KEPADA YANG SUDI SINGGAH

Kepada sape2 yg sudi singgah kat blog ni, kalau sudi tinggalkan lah jejak anda di chat box saya semoga saya senang untuk bertandang di blog kalian pula..boleh kita bertukar2 buah fikiran walaupun hakikatnya, blog ini kadang2 tak mendatangkan manfaat buat pembacanya..=)

Thursday, December 24, 2009

:: Kisah Hari Ni ::

Assalamualaikum..

Hai sume.. sihat?? harap2 sihatlah sumenye.. dah lame tak post entry.. hik3.. sedikit sibuk.. hmm.. takde pape pon nak story.. nak share sumthing aje.. hik3..

Nak dijadikan citer.. pepagi ni.. fira dok mencari laptop.. dari semalam tak bukak laptop.. cari2 kat tempat biase.. aissshhh.. takde la pulak.. google sane..google sini.. pon takde.. Ni mesti keje mak fira la.. suke nak simpan2 tempat pelik2.. hahaha.. dia kate selamat.. ok.. fira terima.. mak pon takde kat umah.. gi sekolah.. adik fira nak amik result PMR.. then fira tepon la..


Fira : (tak bg salam..tak bg sign pape) Mak..laptop adik kat mane??


Mak : kat tempat iron..


Haaa..tgok tu.. pelik kan?? laptop kat tempat iron.. adooiii.. Ok.. fira pon amik la.. tgok2 charger ngan broadband takde.. lagi satu hal.. then fira pon tepon blik..


Fira : Mak.. charger ngan broadban nye mane?


Mak : Ad.. kat beg yang sangkut kat kerusi kat tepi bilik tu...

Fira : Ok..


Mak : ok.. ni haa.. wani dapat 8A..


Fira : giler la.. 8A?? giler tak caye..


Mak : Haa..lebih dia dari kamu.. hahahaha


Fira : Uissshhh..makan pe budak ni.. hahahaha.. (dalam hati..eleh..lebih 3A je pon)


Mak : hahaha.. ok la.. mak nak balik dah ni..


Fira : ok2..bye2..


Mak : bye..



*klik pada gmbar kalau nak lebih detail..*


Kesimpulannya kat sini.. Fira just nak share perasaan gembira fira ngan sume.. he3..

Bangga sgt2..he3.. pandai rupenye adik fira ni.. hehehehe.. waaallaaahhhh.. =)

Wani, tahniah ok.. kamu dah buktikan.. akak bangga ngan kamu.. =)

Ok.. itu je.. dalam kotak fikiran skang.. tgh memikir pe yg nak fira hadiahkan kat dia..

=)

Ok..tu je.. tatata..

P/s pada yg sape2 yg ade adik2, anak2, sepupu2, sedara2, makcik2, pakcik2, kawan2 or etc yg amik result PMR hari.. smpaikan salam tahniah fira buat mereka sebab dah abis satu stage dah.. hehehe..






Thursday, December 17, 2009

:: KeBanGGaAN SaYa ::

Assalamualaikum..

Hai semua.. sihat?? harap2 sihat lah hendaknya.. fira kat sini alhamdulillah sihat.. kalau sape2 yg tak sihat2 cepat2 gi klinik k.. kesihatan jugak penting.. jgn abaikan..

just nak share rasa2 ngan kamu semua.. hehehe.. sebenarnya, org len yg happy.. fira pulak yg beriye-iye.. tapi takpe.. hehehe..

sebenarnya, my lubley bulat.. dapat offer smbung degree.. aduhaii.. happy for him.. sgt2 happy.. impian dia dah jadi kenyataan.. stage by stage dia dah lalui.. skang masuk stage baru.. impian dia dah hampir dekat dgn dia..fira pulak yg excited lebih.. of coz la kan.. hahaha.. my lubley bolat..

>gmbar my bolat waktu konvo kat polimas dulu<


To my lubley bolat.. tahniah.. u make it true.. i'm proud of u.. pasni kene usaha kuat sikit k.. hehehe.. Love u soo much...

