KEPADA YANG SUDI SINGGAH

Kepada sape2 yg sudi singgah kat blog ni, kalau sudi tinggalkan lah jejak anda di chat box saya semoga saya senang untuk bertandang di blog kalian pula..boleh kita bertukar2 buah fikiran walaupun hakikatnya, blog ini kadang2 tak mendatangkan manfaat buat pembacanya..=)

Saturday, July 19, 2008

:: SUATU KEHIDUPAN : NORZAFIRAH MIDUN ::

Aku bukan nak promote kisah hidupku kat orang ramai. Tapi aku rasa, hidup aku ni ada macam2 ragam. Aku nak share dengan korang semua pengalaman aku. Mungkin ada sikit pengalaman yang aku ceritakan ni boleh membantu korang dalam kehidupan korang. Itu sebenarnya yang aku harapkan. Yang baik2 korang leh ikut, tapi yang tak berape nak baik..tak payah lah ikut k...

Kehidupan terdapat berbagi ragam. Macam-macam gaya kehidupan ada di muka bumi ciptaan Allah SWT. Kadang-kadang boleh buat kita terkeliru, yang mana satu corak kehidupan sebenarnya. Entahlah, nak katakan diriku seorang yang pakar tentang kehidupan tak juga, hidup dekat bumi Allah ni pun baru 21 tahun. Itu pun belum tolak waktu aku kecil lagi, tak tahu langsung apa itu kehidupan. Yang aku tahu, main, main, dan main. Betul tak ? Pengalaman pun belum cukup lagi. Tapi sepanjang 21 tahun aku hidup di muka bumi Allah SWT ini, adalah juga merasa pahit, tawar, manis, masin, payau, suam, panas, masam, busuk, wanginya kehidupan. At least, ada jugak. Betul tak? Daripada tak ada langsung. Orang kata, “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.”. Memadailah.

Pengalaman pemacu kehidupan yang lebih baik.Itu pendapat aku. Tak taulah kamu semua ni punya pendapat tentang kehidupan. Bagi aku, setiap orang berhak mengeluarkan pendapat masing-masing. Macam aku katakan tadi, aku bukanlah pakar sangat pun tentang kehidupan, tapi aku nak share sedikit pengalaman kehidupan yang aku aku ada sekarang ni. Dari aku kecil, sampailah ke umur 21 ni. Orang kata, bila masuk umur 21 tahun ini, kita dah dapat kunci kebebasan. Tapi cuba kamu semua teka, aku ni dah dapat kunci kebebasan ke belum? Ha..aku dah dapat sejak aku kecil lagi. Aku bebas nak buat apa-apa pun. Aku bebas nak pergi mana-mana pun, aku bebas nak minta apa pun pada mak dengan ayah aku. Aku dah bebas sejak kecil lagi. Tapi kamu semua jangan salah tafsir pula, itu tak bermakna aku menggunakan sepenuhnya kebebasan yang aku perolehi. Mak dengan ayah aku tak mengongkong kehidupan aku. Aku bebas buat keputusan sendiri. Nak jadi apa besar nanti, nak buat apa cuti sekolah, nak beli apa bila pergi shopping. Aku cukup hargai kebebasan yang aku perolehi. Sejak kecil, aku duduk dengan opah aku, faham-faham sajalah, orang tua. Itu tak boleh, ini tak boleh, tapi bagus juga, selalu apa yang aku nak buat tak pernah terhalang, tiba-tiba terhalang. Agak seronok, aku boleh usik opah aku. Main kejar-kejar dengan opah aku (bila aku buat perkara terlarang seperti mandi di tali air, of course opah aku kejar dengan penyapu..mahu tak aku main kejar-kejar dengan opah aku.) Aku ingat lagi waktu aku kecil, selalu aku main sorok-sorok, main anak patung, main bola dengan kembar aku (kembar aku lelaki). Main lumba basikal. Semua itu bagi aku merupakan pengalaman yang cukup bermakna. Semua itu juga tidak akan pernah boleh diulangi. Waktu aku kecil, aku selalu buat mak, ayah dengan opah aku susah hati. Degil sangat waktu tu nak dengar cakap diorang. Rosakkan harta mak dengan ayah aku. Pernah sekali tu, aku ambil raket badminton ayah aku (yang harganya lebih kurang RM300) untuk pukul kelawar. Tiap-tiap petang aku tunggu kelawar keluar dari tempat diorang sembunyi (tidurlah tu), pastu pukul satu-satu dengan raket ayah aku. Mahu tak jahanam raket tu. Mengamuk ayah aku. Entah ke mana lah raket tu sekarang.

