KEPADA YANG SUDI SINGGAH

Kepada sape2 yg sudi singgah kat blog ni, kalau sudi tinggalkan lah jejak anda di chat box saya semoga saya senang untuk bertandang di blog kalian pula..boleh kita bertukar2 buah fikiran walaupun hakikatnya, blog ini kadang2 tak mendatangkan manfaat buat pembacanya..=)

Tuesday, August 25, 2009

:: PeNgaLamaN, PengaJaraN, PeTunJuk ::

Assalamualaikum..

Hai..sihat tak semua?? Harap2 semua sihatlah hendaknya walaupun dengan cuaca yg tidak menentu di seluruh Negara kita ni. Jap2 hujan, jap2 panas..

Hmm..takde pape pon nak ceritakan kat sini, just aku terniat untuk meluahkan pendapat aku..yg aku rase cam tak logik pon ada. Sekadar luahan hati sahaja...

Hmm..aku bukan nak mendabik dada atau membangga diri..tapi aku rasa aku ni seorang yg kuat bersabar..tak kiralah dapat apa jua keadaan..tapi kadang2 tu taklah jugak..tapi peratusan sifat sabar dalam diri aku aku rasa cukup tinggi..itu cuma pendapat aku. kadang2 kita tak boleh menilai diri kita sendiri sebab kita tak nampak diri kita sebenarnya, hmm..kata mudahnya, kalau kita buat silap ke, kadang kala kita tak perasan..

Hmm..ni jugak bukan lah aku nak cakap tentang menilai diri sendiri..Cuma aku nak kongsi camne aku leh kate yg aku ni ada sifat sabar yg tinggi..

Dari NOVEL..

Mesti cam pelik aje kan bunyi nye..tapi tulah hakikatnya yg aku alami..kadang2 aku rasa aku dapat menjadi seorang yg penyabar waktu berdepan dengan masalah..sebab aku bnyak bace novel..tapi bulat aku kate, novel tu buat aku more sensitive..hehehehe...=)

Bagi aku, novel ni kadang2 bg kita jalan penyelesaian pada masalah yg kadang2 kita sendiri tak biasa alami..Biasalahkan..novel ni kan ke jalan ceritanya diciptakan orang seorang manusia yg bergelar penulis..So, kita boleh reka ape aje masalah..kadang2 mmg lah pelik jalan penyelesaiannye..tapi kadang2 logik gak setelah difikirkan kebaikan dn keburukannya...

Dengan novel, aku dapat suatu pengalaman baru dalam menjalani kehidupan walaupun sekadar di dalam alam fantasi yg direkakan manusia..sometimes novel ni mengajar aku untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik..dan itu Cuma pandangan aku sahaja..terpulang pada semua..terima atau tidak...Bg aku jugak, novel jugak membantu aku dalam membuat keputusan dalam hidup aku ni..dan ini tidak bermakna aku bergantung pada novel 100%...Cuma ada setengahnya boleh diterima pakai..

Novel bukan panduan dalam alam percintaan sahaja..dan bg aku novel ni panduan semua aspek kehidupan..

Dan itu, Cuma pendapat aku jek..lain orang, lain caranya..hehehehe...=)

K..aku rase tu jek kot nak kongsikan dengan korang semua...semoga kita semua dapat menjalani kehidupan masing2 dengan lebih baik dari sekarang..InsyaAllah..

(^_^)

:: MaSiH SeMpATttt ::

Assalamulaikum..

Hai semua..sihat tak hari ni? puasa tak hari ni? Hehehehe..kejap je dah masuk Ramadhan yang ke-4 dah hari ni..

Aku rasa masih tak terlewat lg rasenye nak ucapkan Selamat Datang uat Ramadhan yg mulia dan Selamat Berpuasa buat semua umat Islam seluruh dunia..



Ampun maaf ku pinta, agar Ramadhan kali ni membawa kerahmatan dan keberkatan buat semua..InsyaAllah..sama2 kita berdoa..

K..jumpa lg nanti k..

Tatatata...=)

Saturday, August 22, 2009

:: mmg nampak berbeza tapi sebenarnya kita sama ::


Assalamualaikum..

Hai semua..sihat tak? dah nak dekat seminggu tak post entry kat sini..ni baru ade kesempatan nak berbuat demikian..hehehehe..

Sebenarnya, tergerak hati sgt2 nak komen pasal tajuk kat atas ni..entahlah..sebabnye aku pon tarak tau..hehehe...cam menarik aje kan tajuk kat atas ni..apa yg berbezanya, apa yg samanye ?? kan2 ??

Hmm..yang aku nak maksudkan kat sini..perbezaan antara satu pasangan..(lelaki + perempuan)..dan bukan sebaliknya atau yg lain2 ek..

