KEPADA YANG SUDI SINGGAH

Kepada sape2 yg sudi singgah kat blog ni, kalau sudi tinggalkan lah jejak anda di chat box saya semoga saya senang untuk bertandang di blog kalian pula..boleh kita bertukar2 buah fikiran walaupun hakikatnya, blog ini kadang2 tak mendatangkan manfaat buat pembacanya..=)

Sunday, November 29, 2009

:: Mengapa wanita suka menangis ::

Assalamualaikum..

Hai semua.. harap2 semua sihatlah hendaknya.. takde pape nak story morry.. just nak share satu cerita.. ni email dari kawan aku.. iera.. thnks iera.. bnyak pedoman yg boleh kita dapat dari cerita ni.. so, hayatilah dan renung2 kan lah.. semoga ianya akan membantu dalam melayari kehidupan yg lebih baik di masa hadapan.. Insyaallah..

Mengapa wanita suka menangis...

Wanita Cantik yg suka Menangis...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya. "Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan"
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalan nya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya"
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatan nya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya tempat dimana cinta itu ada."
sekadar gmbar hiasan, source : https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhuNnmhvZdF7qHdP6g3sWElRFi1XndTwixDUc1SRrRhmQE43Mp_OeLq77IU2a5Nsdp4WF-QijTlHAer_fsqchQSWYYPZuPo6HXuXsaDTmiSP3CNsNFmc6Kc23LylqAsD8Cu6D-Dt4oYVA2A/s400/jombang-tangis+unas-amiruddin.JPG
Ingatlah akan kecantikan wanita mereka yang azali..bukan pada kecantikan luaran semata-mata tetapi selami lah hati wanita itu sendiri.. dan ingat lah... Setiap Wanita itu Cantik.. Wanita begitu istimewa.. Mereka anugerah terindah.. Wanita, hargailah dirimu sendiri.. dan kaum2 Adam.. kamu semua begitu bertuah kerana kamu begitu agung di mata mereka..

k.. itu saja.. moga2 ingatan ini akan membantu dan boleh dijadikan pedoman untuk kehidupan yg lebih sejahtera.. Insyaallah.. Amin..


Wednesday, November 25, 2009

:: DUGAAN ::

Assalamualaikum..
Hai semua.. sihat?? harap sihatlah semuanya.. tambah2 pulak bg kengkawan yg beragama Islam.. yg baru saja menyambut Hari Raya Aidil Adha.. sihat tak perut? kot2 ada yg masih sakit perut dek kerana makan macam2 di hari bahagia.. hehehe.. Moga2 nikmat kesihatan yg dikurniakan diperguna sebaiknya.. bukan saja ingatan buat semua.. juga ingatan buat diriku yg kadang2 alpa dgn kurniaan yg telah diberikanNya.. Insyaallah..
Hmm..takde apa nak cerita.. cuma nak berkongsi maklumat.. tentang suatu topik yg rasanya semua tahu.. hehehe.. =)
DUGAAN.. hmm.. kenapa dgn dugaan.. hidup umpama tak lengkap.. kalau takde DUGAAN kan?? hehehe..
DUGAAN datang macam2 gaya.. DUGAAN hadir dalam pelbagai bentuk, mungkin kehendak hati terhadap sesuatu yang dilarang, mungkin juga berlaku konflik antara seseorang dengan individu lain.. mungkin juga masalah kewangan.. kerja.. penderitaan atas sesuatu seperti penyakit, kemiskinan, kebuluran, kehilangan dan sebagainya.. dan tentu sekali semua sudah biasa dengan dugaan kehidupan masing2 sama ada berat atau ringan penanggungannya..Mungkin kadang2 bila saja kita ditimpa DUGAAN .. kita mula meratapi..meraung2.. jatuh.. lemah.. seakan2 tidak mahu hidup lg.. mengatakan dunia ni tak adil, malah kadang2 menyalah Tuhan atas DUGAAN yg menimpa.. Aku pon kadang2 juga begitu..bukan senang nak menghadapi DUGAAN .. Kadang2 aku rasa cam tak kuat nak hadapi DUGAAN .. keluarga, cinta, kawan2, kewangan, kehendak hati, persekitaran dan macam2 lagi.. Bukan semudah kata-kata, ia umpama hempedu yang perlu ditelan walau pahit rasanya.
Tapi ada betulnya kata2 ini.. "Pengalaman mengajar kita".. Mula2 mungkin penerimaan terhdap
DUGAAN agak sukar.. tapi ingat.. dan ingatan ini juga untuk aku jugak yg kadang2 tersungkur dek kerana DUGAAN .. Ujian yang mendatang selalunya menjadikan diri kita lebih tegar dan kuat. Masakan tidak. Ujian mengajar seseorang untuk jadi lebih lasak dalam menggalas setiap bebanan kehidupan.