Bila difikir-fikirkan balik, aku kadang-kadang terfikir, kenapalah aku nakal sangat. Aku pernah tengok mak aku menangis sebab geram sangat dekat aku dengan adik-adik aku. Degil sangat. Aku tabik dekat mak, ayah dengan arwah opah aku. Mereka semua boleh bersabar dengan kerenah aku dengan adik-adik aku. Mereka membesarkan aku dengan adik-adikku dengan tabah. Tak pernah merungut walaupun aku tahu mereka penat. Penat sangat dengat kerenah kami semua. Sekarang mereka semua tak payah nak risau-risau dah. Tak payah nak penat-penat dah. Anak-anaknya dah kurang degilnya. Nakalnya masih ada lagi. Sekarang ini, aku tengah berusaha untuk menjadi insan berguna. Supaya aku boleh balas segala penat lelah, wang ringgit, kasih sayang dan segalanya yang mereka berikan kepada aku dan adik-adik yang tak pernah putus-putus.

Tapi opah aku tak sempat nak lihat kejayaan aku. Dia telah kembali ke rahmatullah. Tanggal 1 Mei 2003, dia kembali dengan penuh tenang walaupun aku tak sempat berada di sisinya. Terima kasih opah, sebab opah marah adiklah, adik boleh berjaya. Adik sentiasa doakan opah supaya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Adik akan jadi insan berguna. Itu janji adik. Janji tetap janji. Waktu opahku meninggal, aku masa tu tingkatan 4. Hari berlalu, minggu berganti minggu. Dah lama opahku pergi. Tapi entahlah, aku tak boleh nak terima kenyataan lagi yang dia dah tiada. Aku membesar dengan dia. 16 tahun. Tapi itulah hakikat sebenarnya. Kadang-kadang sayu rasa hatiku, apa perasaan emak. Dia lagi lah, tak pernah berpisah dengan opahku. Inilah kali pertama dan kali terakhir buatnya. Hanya mati yang boleh memisahkan mereka. Hmm..dah la tu. Makin sedih plak aku nak taip kat sini. Nanti la aku cerita lagi.

