KEPADA YANG SUDI SINGGAH

Kepada sape2 yg sudi singgah kat blog ni, kalau sudi tinggalkan lah jejak anda di chat box saya semoga saya senang untuk bertandang di blog kalian pula..boleh kita bertukar2 buah fikiran walaupun hakikatnya, blog ini kadang2 tak mendatangkan manfaat buat pembacanya..=)

Sunday, November 29, 2009

:: Mengapa wanita suka menangis ::

Assalamualaikum..

Hai semua.. harap2 semua sihatlah hendaknya.. takde pape nak story morry.. just nak share satu cerita.. ni email dari kawan aku.. iera.. thnks iera.. bnyak pedoman yg boleh kita dapat dari cerita ni.. so, hayatilah dan renung2 kan lah.. semoga ianya akan membantu dalam melayari kehidupan yg lebih baik di masa hadapan.. Insyaallah..

Mengapa wanita suka menangis...

Wanita Cantik yg suka Menangis...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya. "Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan"
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalan nya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya"
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatan nya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."
sekadar gmbar hiasan, source : https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhuNnmhvZdF7qHdP6g3sWElRFi1XndTwixDUc1SRrRhmQE43Mp_OeLq77IU2a5Nsdp4WF-QijTlHAer_fsqchQSWYYPZuPo6HXuXsaDTmiSP3CNsNFmc6Kc23LylqAsD8Cu6D-Dt4oYVA2A/s400/jombang-tangis+unas-amiruddin.JPG
Ingatlah akan kecantikan wanita mereka yang azali..bukan pada kecantikan luaran semata-mata tetapi selami lah hati wanita itu sendiri.. dan ingat lah... Setiap Wanita itu Cantik.. Wanita begitu istimewa.. Mereka anugerah terindah.. Wanita, hargailah dirimu sendiri.. dan kaum2 Adam.. kamu semua begitu bertuah kerana kamu begitu agung di mata mereka..

k.. itu saja.. moga2 ingatan ini akan membantu dan boleh dijadikan pedoman untuk kehidupan yg lebih sejahtera.. Insyaallah.. Amin..


Wednesday, November 25, 2009

:: DUGAAN ::

Assalamualaikum..
Hai semua.. sihat?? harap sihatlah semuanya.. tambah2 pulak bg kengkawan yg beragama Islam.. yg baru saja menyambut Hari Raya Aidil Adha.. sihat tak perut? kot2 ada yg masih sakit perut dek kerana makan macam2 di hari bahagia.. hehehe.. Moga2 nikmat kesihatan yg dikurniakan diperguna sebaiknya.. bukan saja ingatan buat semua.. juga ingatan buat diriku yg kadang2 alpa dgn kurniaan yg telah diberikanNya.. Insyaallah..
Hmm..takde apa nak cerita.. cuma nak berkongsi maklumat.. tentang suatu topik yg rasanya semua tahu.. hehehe.. =)
DUGAAN.. hmm.. kenapa dgn dugaan.. hidup umpama tak lengkap.. kalau takde DUGAAN kan?? hehehe..
DUGAAN datang macam2 gaya.. DUGAAN hadir dalam pelbagai bentuk, mungkin kehendak hati terhadap sesuatu yang dilarang, mungkin juga berlaku konflik antara seseorang dengan individu lain.. mungkin juga masalah kewangan.. kerja.. penderitaan atas sesuatu seperti penyakit, kemiskinan, kebuluran, kehilangan dan sebagainya.. dan tentu sekali semua sudah biasa dengan dugaan kehidupan masing2 sama ada berat atau ringan penanggungannya..Mungkin kadang2 bila saja kita ditimpa DUGAAN .. kita mula meratapi..meraung2.. jatuh.. lemah.. seakan2 tidak mahu hidup lg.. mengatakan dunia ni tak adil, malah kadang2 menyalah Tuhan atas DUGAAN yg menimpa.. Aku pon kadang2 juga begitu..bukan senang nak menghadapi DUGAAN .. Kadang2 aku rasa cam tak kuat nak hadapi DUGAAN .. keluarga, cinta, kawan2, kewangan, kehendak hati, persekitaran dan macam2 lagi.. Bukan semudah kata-kata, ia umpama hempedu yang perlu ditelan walau pahit rasanya.
Tapi ada betulnya kata2 ini.. "Pengalaman mengajar kita".. Mula2 mungkin penerimaan terhdap
DUGAAN agak sukar.. tapi ingat.. dan ingatan ini juga untuk aku jugak yg kadang2 tersungkur dek kerana DUGAAN .. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan..
Ujian dan DUGAAN menjadikan diri sentiasa menghargai apa yang sudah dimiliki. Ia mengingatkan manusia agar tidak cepat lupa dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.
Hmm..sebenarnya..bnyak lg ingatan2 untuk DUGAAN ni.. tapi aku amik yg mane perlu.. dan bukan semua tak perlu.. tapi ingatan ini yg harus sentiasa diingat..
Hmm..bukan senang nak menghadapi DUGAAN hidup ni.. tambah2 manusia yg dianugerahkan Allah dengan emosi.. Kadang kala, emosi ni lah yg kadang kala buat manusia jadi tak betul.. bukan maksud aku gila.. tak bertindak rasional.. terutamanya WANITA.. dengan 9 nafsu dan 1 akal.. mmg tak dinafikanlah kebnyakkan manusia yg bertindak melulu cam membunuh diri kebnyakkannya wanita.. Emosi menguasai diri..
Diambil dari blog : http://gdi.wanitaemall.com/dugaan-adalah-suatu-titik-perubahan
Wanita. Jangan lemah. Jangan mudah jatuh. Sekiranya tangisan korang itu dapat membangkitkan semangat korang sesudah itu, menangislah sepuas hati. Sekiranya ia hanya akan memusnahkan hidup korang, fikirlah. Kita adalah anugerah yang terindah. Tangan yang hanya menggoncang buaian ini, mampu menggoncang dunia! Jangan jadi bodoh kerana emosi yang tidak memberi apa jua kelebihan dan manfaat. Gunakan emosi extreme yang kita miliki untuk menjadi lebih kuat dan hebat dari apa yang orang lain tidak miliki.
DUGAAN. Musibah. Kesedihan. Kesengsaraan. Jadikan ia suatu perkara yang positif. Sayangi dugaan. Sukakan cabaran. Jangan lemah. Jangan putus asa. Jangan mudah patah semangat dengan mereka. Jadikan dugaan sebagai suatu titik permulaan untuk korang melakukan perubahan di dalam hidup. Ini mungkin petanda dari Allah bahawa ada kehidupan baru yang lebih cerah menanti korang! Dia Maha Mengetahui. Dia yang mengatur segalanya. Dia juga tahu korang dapat menghadapinya. Dia juga sedang mengukur keimanan korang terhadapNya.
Bagi aku, orang yang sentiasa dalam kesusahan, kesedihan dan dugaan adalah orang yang paling bertuah di dunia. Sekiranya mereka menghadapinya dengan lebih positif, DUGAAN tersebut akan menjadikan mereka lebih matang, bijak, profesional dan sempurna! Oleh itu, kenapa perlu manusia meratapi kesusahan yang menimpa diri mereka sedangkan kesenangan adalah dugaan yang paling berat di dunia? Kerana, tidak ramai manusia yang dapat melepasi dugaan kesenangan dan syurga dunia. Renungkanlah…
Jadi.. utnk itu.. perbanyakkanlah bersabar.. Setiap kesabaran pasti ada kemanisannya nanti.. Insyaallah.. Kita patut bersyukur kerana diberikan DUGAAN. DUGAAN juga merupakan nikmat Allah yg didatangkan dengan pelbagai hikmah..