Mmg sgt2 berbeza..kan2 ? dari segi rupa of course la kan..mmg terang2 dah nmpak bezanya..dan lain2 ciri fizikal..seorang lelaki dan seorang perempuan..mmg berbeza sgt2..melainkan dia telah melakukan sesuatu sehingga buat orang keliru..man or woman..hehehehe...=) Hmm..setengah orang pon akan cakap macam tu..kita berbeza..kau lelaki..aku perempuan..mane same..


+




TAPI..

Kita sebenarnya sama..secara dalamannya kita mmg same..memerlukan kasih sayang..ada perasaan ingin dicintai..ingin dimanja..inginkan perhatian..ada perasaan cemburu..ada perasaan untuk melindungi..dan sebagainya..

Sama kan ?? Jadi, jangan kate kita berbeza.. Jangan pula perbezaan fizikal tu dijadikan alasan untuk merosakkan hubungan..terutamanya yg sudah berumah tangga..

Secara fizikalnya, mmg kita berbeza, tapi dalaman kita sama..Jadi, kesimpulannya, kita perlu saling melengkapi antara satu sama lain..supaya segala perbezaan fizikal yg kita ada boleh kita tutup dengan segala persamaan dalaman yg kita ada..baru hidup rasa bahagia..hehehe...=)


Hmm..bukan nak berceramah motivasi tapi..cuma memberi sedikit pandangan..fikir2 kan lah..

K..tu jek..jumpa lagi nanti k..=)

Tatatta..

(^_^)


Saturday, August 15, 2009

:: FaShiON TerBarU ::

Assalamualaikum..


Hai..dah lame tak jumpe..hehehe..rindu plak pd blog ni..kekekekeke...=) Takde pape yg best pon cerita kat sini, just nak share pengalaman aku yg dah start memakai topeng tutup hidung ngan mulut atau lebih senang nak faham “face mask” hehehe...=) Mmglah pemakaian face mask ni dah digalakkan dari awal lagi..Cuma aku ni je yg belum ada kesedaran nak pakai face mask.. So, tadi aku kuar gi antar kawan aku yg demam nak balik umah ke stesen bas, aku pon singgahlah farmasi, membeli face mask tu...Pastu, waktu jenjalan kat Central Square (CS) Sg Petani, aku same2 kawan2 aku pon pakai lah face mask ni, mula2 tu..giler lah.. berpeluhlah gak kan..al maklum lah..tutup hidung ngan mulut ko..susah beno bak kate org perak nak bernafas...tapi dah lame2 tu, oklah..dan aku nak share kelebihan pakai face mask ni ikut teori aku..hehehe...=)

1. Kalau ko nampak org berkelakuan pelik dan korang nak ketawakan, face mask adalah pelindung yg paling selamat untuk menutup perbuatan terkutuk korang tu...=)


2. Kalau korang ni jenis yg kuat bercakap, then, air liur korang macam air hujan bile bercakap, face mask jugak adalah cara selamat..face mask ni akan bertindak serupa payung...=)


3. Kalau korang ni ni tak reti nak senyum bile bergambar, face mask ni jugak akan bertindak sebagai penutup kelemahan korang tu..tangkap gmbar pakai face mask, tak guna nak senyum..bukan nampak pon..hehehe..=) Jadi, selamat lah korang...


4. Selamat bile menguap..mane tak nye, kalau korang termenguap di khalayak ramai..then tak sempat nak tutup mulut..mmg buruk rupenye.. tapi bile pakai face mask confirm org tak nampak kan2?? Menguap luas mane pon, org takkan tau..Hehehe..=)

Ok..tu jek yg aku rase waktu ni...kalau nak tmbah lg ikut suke korang la..hehehe...=) janji mendatangkan faedah kat korang sume.. Kat bawah ni ad sikit gmbar aku ngan kengkawan ber “face mask” dan tak lupe pd si bulat aku yg kirimkan MMS yg dia pakai “face mask” jugak..nak berlagak konon..dia pakai face mask tu..dia tak tau yg aku pon pakai jugak..ekekeke...=)


..dah macam ape jek ni..ber face mask ngan ber spek mate itam..konon hensem le tu...=)


..tak sangka la pulak, baju aku same kaler ngan bulat..


..aku ngan pika..mmg style la..


...ngan cae..tangkap gmbo gune tepon baru dia...




...aku cakap same korang..mmg bergaye sebeno nye pakai face mask ni...

Hmm...tapi memakai face mask waktu sekarang ni mmg amat digalakkan...al maklum lah..sekarang ni kan wabak H1N1 kan tgh serius melanda dunia...Bg stgh org, pemakaian face mask ni, cam malu jek..tapi better fikir selamat dari malu..rite2?? Sekurang2 nya kalau kita berusaha untuk mengelak..walaupun hakikatnya..peratusan untuk mencegah tu tak bnyak mane...Sama2 lah kita berdoa agar Negara kita ni bebas H1N1..itu yg penting.. InsyaAllah..amin...


