Jatuh cinta? Kamu semua ada pengalaman
jatuh cinta? Mungkin ramai di antara kamu yang pernah jatuh cinta, bercinta dan
putus cinta kan.. =)
Saya nak kongsikan sedikit pasal perasaan
cinta ni dgn kamu semua.
Nak kata saya ni takde perasaan, tak
jugak.. org kata Nampak ganas, tp dalam hati ada taman oooo.. hehehe..
Saya kategori yang susah untuk jatuh cinta.
Bila mulut mengatakan saya cinta, itu adalah benar2 saya sudah jatuh cinta…
Cinta bagi saya bukan sesuatu yang begitu
murah, hari ini kita lafazkan, esok lusa dah abis dah.. Allah jadikan kita jugak dengan cinta.. Saya
cintakan sesuatu, seseorang dengan sepenuh hati saya sebagaimana saya cinta
Pencipta saya, Mak Ayah saya, keluarga saya, teman-teman saya, senang citer
segalanya..
Cinta saya tidak murah, bukan boleh dibuang
begitu sahaja, jangan paksa saya untuk membuang perasaan cinta saya.. bukan
kehendak saya untuk mencintai sesuatu atau seseorang.. Allah yang lahirkan rasa
itu.. saya tidak paksa diri saya untuk mencintai sesuatu atau seseorang… Perasaan
cinta bukanlah seindah yang dikhabarkan.. betul kata orang, jika kita cintakan
Allah, kita takkan kecewa, sedih apabila berpisah atau berlaku perselisiha
faham. .
Saya terfikir, kenapa Allah turunkan rasa
cinta, cinta sesama mahkluk.. yang kadang-kadang buat kita sedih, kecewa, putus
asa dan sebagainya..sedang..kita tahu jika kita melibatkan diri, pasti kita
akan melalui sangat sedih..menangis..
Tapi saya percaya, Allah telah rencanakan
sesuatu di sebalik rasa itu…saya gembira menerima apa yang Allah berikan kerana
bukan semua dapat merasai rasa cinta yang begitu indah sebenar.. dengan cinta
kita boleh menangis, dengan cinta kita boleh tertawa, dengan cinta kita boleh
kecewa, dengan cinta kita boleh gembira, dengan cinta kita boleh tersenyum
sendiri, dengan cinta kita boleh putus ada, dengan cinta kita boleh
bersemangat..mungkin dengan cinta kita boleh gagal atau berjaya.. Ini semua terpulang pada manusia untuk
mencorakkan cinta itu..
Yang pasti saya cinta saya bukan murah..tp
bukan juga mahal.. Apabila saya ungkapkan saya cinta.. Itu memang benar dari
hati saya.. Dan saya selesa begini, biarpun saya mencintai sesuatu atau
seseorang walaupun saya tak mampu memilikinya..
No comments:
Post a Comment