Kita pergi chapter lain plak. Ni aku nak cerita part yang aku rasakan paling menarik dalam hidup aku. Cinta. Siapa tahu apa itu cinta ? Kasih, sayang, rindu, cemburu,....mesti perkara-perkara ini yang terkandung dalam kota fikiran korang semuakan. Aku tak kisah pun apa pun pendapat korang tentang cinta. Semua orang berhak mengeluarkan pendapat. Aku pun tahu ada di antara korang semua yang percaya pada cinta, yang tak percaya pun ada, yang tengah hangat bercinta pun ada, yang putus cinta pun ada (oppsss sorry..), yang dah kahwin sebab cinta pun ada, yang kahwin dulu baru bercinta pun ada kan. Macam-macam ragamkan. Ini pendapat aku tentang cinta. Kasih sayang dan cinta itu bukannya datang daripada pertemuan atau perpisahan atau sekadar ucapan manis dibibir, tapi ianya tertumpah daripada seseorang kepada seseorang yang lain dalam doanya. Tapi, mula-mula pun aku Cuma tahu cinta lahir dari sebuah pertemuan. Bak kata orang, “dari mata turun ke hati”. Betul tak ? Aku kenal cinta macam tulah. Aku mula-mula kenal “dia” ni waktu zaman sekolah menengah dulu. Aku ingat lagi. Waktu tu aku Form 2( Kecik-kecik dah pandai nak bercinta..kikikiki)..waktu tu “dia” baru pindah ke sekolah aku yang terpencil tu. Ada jugak orang nak masuk sekolah aku yang terpencil tu. (terpencil-terpencil gak, tapi dari situ aku kenal kawan yang susah senang bersama, erti kehidupan, yang paling penting tempat aku dapat ilmu untuk aku berada ditempat yang agak selesa sekarang..)..”Dia” ni anak salah sorang cikgu aku. Aku dengar cerita, dia dari sekolah kat perlis. Waktu tu, aku pun tak tau namanya. Kecoh satu sekolah la. Dia masuk kelas 4 Sains. Aku kenal dengan dia pun secara tak sengaja. Macam biasalah. Kawan. Tapi macam orang kata lah cinta tu “dari mata turun ke hati”..dah la kawan ngan dia..Aku mula minat dengan dia. Tapi aku senyap je. Tak bagi tau sesiapapun. Aku takut nanti aku malu. Bertepuk sebelah tangan pulak nanti. Bila dah lama-lama, rupanya aku tak bertepuk sebelah tangan. Kami sama-sama menyemai kasih sayang. Kami baja dengan kesabaran, akhirnya, aku pun tak menjangkakan hubungan aku dengan “dia” berlangsung sepanjang tempoh yang agak lama aku rasakan. Hampir 6 tahun. Macam-macam aku dah lalui. Dihina, dicemuh, dibenci, tapi ada juga yang kagum, yang bersetuju..bagi aku setiap orang berhak menyatakan apa pun pendapat mereka. Itu hak setiap orang. Aku rasa bertuah sebab aku antara yang terpilih. Dipilih oleh Allah SWT untuk melalui semua ini. Aku cerita dulu part yang tak best. Hmmm..aku bukan orang yang sempurna. Aku pun banyak kelemahan. Tapi aku berusaha untuk menutup semua kelemahan agar aku tampak sempurna pada mata sesiapa pun. Tapi aku tak terdaya. Aku buat yang termampu sahaja. Orang akan suka kita bila kita sempurna. Itu aku akui. Pasti korang semua pun samakan. Siapa yang tak suka kalau dapat sesuatu yang cukup lengkap kan. Aku pun suka. Waktu aku mula-mula bercinta, ramai yang tak suka. Macam yang diorang semua katakan. Mula-mula aku tak boleh nak terima semua ini. Ada saja yang tak kena. Kadang-kadang aku rasa nak menyerah kalah saja. Tak tahan dengan kerenah orang yang begitu. Tapi aku tak salahkan sesiapapun dalam hal ini. Pendapat orang berbeza. Maklumlah, waktu tu aku dengan “dia” sekolah lagi. Waktu tu, aku baru tahu bercinta ni susah rupanya. Baru jugak aku tahu kenapa ada yang makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. Inilah salah satu faktor penyumbangnya. Hidup ini penuh dugaan. Betul tak? Sepanjang tempoh hampir 6 tahun aku bersama dengan “dia” macam-macam dugaan yang kami temui. Aku tak pernah terfikir aku boleh menjadi sekuat ini. 6 tahun bukan tempoh yang pendek. Korang nak tau siapa yang ada di sebalik kekuatan aku ni. Allah SWT adalah punca kekuatan aku. Niat aku nak berbahagia dan berjaya di dunia ni bukan saja untuk family aku..family “dia”...untuk aku..untuk “dia”..kawan-kawan aku..kawan-kawan dia..orang disekeliling kami,,tapi untuk Allah SWT..aku sekarang mencuba untuk ke jalan yang diredhaNya...(walaupun kadang-kadang iman ni tak berapa nak kuat) tapi sedaya upaya cuba...Doakan aku bersama dengan “dia” wahai pembaca yang budiman...Selain itu tentulah “dia”. “Dia” yang banyak bantu aku. Kadang-kadang aku terfikir, betul ke dia nak kan aku ni...atau dia just nak permainkan aku. Tapi bila aku tengok kesanggupan dia redah dugaan sama-sama dengan aku. Kadang-kadang keyakinan aku terhadap dia makin tinggi. Tapi bila dugaan melanda. Aku mula nak menyerah kalah. Tapi dia pimpin aku bangun. Betulkah aku ditakdirkan untuk dia atau dia memang telah ditakdirkan untuk aku. “Ya Allah jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku, jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu” di doaku..wah..wah..wah..touching pulak aku ni.. Korang nak tau.. Dulu pernah aku terfikir..(sekarang ni pun aku ada jugak la terfikir..sikit-sikit..) Baik kahwin saja. Kalau dah kahwin orang nak kata apa lagi.. Tapi bila aku fikir-fikirkan balik..Kahwin lagi susah. Nanti kita ada komitmen pulak. Tergendala pulak rancangan aku nak tunaikan impian aku. Impian aku macam-macam. Bukan aku kata kahwin ni halangan untuk berjaya, aku pun tak kata bercinta ni juga halangan untuk berjaya, tapi ianya akan menyebabkan kita boleh capai dalam masa yang singkat, nanti kena ambil masa yang panjang. Contohnya sambung belajar. Mestinya banyak penangguhan dibuat. Sebab apa? Sebab nak beranak. Ha tu masalah juga. Nanti dah ada anak nanti, tak sampai hati pula nak tinggalkan anak duduk jauh-jauh..lagi satu masalah. Mulalah balik tiap-tiap weekend. Rehat tak cukup. Fokus pada pelajaran hilang. Kena jugak fikirkan tanggungjawab pada suami. Makan, minum, pakaian, keperluan, yang tut..tut..tut.. lagi..Tanggungjawab sebagai menantu pula. Pada mak dengan bapak mentua. Tanggungjawab sebagai anak. Tanggungjawab sebagai ibu. Dan tanggungjawab-tanggungjawab yang lain. Banyak benda yang perlu difikirkan. Susah kahwin ni sebenarnya. Aku memang tak kahwin lagi. Tapi daripada pengalaman aku sepanjang aku hidup ni. Macam-macam ragam aku dah tengok. Kahwin ni susah sebenarnya. Yang belum kahwin aku nasihatkan, fikir-fikirlah dulu sebelum buat keputusan. Yang dah kahwin, semoga korang semua berbahagia sehingga hujung nyawa aku doakan hendaknya. InsyaAllah. Sambung balik cerita tentang cinta aku. Aku ingat lagi bila habis saja SPM. Aku mula tengok-tengok peluang sambung belajar. Nak kata keputusan tak berapa nak bagus. Tak juga, tapi nasib tak menyelebahi aku. Waktu orang lain tengah seronok-seronok diterima masuk ke universiti-universiti, politeknik-politeknik, kolej...aku masih terkial-kial mengisi borang itu ini. Sampai satu tahap aku mula nak give up. Tapi “dia” kata pada aku. “Takpa, kita usaha lagi. Kita buat rayuan. Manalah tahu, dapat ke?” Aku ikut cakap dia. Aku try buat rayuan. Seminggu lepas tu aku dapat tawaran masuk ke politeknik. Tapi aku Cuma ditawarkan sambung belajar peringkat sijil saja. Malunya. Orang lain semua dapat buat diploma, masuk matrikulasi. Tapi aku fikir positif. Dari aku tak buat apa-apa, baik aku terima saja. Aku cuba gunakan peluang ini sebaik mungkin. Bermulalah perjuangan aku di politeknik. Aku usahakan untuk jadi yang terbaik. Aku jadikan “dia” sebagai pesaing aku. Kami bersaing. Walaupun di tempat yang berbeza dan kursus yang berbeza. Berjauhan bukan halangan untuk aku dengan “dia” berjaya. (Tapi rindu juga duduk jauh-jauh ni). Setiap semester aku pastikan keputusan yang aku dapat boleh meletakkan aku pada kedudukan yang cukup selesa. Walaupun penat. Tapi “dia” banyak sangat membantu. Selain mak dengan ayah, pensyarah-pensyarah serta kawan-kawan. Akhirnya aku dapat tamatkan pengajian aku di peringkat sijil pada waktu yang telah ditetapkan. Bukan aku nak membangga diri. Dengan setiap semester aku mendapat anugerah ketua jabatan (macam anugerah dekan la kalau diperingkat universiti) aku dinobatkan sebagai pelajar cemerlang peringkat sijil bagi jabatan aku. Tak terkata gembiranya. Selain mak dengan ayah aku. “Dia” juga datang pada hari konvokesyen aku di politeknik. Nak aku katakan pada dunia waktu itu, bercinta bukan halangan untuk berjaya macam sesetengah orang berpendapat. Aku telah buktikan. Bukan aku sahaja yang mempunyai keputusan cemerlang setiap semester. Malah “dia” juga sama seperti aku. Semangatnya cukup kuat untuk menebus segala kegagalannya dahulu. Aku cukup kagum. Aku bangga memilikinya. Bukan hanya sebagai seorang kekasih yang setia tapi sebagai seorang kawan yang cukup memahamiku. Aku senang nak berkongsi apa – apa dengan “dia”. Datang dari keluarga yang agak berada. Tapi itu bukan kelebihanya yang aku pandang. Tapi sikapnya yang betul-betul buat aku senang dalam apa-apa juga hal. Dalam tempoh 6 tahun ni, dah macam-macam dugaan, cabaran, halangan yang aku lalui dengan “dia”. Semua tu mematangkan hubungan aku dengan dia.