Hmm.. sepanjang fira bersama ngan dia, fira tau..cam2 dugaan yg dia lalui.. tak macam org len.. perjalanan dia nak smpai ke tahap ni amik masa yg lama..tak semudah org len.. tapi fira bngga sgt sebab :

  • dia tak pernah putus asa
  • dia penuh dgn semangat
  • dia penuh dgn impian
  • dia sgt2 berusaha untuk capai impiannya
  • impiannya bukan angan2 kosong
  • dia bukan seperti org lain fikirkan..
  • dia Muhammad Firdaus Musa

Hopefully, pasni ni, stage baru ni.. jalannya dipermudahkan.. Harap2 jugak dia akan dapat lebih baik dari sebelumnya...Hmm.. senyuman yg terukir kat bibir dia atas kejayaan yg dia dah lakukan ni pon dah cukup buat fira senyum jugak.. bahagia.. Hmmm.. fira pun teruja nak berjaya sama.. insyaallah..fira akan berusaha untuk itu..

Doakan yg terbaik untuk kami.. Capai kejayaan..raih bahagia.. Insyaallah..

(^_^)


p/s

pd yg dapat sambung study tu.. tahniah k.. berbanggalah dgn apa yg anda perolehi ni..then..jgn sia2 kan peluang yg ada k.. Fira doakan yg terbaik untuk kamu semua.. yg kurang berjaya..jgn putus asa.. peluang tu tetap ada..mungkin belum ada rezeki.. dan mungkin ada hikmahnya.. kuatkan hati k.. kite sume leh berjaya.. Insyaallah..

Wednesday, December 16, 2009

:: D.I.A ::

Assalamualaikum..

Hai sume.. sihat?? hehehe.. fira kat sini sihat alhamdulillah.. takde pape nak story morry kat sini..



hahahaha.. ni taktau la nak kate apa kan.. mungkin nak bg tau isi hati kot.. hehehehe... Buat yg mengenali.. pasti dah kenal kan sape dalam pic ni.. hehehehe.. haaaa.. siapa ek?? hmm.. betul la tu.. Muhammad Firdaus Musa.. a.k.a my bolat..my gumuk..my cayang..my bucuk..my lubley..dan segalanya la....

Hehehehe.. entah nape.. rase nak letak gambar dia kat sini.. mungkin rindu kot.. tapi.. dia rindu fira tak?? hehehe.. itu fira taktau.. heheheh.. itu tak penting.. yg fira tau.. dia sayang fira.. dia bnyak mengubah hidup fira.. dari sorang yg tak kenal erti cinta... menjadi seorang yg sgt2 menghargai cinta.. menjadikan fira setabah2 manusia..dalam mengharungi cam2 dugaan.. mengajar fira erti kehidupan sebenar..

Tak lokek dia mengajar fira.. dgn pengalaman yg dia ada.. hmm.. kalau dulu hidup tak punyai matlamat.. skang ni.. fira dah ada matlamat.. dia bnyak ceritakan tentng matlamat hidupnya yg dimahu capai.. ceritanya menyuntik semangat fira untuk berjaya sama..bukan untuk sesiapa.. untuk diri sendiri, keluarga dan semestinya dia.. firdaus saya..

Tegurannya sgt2 fira hargai.. bukan dia membenci, bukan dia marah.. tapi fira tau.. dia sayangkan fira.. tu yang dia tegur.. dia tak mahu fira terus begitu.. perubahan ke arah kebaikan adalah lebih baik.. kan2?? hehehe.. terima kasih sgt2 en firdaus..

Hmm..Siapa yg ada di sisi fira kala tersungkur?? tentu saja en firdaus saya itu.. dia yg tarik fira bngun dgn semangat ngan kasih sayang dia.. terima kasih sgt2 atas limpahan kasih, sayang, cinta, simpati, perhatian yg tak pernah surut.. sume tu bnyak membantu untuk kite terus berdiri smpai hari ini..dan insyaallah mungkin sehingga hujung nyawa kita.. sume tu sentiasa ada dalam diri kita..dan terima kasih kerana sudi berkongsinya..sgt2 menghargai..

dalam hati ni taktau nak gmbarkan perasaan cam ne.. syukur sgt2 sebab dia hadir dalam hidup fira..sedikit sebnyak.. hidup fira berubah menjadi lagi baik dari sebelumnya.. kasih sayang yg tak putus2 buat fira rasa senang sgt2.. bahagia sgt2.. t

En Muhammad Firdaus Musa.. terima kasih ya.. untuk segalanya.. ingat.. apa pun terjadi.. kite tetap akan setia di sisi.. itu janji kita.. terima kasih juga kerana sudi menemani kita selama ini.. harap2 selepas ini, kehidupan kita akan bertambah baik.. insyaallah.. di hati ini hanya Tuhan yg tahu..dia hati ini..aku cinta padamu..lalalala.. hati berbunga2.. he3.. moga2 bahagia milik kami selalu..

lupa pulak..mintak maaf sgt2.. kite dah bnyak sgt buat salah dgn bie.. terima kasih kerana ingatkan kite tentang itu.. sgt2 menghargai.. dan kite akan sedaya upaya untuk perbetulkan salah silap kite tu.. terima kasih sekali lg kerana mengingatkan kita tentang itu..