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 233]
Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan..
Ujian dan DUGAAN menjadikan diri sentiasa menghargai apa yang sudah dimiliki. Ia mengingatkan manusia agar tidak cepat lupa dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.
Hmm..sebenarnya..bnyak lg ingatan2 untuk DUGAAN ni.. tapi aku amik yg mane perlu.. dan bukan semua tak perlu.. tapi ingatan ini yg harus sentiasa diingat..
Hmm..bukan senang nak menghadapi DUGAAN hidup ni.. tambah2 manusia yg dianugerahkan Allah dengan emosi.. Kadang kala, emosi ni lah yg kadang kala buat manusia jadi tak betul.. bukan maksud aku gila.. tak bertindak rasional.. terutamanya WANITA.. dengan 9 nafsu dan 1 akal.. mmg tak dinafikanlah kebnyakkan manusia yg bertindak melulu cam membunuh diri kebnyakkannya wanita.. Emosi menguasai diri..
Diambil dari blog : http://gdi.wanitaemall.com/dugaan-adalah-suatu-titik-perubahan
Wanita. Jangan lemah. Jangan mudah jatuh. Sekiranya tangisan korang itu dapat membangkitkan semangat korang sesudah itu, menangislah sepuas hati. Sekiranya ia hanya akan memusnahkan hidup korang, fikirlah. Kita adalah anugerah yang terindah. Tangan yang hanya menggoncang buaian ini, mampu menggoncang dunia! Jangan jadi bodoh kerana emosi yang tidak memberi apa jua kelebihan dan manfaat. Gunakan emosi extreme yang kita miliki untuk menjadi lebih kuat dan hebat dari apa yang orang lain tidak miliki.
DUGAAN. Musibah. Kesedihan. Kesengsaraan. Jadikan ia suatu perkara yang positif. Sayangi dugaan. Sukakan cabaran. Jangan lemah. Jangan putus asa. Jangan mudah patah semangat dengan mereka. Jadikan dugaan sebagai suatu titik permulaan untuk korang melakukan perubahan di dalam hidup. Ini mungkin petanda dari Allah bahawa ada kehidupan baru yang lebih cerah menanti korang! Dia Maha Mengetahui. Dia yang mengatur segalanya. Dia juga tahu korang dapat menghadapinya. Dia juga sedang mengukur keimanan korang terhadapNya.
Bagi aku, orang yang sentiasa dalam kesusahan, kesedihan dan dugaan adalah orang yang paling bertuah di dunia. Sekiranya mereka menghadapinya dengan lebih positif, DUGAAN tersebut akan menjadikan mereka lebih matang, bijak, profesional dan sempurna! Oleh itu, kenapa perlu manusia meratapi kesusahan yang menimpa diri mereka sedangkan kesenangan adalah dugaan yang paling berat di dunia? Kerana, tidak ramai manusia yang dapat melepasi dugaan kesenangan dan syurga dunia. Renungkanlah…
Jadi.. utnk itu.. perbanyakkanlah bersabar.. Setiap kesabaran pasti ada kemanisannya nanti.. Insyaallah.. Kita patut bersyukur kerana diberikan DUGAAN. DUGAAN juga merupakan nikmat Allah yg didatangkan dengan pelbagai hikmah..


sekadar gambar hiasan *nak femeskan diri sendiri..*



‘bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu, yang mencipta segalanya, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang, serta menyusahkan hidupmu..pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentaqdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia, bukan Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu, tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya. Tabahkan hatimu sahabat, ganjaran besar untukmu, Al-Firdaus menantimu!’

Friday, November 20, 2009

:: surat cinta buat kekasih hati ::

Assalamualaikum..

hai semua..harap semuanya sihatlah hendaknya.. takde apa nak story morry kat sini.. cuma luahan hati sahaja..

hmm.. 3rd November 2009 hari tu..genap la 7 tahun aku ngan en firdaus mengharungi bersama untuk segala suka dan duka kehidupan..macam2 pahit manis kami dah lalui bersama..

To my friend, my advisor, my counsellor, my driver, my guidance, my love, my soul, my heart.. Untuk tempoh 7 tahun ni, macam-macam yg dah kita lalui bersama..Terima Kasih sbb masih setia di sisi kita, masih sudi mendengar rungutan kita, mendengar luahan hati kita, mengelap air mata yg jatuh, meluangkan masa, menyayangi, mengasihi, mencintai kita seadanya.. Thnks for everything.. Kita betul2 menghargai segala jerih payah bie untuk 7 tahun.. kita tahu macam2 yg kita dah buat..merunsingkan fikiran bie.. tapi kita nak bie tahu.. sikit pon takde niat nak merunsingkn bie, apatah lg menyakitkan hati bie.. Kita minta maaf sgt2 andai sepanjang 7 tahun ni, kita bnyak menyakitkan hati bie.. You are my everything..

