KEPADA YANG SUDI SINGGAH

Kepada sape2 yg sudi singgah kat blog ni, kalau sudi tinggalkan lah jejak anda di chat box saya semoga saya senang untuk bertandang di blog kalian pula..boleh kita bertukar2 buah fikiran walaupun hakikatnya, blog ini kadang2 tak mendatangkan manfaat buat pembacanya..=)

Thursday, August 2, 2012

ahaaiiii.. ai riso ni sebenornye

Assalamualaikum semua =)


sihat ke?? tak sihat cepat2 la pergi jumpa doktor ke..takpun rehat banyak2.. biasala dugaan bulan puasa kan.. hehehe.. ai sihat alhamdulillah..rindu la kat u ouls semua kan.. hehehe.. hari ni ai nak citer pasal perasaan.. haaa..nak tau kenapa?? sebab perasaan ai skang ni dah tak tentu hala.. esok result pekse kuar dikkk oiiii.. debar ai okkk =( tu la kan..ritu taknak belajar betui2.. ni la akibatnye kan.. konon2 nak dapat anugerah dekan tiap2 sem..blajar takmau elok.. memang ai rasa cam kempunan je sem ni.. ahaaiiiii... risoooo =( 


itu je ai nak kongsikan.. untuk semua student UITM.. harap bersabar la ye.. esok takyah masuk student portal.. terus je bukak emel.. terpampang dikkk oiii.. kalau skrin komputer or laptop besooo..harap jgn kantoi la org lain nampak result korang kan.. hehehehe..


jumpe next entryyy k.. 


p/s ai nak citer pasal iftar ai ngan kawan2 last weekend kat u ouls semua =) hepiii pk!!

Wednesday, July 25, 2012

Alya Zafeera Kek Comel


Hai uolsss semua.. hari ni kan.. ai kan.. nak promosi bisness ai kan.. hehehe.. ai tak la berbakat mana pun.. boleh la sikit2 buat kek comel ni haa.. dah 2 tahun la buat bisness kecik2 ni.. takla hebat mana.. hehehe.. rendah diri gitu kan.. 

pada sesiapa yang minat nak view tentang cupcakes yg ai buat ni, leh la gi kat FACEBOOK, then search nama ni ha.. ALYA ZAFEERA KEK COMEL gitu kan.. tak pon.. terus klik ini link ye..


bnyak photo album ai kat sana.. leh la window shopping dulu kan.. bukan cupcake je ai jual u.. ada la sikit produk lain cam puding roti, choc chip, kek gula hangus terbakar..eh..hangus je..jgn terbakar u.. rentung nanti.. hehehe.. 






p/s bgtau la kat kawan2 uolsss k =) boleh delivery terus depan umah gitu kan.. nak order or nak tanye..kasi call ai ok.. tu haa..ada nombor ai kat atas tu =)

47 NUSARHU =)

hai3 u uolssss.. sihat tak? pose camne? dah ada yang ponteng ke?? tak elok tau!! jgn gitu.. bulan pose la nak kumpul pahala banyak sikit..hehehe.. 


post kali ni takde apa la sgt nak citer.. nak citer pasal kawan2 je.. hehehe.. =) ai sayang beno la ngan kawan2 teman ni haa.. satu rumah gitu kan.. SEMOGA PERSABAHATAN KITA KEKAL HINGGA HUJUNG NYAWA... korang dah macam adik2 ai je kan.. warga emas la katakan.. hehehe.. luv u all..mwahhhhhhhhh



gambar atas ni la housemate kesayangan ai okey! =) 

paling kiri cae, fiqa, dayah, zati, ai, wawa, shahida, yana

i loveee u muchh3 la =) 
comelkan kitorang sume??

P/S tgok tu, pesanan penaja yang ada kat picture tu.. hati2 ye pada org sekeliling kawan2 ai ni..berani la.. =)

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan again =) Syukur!