Love you soo much.. <3

(^_^)

Monday, December 14, 2009

:: iTu Aku ::

Assalamualaikum..

hai sume... sihat? fira harap sume sihatlah hendaknya.. fira kat sini alhamdulillah.. hmm.. tgok tajuk kat atas itu.. cube korang nilai.. betul ke tidak..

  1. - Mudah menawan hati pasangannya.
  2. - Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
  3. - Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati
  4. - Sangat baik dalam menjaga perhubungan
  5. - Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
  6. - Perasaan cemburu yang minima.
  7. - Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
  8. - Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
  9. - Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.
  10. - Suka menuduh melulu tanpa usul periksa.
  11. - Berprasangka terhadap pasangan.
  12. -Sangat peka pada orang lain.
  13. -Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  14. -Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
  15. -kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
  16. -Suka berangan-angan
  17. -Sangat baik secara semula jadi, jujur, pemurah dan mudah simpati
  18. -Suka melancong
  19. -Suka mungkir janji
  20. -Suka berbohong
  21. -Mudah didampingi
  22. -Seorang kawan yg baik
  23. -Tahu mengenang atau membalas budi
  24. -Bercakap banyak
  25. -Setia dalam menjalinkan hubungan cinta
  26. -Pandai berkata-kata
  27. -Kawan yang setia
  28. - Sangat aktif
  29. - Pandai menyelesaikan masalah orang.
  30. -Gerak hati yang sangat kuat.
  31. -Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  32. -Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  33. -Tidak boleh duduk diam.
  34. -Rajin dan bersemangat tinggi.
  35. -Agak boros
  36. -Bersikap suka menangguh-nangguh.
  37. -Suka buat lawak & bergurau.
  38. -Mudah berkawan & pandai berkawan.
  39. -Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  40. -Sangat menjaga hati orang lain.
  41. -Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  42. -Mudah dan rajin belajar.
  43. -Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  44. -Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  45. -Bercita-cita tinggi
  46. -Tak cantik
  47. -Tak comel
  48. -Senyuman yang tidak manis
  49. -Perasan cantik
  50. -Tak lalu nak dipandang

*sekadar gmbar hiasan*
hmmm.. cube nilai.. betul ke tidak..pendapat len2 diterima..seikhlasnya.. takpe..itu lebih baik..hehehehe... perubahan perlukan bimbingan.. saya mahu jadi lebih baik dari skang.. dan fira amat hargainya segala pendapat..

itu je.. (^_^)

Thursday, December 10, 2009

:: Suatu Kemanisan, Terima Kasih Ya Allah ::

Assalamualaikum..

Hai semua.. sihat?? Fira harap sgt2 sume sihat.. Fira pon setakat ni alhamdulillah sihat.. takde pape nak story morry kat sini.. just nak kongsi perasaan aje..

Hmmm.. org kate penantian satu penyeksaan.. betul ke?? haaa.. mmg tul pon.. haa.. menanti pe?? menanti result pekse kuar.. hahaha.. memang menyiksa jiwa raga tul.. Bukan pe, study pon men2 jek.. mau tak risau.. rase cam nak masuk je peti ais.. sorok kat dalam tu.. takyah cek result.. hahaha..

Hmm.. mmg serius gabra + cuak + bergetar pale lutut + etc.. paham2 je la kan.. ha3.. fira try check pgi tadi.. tapi tak kuar lg.. try pulak check tghari tadi.. tak jugak kuar.. pastu cakap pukul 10.00 malam.. takpe2.. kul 6 tadi.. try2.. wah leh check dah... jeng3.. adooiiiiiiiii... takut2... but..