K Lah..jumpa lg nanti ek..


Tatata...=)

p/s bak kate cae, “kami dah sedar tentang penggunaan dan kebaikan face mask, anda bile lg ??”

Tuesday, August 11, 2009

:: TaNgiSaN ::

Assalamualaikum..

Macam dah rajin pulak post entry..tgh2 dok kat library ni smbil2 melayan mafia wars kat facebook..tetiba kawan aku yg aku kenal secara online menggunakan skype antar aku msg..pas bace..terinsaf aku..benda yg simple dalam hidup..air mata..rupa2 nya tangisan ni ad nilainya tersendri smpaikan kita tak boleh sewenang2 nye nak kuarkan air mata dgn tujuan yg tak sepatutnnya...jom2 kita hayati msg tu...




Kata Ibnu Qayyim - 10 Jenis Tangis

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.

3) Menangis kerana cinta.

4) Menangis kerana gembira.

5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.

6) Menangis kerana terlalu sedih.

7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.

8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.

9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.

10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.


"Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis;" (Surah An-Najm 53:43)

Air mata yang tiada di tuntut

1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.

2 . Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan. Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.

3. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.

4. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang ! bersedekah buat amalan.

5. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu??..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah SAW bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya dan perhatikanlah 3 perkara.

1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.

Wallahua'lam

terima kasih sahabat ku..Rafiq Asmar atas ingatan ni..sgt2 menghargai..

semoga sume dapat pedoman dari ingatan ni..semoga ianya bukan sekadar ingatan..tapi dijadikan pedoman..InsyaAllah...

k..jumpe lg next entry k..

tatata..(^_^)

Salam...

Monday, August 10, 2009

:: ke 100 ::


Assalamualaikum..



tngok gmbar kat atas ni..100 km per jam ke..or lg 100 km nak smpai umah..ke 100 meter lg nak smpai kedai makan...hahahaha... Pe la aku ni..merepek aje lebih..kesian korang sume dok nak membaca...dah lame tak berblog...tu yg merepek ni..takde citer yg nak di kongsikan bersame..kuikuikui...

Hmmm..pejam celik..entry kali ni, entry yg ke 100 aku dah post kat blog ni..tak sedar..=) tapi tak pe ar..mmg kenyataan pon..dah yg ke 100..so, aku nak ucapkan lah time kasih pada yg sudi jadi follower walaupun blog ni aku rase entah pape..berjuta lg blog yg bagus2 ad kat alam maya ni..

Pape pon terima kasih jugak pd sape2 yg sudi nak membace blog yg aku rase tak mendatangkan faedah ni..then pada yg sudi singgah..terima kasih la..

Aku akn berblog smpai aku dah tak larat nak berblog..

TQ semua..=)

k..

tu jek..jumpa next entry k..

tatatatata...=)


Thursday, August 6, 2009

:: To The OnE ThaT i LoVe ::

Assalamualaikum..

Hai semua..dah lama rasenya tak berblog..sibuk jek 2 3 menjak ni..takde pape nak citer just wat entry special edition..hehehe..=)

walaupun baru kul 12 lebih..tapi hari ni dah masuk 6 OGOS 2009..kan2.. apa kene nya ngn tarikh ni..hehehehe..sebenarnya, tarikh ni tarikh birthday my bulat a.k.a MUHAMMAD FIRDAUS MUSA..yg ke 24.. ekekekeke...dah tua dah bulat aku ni..

kejap je masa berlalu, cam semalam aje baru kenal..rupa2 nya dah masuk tahun ke 6 aku wish birthday kat bulat aku..huhuhu..cam tak caye aje...

to my bulat sayang,



...sila click pd gambar untuk lebih jelas...


tak bnyak nak katakan, cuma harap semoga bie panjang umur, murah rezeki, bahagia selalu, senang hati selalu, berjaya selalu.. semoga kasih sayang bie kat kite tak putus2..dan kite sentiasa ad kat belakang bie..menyokong apa yg bie buat... terima kasih untk kasih sayang yg bie bg selama hari ni..

love u so muchhh..=)


and tuk hadiah nya...nanti ek.. kite balik nanti kite bg k..sabar ek..hehehe..=)



...hadiahnya ad kat dalam...

ok..tu jek kot..and pade sape2 yg smbut birthday ri ni ok dah lepas ke, atau bakal menyambut birthday..aku wish korang semua hepi birthday k..semoga panjang umur, dan nikmat usia yg diberikan tak di sia2kan...

tatatata...

(^_^)