Memandangkan mmg duit tak berapa nak ada dan aku jugak tau waktu tu semua sibuk bertarung untuk final exam..tambah2 my lovely bucuk.. dgn thesis, dgn exam.. lgi2 dah last semester..cam2 kene buat.. so, aku decide.. just order cupcakes.. boleh same2 makan.. takpe takde hadiah pon.. kasih sayang bie bagi dah cukup buat hadiah kita.. bukan senang.. hari2 lg tu.. hehehe.. =)


:: ni la cupcakes nye.. ada camera.. of kos untuk bucuk.. ada kereta.. for us.. nak gi mane2 sebab dua2 suke jenjalan abiskan duit..hehehe.. then ad pic rumah.. insyaallah..kalau jodoh dipanjangkan.. mau juga berangan nak dok umah besar.. hehehe then no. 3.. aku ngan my bucuk..suka no 3.. so letak je la..hehehe.. =) ::


hmm..tu je la..and hopefully hubungan ni ada penghujung yang baik.. insyaallah..doakan hubungan ini semoga berkekalan..



to my bucuk.. you're king of my heart..insyaallah sampai hujung nyawa ini.. doakan kejayaan kita berdua... cam bie cakap..bersabarlah..kemanisan tu pasti ada untuk kita berdua nanti.. I'll always be beside you till the very end, wiping all your tears away, being your best friend. I'll smile when you smile, and feel all the pain you do, and if you cry a single tear, i promise i'll cry too....

once again.. thnks for everything.. love you soo much..

(^_~)




Monday, November 9, 2009

:: aku, kamu, dia, kami WANITA ::

Assalamualaikum..

haii..hehehe..sihat tak ? biase la..cuaca yg tak menentukan.. bnyak mengundang penyakit.. tambah2 demam.. so.. jg diri masing2 baik2 ok.. hehehe.. =) Sebenarnya, takde cerita pon nak tulis kat sini, just nak share same info... info about a WOMAN.. ^_~

ni aku amik dekat dalam majalah remaja bulan ogos lalu.. hahaha.. lame dah.. baru ni aku berkesempatan nak membacanye.. so, jom2.. tgok2..

wanita sukar untuk mencari perkara yang sgt dibencinya terhadap seseorang yang dia sayangi. betul ke puan2 cik2 wanita di luar sana? hehehe.. tapi.. bg aku.. kenyataan ini ada betulnya, mmg susah nak mencari apa yg tidak disukai wanita terhadap seseorang yg disayangi nya.. termasuk jugak objek atau sebagainya. Rasa sayang mereka terhadap sesuatu sgtlah mengagumkan... dan sebab itu jugak, ramai wanita yg patah hatinya bila sesuatu perkara berlaku seperti hubungan terputus di tgh jalan..

sekiranya seseorang wanita jatuh cinta dgn seseorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika sedang keluar dengan lelaki lain.. hahaha.. betul ke? tapi bila wanita dah jatuh cinta ngan seseorang lelaki, bertuah sungguh lelaki tu sebabnya, apa saja yg wanita tu buat pasti lelaki itu sahaja yg ada dalam ingatan.. even tgh menjawab soklan exam pon..

bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita. ini jugak betul, wanita mmg terkenal dgn sikapnya yg berhati lembut, mudah tersinggung, manja and etc yg related to that..kalau senarai..bnyak pulak nanti..hehehe.. so, kadang2 sikap yg serius itu boleh mencalar hati nuraninya kerana kadang2 hati wanita ini memtafsirkan maksud yg lain disebalik sikap serius itu.. mungkin marah, tak suka, atau sebagainya.. mmg menyusahkan.. tapi itulah wanita, terlampau bnyak rasa ada dalam dirinya.. jadi mungkin sikap yg serius itu perlu ada penyesuaiannya..mengikut keadaan.. =)

wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. muzik, puisi, lukisan, dan tulisan adalah cara termudah untuk mereka meluahkan isi hati mereka. org kata, membaca isi hati org lain mmg payah. tapi bg aku mudah saja nak membaca isi hati seorang wanita, apa yg di rasa, apa yg dia mahu.. mereka tidak pandai meluahkan apa yg mereka rasa dgn kata2. tapi mereka berupaya menyampaikan apa yg mereka rasa dgn tulisan, muzik, puisi, lukisan and etc yg related yg boleh mereka eksperesikan isi hati mereka. so, pada en2 lelaki di luar sana, alertlah dgn benda2 begini. wanita mmg suka meluahkan rasa.. jgn heran tetibe mereka jadi seorng yg puitis..hahahaha...