Alhamdulillah.. kejayaan milik fira lagi.. syukur sgt2.. tapi kalau kurang men2.. mesti leh dapat ok dari tu lg.. haiiissshhhhh.. fira2.. padan muke.. men2 lg.. adoiiiiiii.. syukur sgt2..
"Ya Allah, aku bersyukur di atas kejayaan yang aku perolehi..terima kasih kerana memberi aku peluang untuk merasai kemanisan kejayaan ini..Terima kasih kerana memberikanku ketabahan untuk mencapai kejayaan ini.."

hmm.. kat kesempatan ni.. Fira nak ucapkan jutaan terima kasih buat :

Mak ayah fira yg bnyak memberikan sokongan pd fira.. terutamanya sokongan kewangan.. kalau tak, tak dapat la fira belajar.. bnyak pengorbanan mereka untuk fira smpai ke tahap ni.. terima kasih bnyak2 mak..ayah.. Ni je yg adik leh balas, harap2 ni boleh bangggakan mak ayah..


My lubley gumuk.. Muhammad Firdaus Musa, yg sentiasa ada waktu susah senang.. thnks bnyak2.. Untuk setiap nasihat, pandangan, kasih sayang dan lain2..thnks bnyak2.. Terima kasih jugak kerana sudi meminjamkan kekuatan untuk kite terus berdiri... Love u soo much..

Of coz.. to my beloved lecturer.. terutamanya lecturer fakulti pengurusan maklumat uitm kedah.. Puan Haziah, Miss Marlia, Miss Hazila, Miss Yana, Miss Firdaus, En Hafiz, En Sufi, En Raja, En Asmad, En Sham and etc.. Terima kasih untuk segala tunjuk ajar, nasihat dan ilmu yg dicurahkan tnpa jemu2 buat kami.. sgt2 menghargainya..

Ya..kawan2 aku..terutamanya miss izzati yg perasan fasha sandha ngan miss cae yg chantek.. korang mmg kawan superb la..terima kasih sebab korang ad untuk susah seang ku.. nangis same2..gelak same2..kuar makan pizza..of coz la same..kang org ingt aku gile plak makan sorang2.. hahaha.. then pada classmate2 yg lain.. adoooiiiiiiii.. korang kawan smpai mati la.. thnks untuk ilmu yg sudi korang kongsikan.. mmwaahhhh luv u all.. jumpe sem depan..

lastly, pd sape2 yg berada di belakang aku.. yg tak jemu2 beri tunjuk ajar, ilmu, nasihat n etc.. sgt2 menghargai sume tu..

kejayaan ini untuk kamu semua..

Alhamdulillah syukur..

(^_^)


p/s : pd yg kurang berjaya.. ingat.. jatuh tak semestinya gagal.. jadikan itu sebagai platform untuk meraih kejayaan yg lebih bermakna.. jgn jadikan itu sebagai penghalang untuk mendapat kejayaan.. hmmm..kaji mane silapnye.. then improve mane yg patut ok.. kite semua berhak untuk merasai kejayaan itu.. sebab kejayaan tu milik semua org.. cuma cepat atau lambat je..then bergantung juga dgn usaha yg kite buat untuk dapatkannya.. Allah itu maha mengetahui.. Juga maha adil..

Tuesday, December 8, 2009

:: Manisnya Berterus Terang ::

Assalamualaikum..

Hai sume.. sihat?? harap2 sume sihat lah hendaknya.. Alhamdulillah.. Fira kat sini pun sihat... Hmm.. entry kali ni just nak share ngan korang sume tntang tajuk kat atas tu..

Lebih Baik Berterus terang

Lebih baik berterus terang
jangan asyik pendam-pendam
hati tenang jiwa lapang
jadi senang wajah tak muram...

Lebih baik berterus terang..
dari diam macam tiang
kelak hati nak meradang
asyik-asyik nak marah orang...

Lebih baik berterus terang
kalau kita nak kebaikan
luahkan segala apa yang dirasakan
baru kita disayangi orang....

Camne?? ok tak?? hehehe.. ni bukan Fira punya hasil nukilan.. but kredit to this owner.. Diari Nurani Hmm..menarik bukan?? =)

Haaa.. pe pendapat korang sume dgn BERTERUS TERANG??? cakap lepas? cakap direct?? jujur?? Cam2 kan org leh tafsir apa itu BERTERUS TERANG..

Hmm.. fira dok google2.. so.. jom.. kite tgok some info about BERTERUS TERANG..