Assalamualaikum adik2 kakak2 abang2 makcik2 pakcik2 =)


sorry le..lambat meng updatekan blog ni.. tersangat sibokkk teman sebulan yang lepas.. esemen la..test..pop kuiz la..projek itu projek ini.. exam la.. nnnnnnnnnnnn Alhamdulillah..semua settle dan tunggu aje la result yg bakal kuar nanti kan.. ok ke tak.. tanggung sendiri ye dak?? hehehe.. 


Alhamdulillah..masuk bulan Ramadhan dah kan.. Syukur diberikan kesempatan untuk bernafas lg ketika Ramadhan kali ni.. kepada semua yang seagama dengan ku.. Selamat berpuasa diucapkan.. =)




so, kat sini ai tinggalkan u all dgn tips AMALAN PADA BULAN RAMADHAN =)



semoga kita sentiasa dilimpahkan dengan keberkatan di dalam bulan yang mulia ini. InsyaAllah =)

Jumpa nexxxttt entry ;)

Saturday, June 2, 2012

Jatuh Cinta


Jatuh cinta? Kamu semua ada pengalaman jatuh cinta? Mungkin ramai di antara kamu yang pernah jatuh cinta, bercinta dan putus cinta kan.. =)

Saya nak kongsikan sedikit pasal perasaan cinta ni dgn kamu semua.
Nak kata saya ni takde perasaan, tak jugak.. org kata Nampak ganas, tp dalam hati ada taman oooo.. hehehe..

Saya kategori yang susah untuk jatuh cinta. Bila mulut mengatakan saya cinta, itu adalah benar2 saya sudah jatuh cinta…

Cinta bagi saya bukan sesuatu yang begitu murah, hari ini kita lafazkan, esok lusa dah abis dah.. Allah jadikan kita jugak dengan cinta.. Saya cintakan sesuatu, seseorang dengan sepenuh hati saya sebagaimana saya cinta Pencipta saya, Mak Ayah saya, keluarga saya, teman-teman saya, senang citer segalanya..

Cinta saya tidak murah, bukan boleh dibuang begitu sahaja, jangan paksa saya untuk membuang perasaan cinta saya.. bukan kehendak saya untuk mencintai sesuatu atau seseorang.. Allah yang lahirkan rasa itu.. saya tidak paksa diri saya untuk mencintai sesuatu atau seseorang… Perasaan cinta bukanlah seindah yang dikhabarkan.. betul kata orang, jika kita cintakan Allah, kita takkan kecewa, sedih apabila berpisah atau berlaku perselisiha faham. .

Saya terfikir, kenapa Allah turunkan rasa cinta, cinta sesama mahkluk.. yang kadang-kadang buat kita sedih, kecewa, putus asa dan sebagainya..sedang..kita tahu jika kita melibatkan diri, pasti kita akan melalui sangat sedih..menangis.. 

Tapi saya percaya, Allah telah rencanakan sesuatu di sebalik rasa itu…saya gembira menerima apa yang Allah berikan kerana bukan semua dapat merasai rasa cinta yang begitu indah sebenar.. dengan cinta kita boleh menangis, dengan cinta kita boleh tertawa, dengan cinta kita boleh kecewa, dengan cinta kita boleh gembira, dengan cinta kita boleh tersenyum sendiri, dengan cinta kita boleh putus ada, dengan cinta kita boleh bersemangat..mungkin dengan cinta kita boleh gagal atau berjaya.. Ini semua terpulang pada manusia untuk mencorakkan cinta itu..

Yang pasti saya cinta saya bukan murah..tp bukan juga mahal.. Apabila saya ungkapkan saya cinta.. Itu memang benar dari hati saya.. Dan saya selesa begini, biarpun saya mencintai sesuatu atau seseorang walaupun saya tak mampu memilikinya..

Cinta dalam persahabatan? Bagaimana?


Sunday, May 27, 2012

Perbezaan Cinta =)

Assalamualaikum.. Sihat semua? 

Alhamdulillah, baru je sampai di Ipoh setelah 2 hari bercuti di Sg Petani bersama kawan2 =) Sampai je di Ipoh, ternampak pulak buku ni kat dalam bilik izzati..tertarik ngan satu citer kat dalam tu.. 