jika kamu menyukai seseorang wanita, cubalah mulakan dengan ikatan persahabatan, kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam kerana dari situlah bermulanya satu kepercayaan.. haa..ini ada betulnya.. bukan semua wanita boleh menerima setiap pelawa untuk menjadi suri buat en2 lelaki di luar sana.. mungkin mereka kadang kala perlukan satu tempoh menyesuaian terlebih dahulu.. hehehehe.. =)

wanita memang sukakan pujian tetapi selalunya mereka tidak tahu bagaimana untuk menghargai satu pujian.. pujian?? mmg tak bleh dipisahkan dgn wanita.hehehe.. pujian yg diberikan akan membuatkan mereka rasa diri mereka betul2 dihargai.. tapi itulah, saya juga seperti wanita lain di luar sana.. ingin dipuji tapi tak tau menghargai.. tetapi bukan tak tau menghargai..tetapi tak tau bagaimana untuk menghargainya.. cukupkah dgn ucapan terima kasih?? =)




sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. jadi jangan senyum sembarangan. betul tu.. senyuman mmg membawa macam2 erti.. bila seorang lelaki senyum dgn nya mungkin dia katakannya, lelaki itu ada hati dengan nya, lelaki itu sukakannya, dan bla bla bla.. =) so en2 lelaki di luar sana. awas dengan senyummu.. senyuman mu bisa buat hati cik2 puan2 wanita gundah gulana.. ekekekeke.. =)

jika seseorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu mengajaknya keluar, tinggalkan dia sebab dia mmg tidak berminat dengan dirimu.
mungkin betul.. bukan saja tidak berminat dgn lelaki tersebut.. tetapi juga mungkin apabila diajak untuk melakukan aktiviti dan mereka tidak berminat.. mereka akan menolaknya dgn bermacam2 alasan..

jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ini langsung tidak berguna. saya pon begitu juga..bukan tidak boleh menerima kenyataan.. mungkin cara penyampaian nya juga perlu sesuai.. bukan semua wanita boleh menerima kritikan secara berterus terang..


bila lelaki yang disukainya atau dicintainya merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat. i'm melting...oucchhh.. hahahaha..

Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!! sesiapa yg boleh betul2 mengenali wanita.. perkara ini perlulah dielakkan.. jgn main terjah.. silap terjah buruk padahnya.. wanita mmg istimewa.. punyai pelbagai rasa sehingga menjadikan dia seorang yg begitu istimewa..




Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui. itu seharusnya diakui.. buat en2 lelaki yg ingin mendalami tentang wanita yg dicintainya.. sila2 lah bertanya pada kawan baiknya.. mungkin macam2 yg boleh anda perolehi dan membantu...




Senjata wanita adalah airmata!! air mata dan wanita mmg tak boleh dipisahkan.. kadang2 ada yg salah tafsir.. mmg air mata senjata wanita.. tapi bukan untuk menagih simpati.. air mata yg gugur mmg membawa isi hatinya sekali.. sedih atau gembira atau juga sebagainya.. air mata bukan mainannya.. tetapi isi hatinya.. terkandung pelbagai rahsia..

Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
setiap wanita.. inilah harapan nya.. termasuk juga aku.. hehhe.. tak perlulah en2 lelaki melabur wang ringgit yg bnyak untuk memikat.. cukup saja laburkan perasaan kasih, sayang, cinta dan masa.. itu sudah cukup menawan hatinya..

Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa..

tak susah nak knal wanita ni sebenarnya...dengan sedikit pengetahuan (bukan main hentam kromo je..) dan semangat untuk lebih kenal seorang manusia yang bergelar wanita... Seorang wanita tak mengharapkan hadiah semewah makan di restoran hotel, 100 kuntum bunga ros, atau sebagainya.. Cukuplah jika dia diberikan dengan kasih sayang, cinta, perhatian serta bimbingan yang sepenuhnya dari insan bergelar LELAKI...

p/s hayatilah bait2 kata2 ini..

Wanita by Siti Nurhaliza

Aku wanita punya hati nurani
Yang tak dapat dibohongi
Pabila cinta tlah membutakan mata
Dan membuat tuli telinga

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini

Cintaku ini anugerah terindah
Dari yang maha kuasa
Cintaku padamu tak pernah berubah
Meskipun kita berbeza

Apakah salah jika aku menyinta
Apakah salah jika engkau ternyata
Pilihan hati
Belahan jiwaku ini..

Aku wanita aku kaum hawa
Yang memang rapuh hatinya
Aku wanita aku punya cinta
Selayaknya manusia

Ku wanita….
Yang hanya perlu kau fahami