Aku takde rahsia untuk dikongsikan bersama dengan korang semua. Yang paling penting, saling percaya antara satu sama lain (walaupun kadang-kadang aku tak percaya sangat..haha.. tambahan duduk jauh-jauh ni..tapi aku jadikan itu sebagai pencetus semangat aku) lagi satu jangan ada rahsia antara satu sama lain. (Kadang-kadang tu ada jugalah yang aku rahsiakan..sebab aku ni susah nak share masalah dengan orang..tapi bukan semua aku simpan..ada secubit garam la yang aku simpan..). lagi apa ye, hmm..korang kena ada sikap “give and take”..Ini aku rasa faktor yang paling penting dalam apa jua hubungan, abang dengan adik ke, mak dengan bapak ke, kakak dengan abang ke, adik dengan adik ke, atuk dengan nenek ke, kawan dengan kawan, majikan dengan pekerja ke, doktor dengan pesakit ke,..apa-apa sajalah hubungan atas muka bumi ni. Bila ada sikap “give and take” ni, secara automatik kita akan mewujudkan sikap menghargai antara satu sama lain. Yang kita “give” tak semestinya wang ringgit (contohnya belanja makan, beli hadiah, bawak pergi jalan-jalan, beli topup telefon nak bergayut), ini termasuklah kasih sayang, dan apa-apa yang dirasakan perlu contohnya rasa ambil berat, keprihatinan dan sebagainya. Tapi kat sini aku nak ingatkan korang semua, janganlah sikap “give” ada pada sebelah pihak sahaja. Kalau pada sebelah pihak sahaja, ini tak wujud komunikasi. Jadi, macam tiada hubungan yang wujud (kalau yang dah kahwin tu, kalau isteri yang bekerja, tolong2 lah suami kamu untuk bayar bil2 rumah, memanglah duit suami kamu duit kamu dan duit kamu tu kamu punya, tapi apa salahnya kalau tolong sikit2..kalau yang tak kahwin lagi, aku tahu korang semua banyak habiskan duit beli prepaid betul tak. Aku pun sama. Bagi yang perempuan, jgnlah asyik lelaki sahaja yang call kamu. Kesian dia. Belum kahwin lg dah muflis..hahaha..sekali sekali apa salahnya kalau gilir2..hari ini orang ni, hari ni kamu. Pastu kalau kamu pergi makan, janganlah asyik lelaki kamu sahaja yang bayar bil makan. Apa salahnya sekali-sekala kamu bayarkan. Kamu yang makan juga. Lagi kesian kalau dia tak bekerja..belajar lagi. Habis duit mak ayahnya..hahah..ini yang aku amalkan..taktaulah korang..ini Cuma cadangan aku sahaja.). Tentang sikap “take” pula. Memang sikap ni confirm ada pada semua orang. Tapi kadang2 tu ada juga yang takde sikap ni, Contohnya orang bagi hadiah, si dia buat tak endah saja. Penat2 orang ni carikan present dia. Siap balut dua tiga lapis lagi. Jadi, yang kat atas tu semua yang aku buat pada masa dulu dengan sekarang. Kalau ada yang boleh dipakai, korang boleh ikut. Kalau takleh tu, buang saja k. Sambung balik cerita aku, sampai sini dulu bab cinta aku. Kalau nak cerita lagi korang tak larat nak baca.