sekadar gambar hiasan *nak femeskan diri sendiri..*



‘bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu..pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentaqdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya. Tabahkan hatimu sahabat, ganjaran besar untukmu, Al-Firdaus menantimu!’

Friday, November 20, 2009

:: surat cinta buat kekasih hati ::

Assalamualaikum..

hai semua..harap semuanya sihatlah hendaknya.. takde apa nak story morry kat sini.. cuma luahan hati sahaja..

hmm.. 3rd November 2009 hari tu..genap la 7 tahun aku ngan en firdaus mengharungi bersama untuk segala suka dan duka kehidupan..macam2 pahit manis kami dah lalui bersama..

To my friend, my advisor, my counsellor, my driver, my guidance, my love, my soul, my heart.. Untuk tempoh 7 tahun ni, macam-macam yg dah kita lalui bersama..Terima Kasih sbb masih setia di sisi kita, masih sudi mendengar rungutan kita, mendengar luahan hati kita, mengelap air mata yg jatuh, meluangkan masa, menyayangi, mengasihi, mencintai kita seadanya.. Thnks for everything.. Kita betul2 menghargai segala jerih payah bie untuk 7 tahun.. kita tahu macam2 yg kita dah buat..merunsingkan fikiran bie.. tapi kita nak bie tahu.. sikit pon takde niat nak merunsingkn bie, apatah lg menyakitkan hati bie.. Kita minta maaf sgt2 andai sepanjang 7 tahun ni, kita bnyak menyakitkan hati bie.. You are my everything..

Memandangkan mmg duit tak berapa nak ada dan aku jugak tau waktu tu semua sibuk bertarung untuk final exam..tambah2 my lovely bucuk.. dgn thesis, dgn exam.. lgi2 dah last semester..cam2 kene buat.. so, aku decide.. just order cupcakes.. boleh same2 makan.. takpe takde hadiah pon.. kasih sayang bie bagi dah cukup buat hadiah kita.. bukan senang.. hari2 lg tu.. hehehe.. =)


:: ni la cupcakes nye.. ada camera.. of kos untuk bucuk.. ada kereta.. for us.. nak gi mane2 sebab dua2 suke jenjalan abiskan duit..hehehe.. then ad pic rumah.. insyaallah..kalau jodoh dipanjangkan.. mau juga berangan nak dok umah besar.. hehehe then no. 3.. aku ngan my bucuk..suka no 3.. so letak je la..hehehe.. =) ::


hmm..tu je la..and hopefully hubungan ni ada penghujung yang baik.. insyaallah..doakan hubungan ini semoga berkekalan..



to my bucuk.. you're king of my heart..insyaallah sampai hujung nyawa ini.. doakan kejayaan kita berdua... cam bie cakap..bersabarlah..kemanisan tu pasti ada untuk kita berdua nanti.. I'll always be beside you till the very end, wiping all your tears away, being your best friend. I'll smile when you smile, and feel all the pain you do, and if you cry a single tear, i promise i'll cry too....

once again.. thnks for everything.. love you soo much..

(^_~)