30 perbezaan CINTA antara lelaki dan perempuan

1. Ketika ada perempuan membenci seorang lelaki setengah mati, itu tandanya dahulu dia mencintainya setengah mati.

2. Wahai lelaki, ketika engkau berasa tidak mampu menyimpan rahsia daripadanya bererti engkau mencintainya.

3. Di belakang semua perempuan yang berjaya adalah kegagalan dalam bercinta.

4. Cinta yang dianggap sekadar babak pertama bagi lelaki dalam hidup merupakan hidup mati bagi seorang perempuan.

5. Ketika lelaki mengatakan "Perempuan itu tidak mempunyai perasaan" bererti perempuan tersebt berjaya mencuri hatinya.

6. Cinta seorang lelaki bagai menulis di atas air atau paling besar seperti dia menulis di atas pasir.
7. Hati perempuan yang dilanda asmara bagai mihrab emas, biasanya hanya patung dari tanah yang berlindung dibawahnya.

8. Bagi perempuan, ada tiga tahap dalam perjalanan cintanya; mencintai, dikecewakan kemudian bersedih.

9. Banyak lelaki yang bunuh diri kerana cinta, tetapi kaum perempuan jauh lebih banyak.

10. Cinta adalah sebuah kisah yang di dalamnya perempuan dengan bangga berperanan sebagai pahlawan, sedangkan bagi lelaki, dia lebih memilih menjadi pengarangnya.

11. Dalam kehidupan seorang perempuan, ada suatu masa yang dia berasa perlu untuk mencintai seorang lelaki dengan sepenuhnya.

12. Cinta: perempuan, lelaki dan larangan.

13. Betapa pun seorang perempuan bermulut seribu, namun cinta mengajarnya diam.

14. Wanita tercantik adalah wanita yang menggetarkan kata cinta di antara dua bibirnya.

15. Dalam bercinta, seorang lelaki selalunya ingin tahu apa yang dilakukan oleh kekasihnya.

16. Ketika seorang perempuan mencintai seorang lelaki, sekali-kali dia tidak akan pernah merendahkannya.

17. Dalam percintaaan, seorang lelaki akan berkorban apa sahaja untuk kekasihnya kecuali satu perkara, mencintainya terus-menerus.

18. Dalam percintaan, lelaki adalah penyerang dan perempuan yang bertahan.

19. Keinginan seorang perempuan boleh dibengkok-bengkokkan terserah kepada orang yang dia cintai.

20. Dalam persahabatan, lelaki lebih pandai daripada perempuan, namun tidak dalam percintaan.

21. Dalam percintaan, lelaki bak seringala yang ganas, berhati-hatilah! Perempuan, pula menyerahkan segal-galanya dan sedia berkorban.

22. Cinta mungkin boleh berakhir dalam sehari, namun cinta hakiki tidak.

23. Tidak ada yang mampu mencabut cinta dari hati seorang perempuan, selain cinta yang baru.

24. Seorang perempuan tidak akan mampu hidup tanpa orang yang dia cintai.

25. Cinta, merasuk pada jiwa seorang perempuan dalam hitungan detik yang penuh ketenangan dan takjub.

26. Perempuan mencintai pasangannya untuk dirinya, begitu juga lelaki.

27. Cinta seorang lelaki tidak lebih daripada selembar sampul depan, namun cinta seorang perempuan bagai lembaran-lembaran kertas yang tidak pernah habis.

28. Kebahagian perempuan, ketika dia boleh mencintai seorang lelaki lalu tunduk kepadanya.

29. Kala perempuan jatuh cinta, dia mulakannya dengan kekhuatiran, ketakutan dan prasangka.

30. Perasaan, cinta dan kerelaan adalah hal yang tidak akan lekang daripada diri perempuan.


betul atau tidak, kita nilai sendiri ye =)

lg best kalau korang dapatkan buku ni..bnyak lagi tajuk yg best untuk dibaca.. antaranya Adakah dia jodohku?, sampai masanya melabuhkan hati, mengubat hati yang luka n banyak lg.. =) cepat dapatkannya

Saturday, May 26, 2012

Hidup ni kena la saling menghargai!