Ni pula bab aku sebagai seorang student @ pelajar. Aku bukanlah antara yang bertuah. Nasib aku kurang baik rasanya. Aku lepas result SPM keluar aku pun macam orang lain jugalah. Apply untuk sambung belajar. Macam-macam universiti aku mintak. Macam-macam course juga aku mintak. Aku isi borang kerja, borang politeknik. Macam-macamlah. Macam aku katakan tadi. Nasib aku kurang baik agaknya. Aku tak dapatpun tawaran mana-mana universiti, kolej atau politeknik. Aku give up rasanya. Kawan-kawan aku semua dapat. Nak kata result tak okey. Boleh tahan jugak. Aku cuba buat rayuan. Last-last aku dapat masuk politeknik. Itupun peringkat sijil. Kawan-kawan aku ada yang sambung ke peringkat diploma, masuk matrikulasi, masuk tingkatan 6 pun ada. Malu juga waktu tu. Orang semua buat peringkat yang lebih tinggi. Aku? Buat sijil sahaja. Tapi bila aku fikir-fikirkan balik, okeylah tu, daripada aku tak dapat mana-mana. Aku tekat untuk belajar bersungguh-sungguh. Aku rasakan aku tak dapat sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi lepas SPM tu merupakan kegagalan aku. Menyesal aku tak belajar bersungguh-sungguh. Di Politeknik, bermula kembara aku untuk ke puncak. Alhamdulillah. Di politeknik, nasib menyebelahi aku. Aku berjaya habiskan peringkat sijil dengan jayanya. Bagi aku, kegagalan semalam, pencetus inspirasi untuk hari ini. Aku habis sahaja buat sijil aku. Aku terus apply untuk buat diploma pulak. Macam2 universiti aku mintak. Waktu tu aku Cuma boleh berharap sahaja. Dapat ke tidak lain cerita. Asalkan aku dah berusaha.

