik cerita aku, sampai sini dulu bab cinta aku. Kalau nak cerita lagi korang tak larat nak baca.

Ni pula bab aku sebagai seorang student @ pelajar. Aku bukanlah antara yang bertuah. Nasib aku kurang baik rasanya. Aku lepas result SPM keluar aku pun macam orang lain jugalah. Apply untuk sambung belajar. Macam-macam universiti aku mintak. Macam-macam course juga aku mintak. Aku isi borang kerja, borang politeknik. Macam-macamlah. Macam aku katakan tadi. Nasib aku kurang baik agaknya. Aku tak dapatpun tawaran mana-mana universiti, kolej atau politeknik. Aku give up rasanya. Kawan-kawan aku semua dapat. Nak kata result tak okey. Boleh tahan jugak. Aku cuba buat rayuan. Last-last aku dapat masuk politeknik. Itupun peringkat sijil. Kawan-kawan aku ada yang sambung ke peringkat diploma, masuk matrikulasi, masuk tingkatan 6 pun ada. Malu juga waktu tu. Orang semua buat peringkat yang lebih tinggi. Aku? Buat sijil sahaja. Tapi bila aku fikir-fikirkan balik, okeylah tu, daripada aku tak dapat mana-mana. Aku tekat untuk belajar bersungguh-sungguh. Aku rasakan aku tak dapat sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi lepas SPM tu merupakan kegagalan aku. Menyesal aku tak belajar bersungguh-sungguh. Di Politeknik, bermula kembara aku untuk ke puncak. Alhamdulillah. Di politeknik, nasib menyebelahi aku. Aku berjaya habiskan peringkat sijil dengan jayanya. Bagi aku, kegagalan semalam, pencetus inspirasi untuk hari ini. Aku habis sahaja buat sijil aku. Aku terus apply untuk buat diploma pulak. Macam2 universiti aku mintak. Waktu tu aku Cuma boleh berharap sahaja. Dapat ke tidak lain cerita. Asalkan aku dah berusaha.

Hmmm..boring gak la nak tunggu tawaran tu....Waktu nak tunggu result tawaran untuk buat diploma, aku cari kerja. Duduk rumah bukan aku boleh buat apa2 pun selain makan dan tidur. So, aku cari2, last2 aku dapat kerja dekat stesen minyak. Memanglah aku berkelayakan sikit. Ada sijil. Tapi malas aku nak memilih sangat. Orang yang ada ijazah pun belum tentu dapat kerja bagus. Sebab peluang kerja tak banyak kat tempat aku. Inikan pulak aku, takat ada sijil saja. Dekat stesen minyak tu aku kerja sebagai pembantu kedai. Aku buat kerja-kerja housekeeping macam mengemop lantai, lap tingkap, susun barang, layan orang. Mula2 bosan juga, lama2 best juga, sebab dapat duit bila hujung bulan. Taklah banyak pun gajinya. Dalam RM450.00. Tapi ada juga aku dapat. Dari pada duduk umah tak dapat apa2. Baru aku tahu susahnya cari duit. Macam tulah aku rasa mak dengan ayah aku cari duit untuk besarkan aku. Yang aku tahu nak duit saja. Nak itu inilah. Sebenarnya aku dah mula kerja ni waktu lepas SPM lagi. Mula-mula aku kerja sebagai pemnatu jualan. Ala-ala promoterlah. Barang yang ada dekat kedai tu macam perhiasan rumah. Dalam 3 bulan aku kerja dekat situ. Pastu aku cuba nasib dekat Guardian Pharmacy. Korang tentu tau. Aku kerja dekat sana pun sebagai pembantu jualan. Dekat sini aku mula terdedah dengan suasana tempat kerja sebenar. Yeke. Lebih kuranglah. Macam-macam ragam staff. Ada yang tak suka bosslah. Ada yang tukang kipas bosslah nak dapat bonus. Ada yang suka curi tulanglah, ada yang pemalaslah. Ada yang suka jadi mandurlah..Macam-macamlah ragam. Penat tu memang penatlah. Tapi yang penting pengalaman yang kita perolehi. Itu yang aku nakkan sebenarnya selain dapat duit. Bukan senang nak dapat pengalaman macam ni. Pengalaman sebenarnya lebih membantu dalam kehidupan.

Hmmm...berita yang aku tunggu-tunggukan dah keluar. Aku di terima masuk ke universiti untuk sambung ke peringkat diploma. Jangka mas yang aku kena ambil untuk habiskan diploma ni 3 tahun. Bayangkanlah korang semua, aku sekarang ni dah 21. Maknanya aku tamatkan diploma nanti umur aku dah 23. Dah tua dah. Aku rasa macam dah terlambat dah. Kawan-kawan waktu aku sekolah ada yang nak sambung ijazah dah, tengah wat ijazah pun ada, aku..baru diploma, semester satu pulak tu..malunya...jauhnya beza aku dengan diorang semua..kadang-kadang aku rasa give up pulak..dekat universiti, kawan-kawan aku kebanyakkannya semua umur bawah aku. Muda lagi. Terasa muda pulak aku kawan dengan diorang semua. Dioranglah antara yang menyokong setia perjuangan aku. Tapi yang menjadi penyokong paling setia aku ialah mak dengan ayah aku selain “dia”.