Assalamualaikum..

Baru2 ni teringatkan sesuatu.. mungkin ni ada kaitan.. mmm..ape ye nak di citerkan kat sini.. senang citer..terus terang je la kan..lg senang.. sekadar ingatan dan pedoman untuk hidup atas dunia pinjaman Allah..

hidup kena la saling menghargai..

antara keluarga, kawan2, pasangan, persekitaran, cikgu2, pensyarah2, tauke kedai, org keje kat library, tukang masak kat kedai siam, ane kat kedai mamak, makcik2 cleaner, pakcik potong rumput..

kalau tmbh lg.. panjang pulak.. haaa..pendek kata la.. semuanya..

SEBABNYA takde mereka2 ni..

TAKDAnya kita pada kedudukan sekarang ni..

terutamanya kalau kedudukan sekarang ni boleh dikatakan HIDUP SENANG..

igt pd asalnya kita ni siapa.. kalau dulu kita tak bahagia..sekarang bahagia..igt..sape yg sudi pinjamkan bahagianya tu..

kalau dulu mak tak lahirkan kita kat dunia ni.. takde kita waktu sekarang ni..merasa makan pizza, pergi shopping kat giant, pergi minum cool blog kat tesco..

kalau ane takde kat kedai mamak.. mmg kempunan roti kosong goreng garing kasi kuah banjir..

kalau takde makcik2 cleaner tolong sapukan tangga, tolong sapukan sampah.. MMG BERSEPAH la jawabnya.. korang nak buat?? MMG TAKDEnye..

so.. BERINGATLAH... kita hidup MMG SALING MEMERLUKAN..

Apa jugak tindakan yg korang nak buat.. FIKIRKAN.. jgn main terjah je.. KALAU waktu ni korang buat seseorang terjunam jatuh longkang..sikit pon korang taknak tolong..

INGAT.. esok lusa ALLAh kasi benda yg sama.. dia tolong balaskan untuk org2 yg korang dah aniaya.. CASH punye.. takde VISA, MASTERCARD n ape2 kad.. apatah lagi kad touch n go kan.. hahahaha.. gurau je..jgn la serius sangat kakak abang.. =)

sekadar INGATAN buat DIRI SENDIRI n pada yg sudi buat PEDOMAN..

yg buruk buang ke lombong, kalau ada yg baik.. simpan baik2 dalam kotak fikiran korang ok!!

Friday, May 25, 2012

=(

do you care about me? do you know what i feel? try to feel what i feel, you will feel how bad it is. i'm try my best to be ok, i try to smile, people see my smiling..but i don't know what the purpose of my smiling. and now, i can just keeping my feeling deep inside my heart..and you know why? because i love you. this is what you wants, and i will do it as long it will make you closer to me. even my heart are fighting to be ok.

Thursday, May 24, 2012

Terima Kasih Pembaca!!


tettttttttt..dah lama tak menaip kat blog ni.. dulu rajin jugak, walaupun takde masa nak menaip sbb banyak keje.. tgok2..last update tahun 2009.. mmg betul2 lama la tak menaip kat sini.. dan sekarang tetiba rasa nak menaip kat sini pulak. mungkin jadi medium meluahkan rasa selain yang utama iaitu Allah swt. 

Saya ni bukan la orang yang senang untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Segan nak cerita, takut menyusahkan dan serabutkan kotak fikiran orang lain.. Paling tepat, tak reti nak mengadu nasib pada orang lain..sbb bg saya, masalah saya selagi saya boleh tanggung, saya tanggung, kalau tak boleh sangat2, saya tahu cara bagaimana nak luahkan.. Apabila bercerita di sini, saya rasa lapang sedikit, walaupun apa yang saya tuliskan dibaca oleh umum, tp saya senang begitu.. saya tidak perlu paksa sesiapa untuk membacanya seterusnya menyelesaikan masalah saya.. =)

Dan terima kasih sangat2 pada yang sudi membaca apa jugak yang telah saya tulis di sini. =) 

Sayang kamu semua.. 