Hmmm..boring gak la nak tunggu tawaran tu....Waktu nak tunggu result tawaran untuk buat diploma, aku cari kerja. Duduk rumah bukan aku boleh buat apa2 pun selain makan dan tidur. So, aku cari2, last2 aku dapat kerja dekat stesen minyak. Memanglah aku berkelayakan sikit. Ada sijil. Tapi malas aku nak memilih sangat. Orang yang ada ijazah pun belum tentu dapat kerja bagus. Sebab peluang kerja tak banyak kat tempat aku. Inikan pulak aku, takat ada sijil saja. Dekat stesen minyak tu aku kerja sebagai pembantu kedai. Aku buat kerja-kerja housekeeping macam mengemop lantai, lap tingkap, susun barang, layan orang. Mula2 bosan juga, lama2 best juga, sebab dapat duit bila hujung bulan. Taklah banyak pun gajinya. Dalam RM450.00. Tapi ada juga aku dapat. Dari pada duduk umah tak dapat apa2. Baru aku tahu susahnya cari duit. Macam tulah aku rasa mak dengan ayah aku cari duit untuk besarkan aku. Yang aku tahu nak duit saja. Nak itu inilah. Sebenarnya aku dah mula kerja ni waktu lepas SPM lagi. Mula-mula aku kerja sebagai pemnatu jualan. Ala-ala promoterlah. Barang yang ada dekat kedai tu macam perhiasan rumah. Dalam 3 bulan aku kerja dekat situ. Pastu aku cuba nasib dekat Guardian Pharmacy. Korang tentu tau. Aku kerja dekat sana pun sebagai pembantu jualan. Dekat sini aku mula terdedah dengan suasana tempat kerja sebenar. Yeke. Lebih kuranglah. Macam-macam ragam staff. Ada yang tak suka bosslah. Ada yang tukang kipas bosslah nak dapat bonus. Ada yang suka curi tulanglah, ada yang pemalaslah. Ada yang suka jadi mandurlah..Macam-macamlah ragam. Penat tu memang penatlah. Tapi yang penting pengalaman yang kita perolehi. Itu yang aku nakkan sebenarnya selain dapat duit. Bukan senang nak dapat pengalaman macam ni. Pengalaman sebenarnya lebih membantu dalam kehidupan.