Of coz la kan.. BERTERUS TERANG ni salah satu sifat yang dimiliki or tak dimiliki oleh manusia.. hmm.. dan fira bukan lah soerang manusia yg memiliki sifat hebat ini....

Hmm.. pada pendapat fira lah.. BERTERUS TERANG adalah salah satu cara untuk menyelesaikan masalah.. siapa sokong??? heheheh

Hmm..nak tau kenapa?? sebab, selalunya, berlakunya masalah terutamanya dalam sesuatu hubungan, adalah menipu.. hahaha... sape sokong lg?? Dan kerana itulah manusia diseru oleh Allah untuk tidak menipu atau berbohong..sebab menipu ni akan mendatangkan bnyak keburukan dari kebaikan ok..


Ok.. hmm.. tapi ada sesetengah orang cakap, menipu untuk kebaikan. Contohnya menjaga hati seseorang daripada terguris, terasa atau sewaktu dgnnya.. Hmm.. mmg betul.. sebabnya, bukan semua org boleh menerima kenyataan betul?? haaa.. siapa sokong?? hehehe.. Fira jugak tergolong dalam kategori itu.. bukan takleh terima kenyataan.. but susah.. mengambil masa..

Hmm.. camne rasenya, kalau korang bukan seorang yg suke berterus terang, then disuruh berterus terang?? mesti cam2 korang fikirkan.. takut ada yg terasa la, malu la, takut kang kene belasah ke.. jatuh maruah ke.. betulkan?? cam2 yg kita akan fikir untuk berterus terang.. Fira pon begitu jugak.. cam2 fikir.. kang salah cakap, jadi masalah lain pulak.. tak cakap kan jadi lain.. haaiiissshhh..

Hmmm.. kenapa manisnya berterus terang?? org cakap ditipu itu lagi pahit dari mendengar satu pengakuan ikhlas.. betul ke?? hmm.. bg fira.. fira sokong sgt.. diTIPU lebih sakit, dari kite dgr citer sebenar.. Hmm.. kalau korang nak tau.. kejujuran boleh membawa kepada rsa percaya, dalam apa juga.. bila kita rasa percaya, kita akan rasa lebih tenang, bahagia, gembira and etc..

Perubahan ke arah kebaikan itu lebih baik.. Melalui sikap berterus terang ini juga kita boleh memperbaiki hubungan sesama insan.. berterus terang akan membuatkan kita lebih memahami keadaan seseorang itu.. jadi berbincanglah.. Ingat lg kata en zarul pd fira.. berbincang bukan nak dapatkan keputusan.. but untuk kita lebih memahami keadaan seseorang dan mencari jalan penyelesaian..

Hmm.. berterus terang juga membuatkan kita lebih disayangi oleh insan2 yg kita sayang.. Dan kita akan lebih dihargai.. juga menghargai apa yg kita ada.. Hmm.. berterus terang juga akan buat kita akan rasa lebih lapang, dan apa yg terbuku dihati terluah.. bukan untuk memastikan tuntutan hati kita dipenuhi, tetapi untuk org lebih memahami kita selain mengelakkan kita stress..sebab terlalu memendam perasaan.. ini tak elok tau.. perasaan tak elok dipendam2... dan juga, ianya boleh mengelakkan dari berlaku salah faham..terutama dalam sesuatu hubungan.. terutamanya sesama insan.. of coz la kan.. hehehehe... Berterus terang juga akan membuatkan kita akan lebih memahami seseorang, kerana bukan semua org bijak membaca hati seseorang.. betul kan?



Berterus terang mmg manis.. hehehe.. kamu seharusnya bersikap berterus terang terutamanya jika kita sukakan sesuatu kerana mungkin bila kita tidak berterus terang rezeki yang sudah hampir menjadi milik kita mungkin akan terlepas ke tangan orang lain. Berterus teranglah jika kita tidak setuju dengan sesuatu kerana mungkin jika tidak kita mungkin akan menanggung kesannya sepanjang hidup kita...nanti.. sape yg susah.. kamu jugak..

Kesimpulannya, sekarang ni fira sedang berusaha untuk lebih bersikap berterus terang, supaya tiada salah faham yg berlaku.. fira faham si dia, si dia faham fira..