Saya tak mahu kamu yang sempurna!!!

Entah kenapa kebelakangan ni, hati dan perasaan ni sensitip lebih pulak.. Cuma saya nak luahkan apa yang terbuku di dalam hati saya ni.. Hmm..Saya seorang insan yang tidak sempurna, baru tatih untuk mendekati Pencipta..saya juga tidak mahukan seorang yang sempurna untuk menemani saya dalam mencari syurga.. Cukup seorang yang memahami keperluan saya.. yang sudi memaafkan saya jika saya tersasar serta memotivasikan saya jika semangat saya runtuh dek kerana ujian Alllah swt. Kesempurnaan itu apabila saya dan kamu saling melengkapi.. Itu sudah saya rasakan cukup sempurna.. Tertarik dengan bait-bait lirik lagu Ombak Rindu nyanyian Adira dan Hafiz.. Menggambarkan apa yang saya rasa pada waktu ini..

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Wednesday, May 23, 2012

Kasih Yang Terpendam

Bicara kasih
Mungkin tak terjadi
Gelora rindu
Semakin merah warnanya
Takkan ku biarkan
Bunga cinta kelayuan
Walaupun segala-galanya
Harus ku pendam

 

Tuesday, May 22, 2012

Awak dan Saya =)


Janji Yang PASTI!

Kamu percaya janji Allah? 


Atau masih ada hijab keraguan kepadaNya? Pernah jua terdetik di hati saya, terutamanya persoalan berkaitan jodoh..umur saya sudah 25 tahun, tapi kenapa saya masih menantikan saat saya diijab kabulkan.. Hati rindu untuk menikah.. Hari2 saya berdoa untuk Allah pertemukan jodoh saya, yang boleh menjadi imam saya, yang boleh membawa saya ke syurga bersamanya..

Tetapi saya percaya dengan janji Allah..mungkin disaat ini, Allah SEDANG MEMPROSESNYA… kemudian akan MENGGERAKKAN pasangan kita untuk bertemu dengan kita dalam satu suasana yang pasti menjadi ingatan kita buat selama-lamanya. Allah mengetahui segalanya.. Allah sedang mengaturkannya.. Tidak sesaat awal ataupun tidak sesaat lewat… TEPAT PADA WAKTUNYA.. MASANYA AKAN TIBA.. Saya percaya janji Allah.. Selagi kita tidak lalai mengingatiNya, DIA juga begitu, akan tunaikan doa, impian dan juga harapan hambaNya. 

YAKINLAH..Janji Allah itu pasti!

Monday, May 21, 2012

KAMU!!

jika saya boleh melakukannya, kenapa tidak kamu? 

saya sudah cuba yang terbaik untuk memuaskan hati kamu, dan sekarang tiba masanya untuk kamu buktikan bahawa kamu bukan apa saya yang fikirkan.



i'm not single (^_^)V



..i'M NoT SiNgLe..

Assalamualaikum..hai semua.. sihat tak?? Alhamdulillah..fira kat sini sihat.. Fira pun harap kamu semua jugak sihat..

Haaa..tgok kat atas tu.. tetiba la pulak i'm not single.. hahaha... ramai sgt ke yg nak mengorat fira ni.. smpai nak kene bg tau kat org len?? hahaha.. bukan lah.. takde kena mengena pon dgn tu.. Hmm..
..i'M NoT SiNgLe..

sebab saya tahu Allah sayangkan saya..
sebab saya ada keluarga yang masih sayangkan saya
saya ada kawan2 saya..

Terbaru =)

Assallamualaikum..

*saya, kini =)

Kalian semua sihat? Lama sudah tidak mencurahkan isi hati di sini.. Mungkin mulai hari ini, saya akan kembali menggunakan blog ini sebagai medium perkongsian ilmu..InsyaAllah.. 

Doakan yang terbaik untuk semua..