Nampaknya perjuangan aku ini bukan aku lalui seorang diri. Tapi bila aku fikir-fikirkan balik. Buat apa aku nak malu, mungkin ini laluan aku untuk ke puncak. Aku tahu, Allah tahu kemampuan aku melalui dugaan ini. Itulah sebabnya Dia ciptakan dugaan ini. Aku bersyukur sangat-sangat kerana aku antara yang terpilih. Biarlah aku terpaksa menempuh laluan yang cukup panjang, sekurang-kurangnya, aku tahu Allah memberikan aku peluang untuk ke puncak. Cuma jalannya tak semudah yang diimpikan. Bagi aku, biarlah lambat, asalkan aku tetap akan ke puncak. Lagi satu..dalam kehidupan ini harus berani pasrah..Pasrah dengan apa jua yakdir yang telah ditentukan olehnya..Kejayaan..Itu yang aku harapkan. InsyaAllah. Sekarang ni, semester 1 aku dah lalui. Syukur pada Allah kerana aku masih boleh menyambung pengajian aku ke peringkat seterusnya. Aku bersyukur sangat-sangat dengan apa yang aku perolehi sekarang ni. Syukur sangat2. Terima kasih Ya Allah, di atas segala kurniaan yang Engkau berikan padaku, keluargaku, ‘dia” dan keluarganya, sahabat-sahabatku, pendidik-pendidikku, serta orang yang di sekelilingku. Aku akan teruskan perjuangan aku ni. Walaupun aku terpaksa menunggu lama, aku tetap akan berusaha untuk berjaya dan bahagia. Aku akan pastikan aku berada di puncak suatu hari nanti. InsyaAllah.

Doakan kejayaanku nanti. Aku juga berharap dan berdoa agar kamu semua sama-sama berjaya dan bahagia walaupun di mana, waktu bila..InsyaAllah..usaha, kesabaran, ketekunan, kesungguhan, keikhlasan, semangat yang kamu semua curahkan...pasti dibalas...macam orang kata..kejayaan adalah hak setiap insan...cepat atau lambat..sama sahaja..janji kita semua boleh menikmatinya...sampai di sini sahaja..Yang boleh dijadikan contoh...korang boleh ikut..yang tak berape nak bagus tu, janganlah ikut ye..terima kasih kerana korang sudi untuk meluangkan masa untuk baca kisah hidup aku yang entah pape ni..hahahha....

:: Bahagianya AKU kerana ENGKAU ::

"Gambar waktu konvokesyen ke-2,
Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam"


Terima kasih Ya Allah …Allhamdullilah

Hari ini aku rasa cukup bahagia..bahagia sangat...
Aku menerima kejutan dariMu...Alhamdulillah

Kau sungguh misteri..Kau sungguh unik..
Tiada yang dapat menandingiMu..Ya Allah..
Kau sentiasa bersama hambaMu..susah atau senang..
Kau berikan kami ujian, walaupun Kau tahu,
Kadang kala kami tak mampu menerimanya..
Tapi Kau berikan kami keteguhan Iman,
Kesabaran yang tinggi, Kau suluh perjalanan kamu...
Sehingga kami boleh menerimanya
Dengan hati redha...


Ya Allah...

Berikan bagi kami yang terbaik untuk masa depan kami..
kerana sungguh kami tak tau apa yang KAU rencanakan..
Terima kasih Allah atas semua yang telah kau berikan
Kuingin yang terbaik dari yang terbaik
yang kau berikan pada kami
Terima kasih atas kasih sayangMU.......


Thursday, July 10, 2008

:: Kamu Punca Kekuatanku ::


Terima kasih diucapkan kepada para pengunjung blog ini. Semoga segala yang disampaikan akan menjadi pedoman buat semua. Sesunggahnya segala yang terdapat disini adalah pinjaman dariNya. Buat yang mengenali, terima kasih di atas sokongan kalian selama ini. Sesungguhnya, Tuhan saja yang dapat membalas segalanya, kebaikan, nasihat, ilmu, tunjuk ajar, dan yang paling penting kasih sayang kalian semua yang membuatkan diri ini terus kuat melayari kehidupan yang penuh dengan onak dan duri. Terima kasih juga kerana kalian masih setia berkongsi suka dan duka dengan diri ini. Kepada yang baru kukenali, bersyukurku pada Tuhan kerana telah menemukan diriku dengan dirimu..semoga jalinan yang ingin dibina ini terjalin dengan indah..InsyaAllah...Akulah antara yang bertuah memiliki kalian semua dalam hidupku..