Tak salah berubah untuk ke arah kebaikan.. so.. apa tunggu lg.. mari kita berterus terang.. sebab berterus terang rase manis cam gula bila ianya dilakukan secara ikhlas.. Insyaallah.. Jadi, fira sarankan, hargai la perasaan insan2 yg kamu sayang, kerana tanpa mereka hidup kita pun tak membawa apa2 makna.. kepercayaan itu wujud bila ada kejujuran.. cuba elakkan dari melukakan hati org2 yg kita sayang ok.. ini juga ingatan untuk fira.. hehehehe.. So.. mari2 kita berterus terang..


~ The true measure of life is not length, but honesty. ~

Saturday, December 5, 2009

:: CINTA untuk dikongsi, SAYANG untuk dirasai ::

Assalamualaikum..

Hai semua.. camne hari ni?? ok tak ? pada yg tgh bercuti tu?? watpe je?? pusing satu malaysia ke?? aku tak ke mana pon.. dok umah je la.. duit takde.. hehehehe.. hmm.. takde pape nak citer.. just nak share sumthing wif kamu semua..

Dalam hujan2 ni.. nak wat pape pon takleh kan.. so pe lg.. jenjalan la kat blog2 org.. then terbaca ini.. menarik.. jom2 tgokk..

Sumber : Cinta untuk dikongsi, Sayang untuk dirasai..


Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. Kata Mahatma Ghandi, Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.



Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yang satu lagi, "Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?". Jawab titis air mata kedua tu," Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja."

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata. saya turut bahagia untukmu. *tertarik dgn kata2 ini, kekuatan diperlukan untuk memegang kata2 ini di sudut hati, aduhai hati..*

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.



Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.

Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.


Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat. Kata Hamka, Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yang dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya. Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta.

Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan. Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.

Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. rasa percintaan lebih pahit dari hempedu. Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu. Kata Raja Pedang Deir, hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatianmu. Dari kalangan yang kamu pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau dimana sahaja kamu berada. Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu.

Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu. Minat bukan bermaksud cinta, bangga bukan bererti cinta, kagum juga bukan bermaksud cinta, dan suka juga tidak serasi dengan cinta, malah sayang pun bukan cinta. Tetapi, cinta itu adalah cinta.


hmmm.. camne?? terharu bukan dgn kata2 kat atas ni.. jd renung2kahlah..


And to my gumuk.. jgn putus asa.. jgn kate tidak kalau belum dicuba.. kuatkan hati.. kite tau, bukan senang nk buat ini semua.. kalau takde bie, kite pon tak kuat cam ni.. harap sgt pasni semua ok.. jgn risau, ap pun jadi, kite tetap ad di belakang ok.. doa kite tak pernah putus2 untuk bahagia yg kite idamkan..
Insyaallah.. Lastly, terima kasih kerana kita masih ada tempat dihati bie.. jgn risau jugak.. apa yg bie buat, kite akan sokong.. ur my man.. love u soo much..

okk.. tu je.. mari kita berkasih sayang...muaaahahahahha..

(^_^)

Tuesday, December 1, 2009

:: HaTiKu BerTaNya, HatiKu BerdeBar, JiWakU KaCaU BiLaU ::


Assalamualaikum..

Hai semua.. sihat ? harap2 semua sihatlah hendaknya.. Alhamdulillah.. sehari dua ni aku pon sihat jugak.. Terima Kasih Ya Allah.. Hmm.. pada yg tak berapa nak sihat tu.. jgn lupa ok.. makan ubat.. jgn biar melarat.. nak payah pulak...

hahahah.. tgok kat tajuk atas tu.. serabut kepala otak aku ni haa.. bukan masalah pe pon.. masalahnya adalah menunggu result pekse kuar.. dengar2 10hb ni.. aduuuhaaaii.. makin dekat makin takut rasanye.. waktu abis pekse tu bukan main.. hepi.. ni nak kuar result, aku jadi jiwa kacau bak kate bebudak skang ni.. hhahahahaha...



Aku takut..aku risau..aku gabra.. senang citer sume la.. bercampur2..

Moga2 usaha aku berbaloi.. walaupun aku tau, entahlah.. cam sem ni bnyak main aje.. hehehehe.. tapi takpelah.. aku dah usahakan yg terbaik.. sekarang tawakal dan doa ajelah.. smbil menunggu result kuar.. Kawan2 sekalian, doakan kejayaan kita semua ok.. mmmwaahhhh....

hahaha.. thnks sebab sudi bace luahan hati aku yg entah pape ini.. moga2 kite same2 berjaya.. Insyaallah..

Tatatatata.. (^_^)