Hmmm...berita yang aku tunggu-tunggukan dah keluar. Aku di terima masuk ke universiti untuk sambung ke peringkat diploma. Jangka mas yang aku kena ambil untuk habiskan diploma ni 3 tahun. Bayangkanlah korang semua, aku sekarang ni dah 21. Maknanya aku tamatkan diploma nanti umur aku dah 23. Dah tua dah. Aku rasa macam dah terlambat dah. Kawan-kawan waktu aku sekolah ada yang nak sambung ijazah dah, tengah wat ijazah pun ada, aku..baru diploma, semester satu pulak tu..malunya...jauhnya beza aku dengan diorang semua..kadang-kadang aku rasa give up pulak..dekat universiti, kawan-kawan aku kebanyakkannya semua umur bawah aku. Muda lagi. Terasa muda pulak aku kawan dengan diorang semua. Dioranglah antara yang menyokong setia perjuangan aku. Tapi yang menjadi penyokong paling setia aku ialah mak dengan ayah aku selain “dia”.

Nampaknya perjuangan aku ini bukan aku lalui seorang diri. Tapi bila aku fikir-fikirkan balik. Buat apa aku nak malu, mungkin ini laluan aku untuk ke puncak. Aku tahu, Allah tahu kemampuan aku melalui dugaan ini. Itulah sebabnya Dia ciptakan dugaan ini. Aku bersyukur sangat-sangat kerana aku antara yang terpilih. Biarlah aku terpaksa menempuh laluan yang cukup panjang, sekurang-kurangnya, aku tahu Allah memberikan aku peluang untuk ke puncak. Cuma jalannya tak semudah yang diimpikan. Bagi aku, biarlah lambat, asalkan aku tetap akan ke puncak. Lagi satu..dalam kehidupan ini harus berani pasrah..Pasrah dengan apa jua yakdir yang telah ditentukan olehnya..Kejayaan..Itu yang aku harapkan. InsyaAllah. Sekarang ni, semester 1 aku dah lalui. Syukur pada Allah kerana aku masih boleh menyambung pengajian aku ke peringkat seterusnya. Aku bersyukur sangat-sangat dengan apa yang aku perolehi sekarang ni. Syukur sangat2. Terima kasih Ya Allah, di atas segala kurniaan yang Engkau berikan padaku, keluargaku, ‘dia” dan keluarganya, sahabat-sahabatku, pendidik-pendidikku, serta orang yang di sekelilingku. Aku akan teruskan perjuangan aku ni. Walaupun aku terpaksa menunggu lama, aku tetap akan berusaha untuk berjaya dan bahagia. Aku akan pastikan aku berada di puncak suatu hari nanti. InsyaAllah.

Doakan kejayaanku nanti. Aku juga berharap dan berdoa agar kamu semua sama-sama berjaya dan bahagia walaupun di mana, waktu bila..InsyaAllah..usaha, kesabaran, ketekunan, kesungguhan, keikhlasan, semangat yang kamu semua curahkan...pasti dibalas...macam orang kata..kejayaan adalah hak setiap insan...cepat atau lambat..sama sahaja..janji kita semua boleh menikmatinya...sampai di sini sahaja..Yang boleh dijadikan contoh...korang boleh ikut..yang tak berape nak bagus tu, janganlah ikut ye..terima kasih kerana korang sudi untuk meluangkan masa untuk baca kisah hidup aku yang entah pape ni..hahahha....

No comments: